Bab 8

Other Completed 17288

?BAB 8

Zulfaqar sedar perubahan air mukaku. "Ops...Saya minta maaf ya. Bukan maksud saya nak mempermainkan awak. Saya tak bermaksud apa-apa." Zulfaqar cepat-cepat menjawab. Dia sedar kata-katanya tadi membuatku tersinggung.

"Kenapa awak tak tegur pelajar-pelajar lain, kan ramai lagi pelajar kat sini. Buat apa awak nak berkawan dengan saya yang gemuk ni,"Aku bersuara. Perlahan sahajaku mengatakannya.

Aku terlihat Zulfaqar tersenyum dan dia menggelengkan kepalanya. "Saya rasa saya lebih selesa berkawan dengan awak daripada berkawan dengan pelajar-pelajar lain sebab saya percaya awak ni seorang yang jujur, betul tak?"

"Maksud awak pelajar lain tu tak jujur ke?" Tanyaku kembali. Aku masih tidak berani untuk merenung wajah Zulfaqar. Pandangan mataku hanya tertumpu pada mi sup yang masih ada separuh lagi itu.

"Ramai yang tak jujur. Mereka lebih banyak berpura-pura dan tak tunjukkan perangai mereja yang sebenar." Zulfaqar tersenyum. Dia merenungku hingga aku jadi tidak tentu arah.

"Boleh kita kawan? Kita akan jadi kawan baik dan boleh belajar sama-sama nanti," pelawa Zulfaqar. Aku tersenyum lalu mengangguk perlahan. Aku dapat merasakan Zulfaqar seorang yang jujur. Ini kali pertama seorang pelajar lelaki hendak bersahabat denganku. Pelajar-pelajar lelaki lain selalu mempermainkanku kerana tubuhku yang gemuk ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience