Bab 15

Other Completed 17288

?BAB 15

Aku pergi ke sekolah seperti kebiasaan. Di sekolah , heboh dengan berita hangat terbaru.

"Wei. Aku dengar Fairuz dan beberapa orang pelajar lelaki tertangkap kerana merokok di kawasan sekolah tempoh hari. Ada pelajar ternampak lepas tu cepat-cepat lapor dekat guru disiplin," kata salah seorang pelajar perempuan bergosip dengan sahabatnya.

"eee. Dorang ni tak habis-habis buat hal kat sekolah."

Aku terkejut mendengar berita hangat itu.

"Nila ! Aku dengar Fairuz and the geng dah tertangkap oleh guru kerana merokok di kawasan sekolah." Kata Erissa dan Alysa.

"Ya Allah.. Betul lah apa yang aku dengar tadi? Alhamdulillah . Baru je kelmarin kita harap dia tertangkap dengan perbuatannya tu. " Jawabku dengan gembira.

"A'ah. Dan aku dengar dia dan yang lain-lain digantung sekolah selama seminggu. Lepas ni kau,aku,kita dan yang lain-lain amanlah ! Tak diganggu oleh dia hahaha!" Kata Erissa.

Walaubagaimanapun , aku tetap risau dan tertanya-tanya. Siapakah yang melaporkan kepada guru? Dan adakah Fairuz akan menuduh aku yang melaporkan kepada guru? "Ya Allah, lindungilah aku!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience