Bab 2

Other Completed 17288

BAB 2

Aku sempat tiba di sekolah tepat pada masanya. Aku segera menuju ke dewan untuk perhimpunan pagi.

Aku melihat muka-muka pelajar tingkatan 1 yang baru masuk ke alam sekolah menengah. Mereka memandangku pelik. Ada juga yang berbisik-bisik trsenyum sambil memandangku.

Tiba-tiba satu suara yang amatku kenali teriak dan berkata, "Ehh Ada doraemon baru datang !" Teriak Fairuz sambil menundingkan jari kearahku. Dan dewan itu riuh dengan gelak ketawa pelajar.

Mohammad Fairuz Bin Ariffin , siapa tidak kenal. Pelajar yang mempunyai kes disiplin teruk. Telah beberapa kali ditangkap kerana tidak mematuhi peraturan sekolah dan hampir-hampir dibuang sekolah namun tetap tidak pernah insaf dengan perbuatannya. Dia juga adalah salah seorang yang sering mengejekku sejak berada di sekolah rendah lagi.

"Huhu sabar wahai hati kecil Nur Denilla,"keluhku perlahan. Aku menuju ke barisan mengikut kelas tahun lalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience