Bab 18

Other Completed 17288

BAB 18

Sudah seminggu aku dan Zulfaqar tidak bertegur. Aku kecewa. Nasib sahaja Erissa dan Alysa mempercayaiku.

"Nila. Sabar ya. Harap kita dapat cari siapa yang khianati awak.Jangan risau , kami akan tetap mempercayai awak. "Alysa memujukku untuk bersabar.

"Terima kasih Alysa" ucapku

"Kami minta diri dulu ya, Nila. Maaf kami tidak dapat teman awak . Driver aku dan Erissa datang serentak pula. " kata Alysa sambil ketawa.

"Okay . takpe. Jaga diri baik-baik tau."

Selepas sahaja kelibat kereta yang dinaiki oleh Alysa dan Erissa hilang dari pandanganku. Aku memulakan perjalananku untuk pulang ke rumah. Ayah dan ibuku sering sibuk. Hanya sekali sekala sahaja mereka dapat datang mengambilku. Terpaksalah aku berjalan kaki pulang setiap hari. Mujurlah jarak sekolah dengan rumah tidak terlalu jauh.

====================================

Dalam perjalanan pulang ke rumah, aku terlihat Fairuz dengan beberapa orang samseng. Fairuz dalam keadaan ketakutan.

"Oi budak.. Mana duit aku yang kau pinjam? Dah 3 bulan kau tak bayar." Kata samseng itu.

"Maafkan saya bang. Sa...saya tak...takde duit. Bu...bulan depan sa...saya janji a...akan bayar a....aba...abang balik." Tergagap-gagap Fairuz menjawab

"Janji..janji..janji..aku serik dengar perkataan janji dari mulut ko.." Lalu samseng-samseng itu menumbuk Fairuz. Fairuz tidak dapat melawan mereka kerana mereka semua terlalu kuat.

Mereka meninggalkan Fairuz dan tubuh Fairuz yang lemah itu terbaring di tepi jalan raya itu.

Aku datang ke tempat Fairuz cuba untuk membantu.

"Nilaa..To...tolong a..aku." Kata Fairuz dengan lemah.

"Bertahan Fairuz. Saya cuba minta bantuan dari orang lain untuk bawa awak ke hospital." Jawabku lalu cuba untuk menahan kereta yang lalu lalang.

Ketika aku menahan sebuah kereta. Kebetulan kereta itu adalah milik Cikgu Khairul. Cikgu Khairul terkejut melihat Fairuz yang terbaring lemah. Aku meminta bantuan Cikgu Khairul untuk menghantarnya ke hospital.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience