Bab 6

Other Completed 17288

BAB 6

Jiran-Jiran kelasku kini juga tahu bahawa akan ada pelajar baharu yang akan masuk ke kelas kami. Tidak hairanlah mereka tahu kerana pasti ada pelajar dari kelas kami yang menghebohkannya.

Hari yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar di kelasku telah tiba. Ramai yang sedang berbual-bual tentang hal tersebut. Mereka semua memakai pakaian yang sungguh kemas hari ini.

Cikgu Nurul masuk ke dalam kelas kami bersama seorang pelajar. Rakan-rakanku terkejut melihat pelajar baharu itu. Ada pelajar lelaki yang sudah mengeluh panjang. Manakala pelajar perempuan ada yang gedik manja.

"Ok pelajar. Seperti apa yang telah saya memaklumkan kepada kamu kelmarin. Hari ini kita ada pelajar baharu."Terang Cikgu Nurul. "Sila memperkenalkan diri kamu"

"Hai. Nama saya Zulfaqar. Boleh panggil Zul. Saya berasal dari Sabah dan berpindah ke sini kerana ayah saya baru ditukarkan kerja,"Kata pelajar baharu itu memperkenalkan diri. "Baiklah Zulfaqar. Terima kasih kerana memperkenalkan diri kamu. Sekarang kamu boleh duduk di sebelah Harmizi."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience