Bab 3

Other Completed 17288

BAB 3

"Hai Nila !" Tegur Erissa dan Alysa.

Erissa Aina Binti Saiful , seorang gadis yang garang , tegas dan berani. Sesiapa sahaja yang telah membuatkan dia marah dan panas baran , tidak kira anak raja , anak tan sri atau sebagainya , dia akan membalas dendam.

Nurul Faralysa Binti Farish Othman , seorang gadis yang ayu , comel , jelita dan pendiam. Diminati ramai oleh jejaka-jejaka yang ada di sekolah. Tapi dia tidak pernah melayan mereka semua yang tergila-gila dengannya. Sehingga ramai yang berkata dia seorang yang sombong dan jual mahal. Tetapi sebenarnya dia melakukan semua ini kerana dia tidak mahu bercinta cintun diusia yang muda. Dia mahu menumpuhkan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran.

Mereka dua inilah satu-satunya kawan baikku sejak di sekolah rendah lagi. Merekalah yang sering memberi dorongan kepadaku dan juga sentiasa ada disisiku semasa susah dan senang. Dan merekalah tempat dimana aku meluahkan segala perasaan yang aku pendam selama ni. Kerana mereka sahaja yang dapat memahami keadaan aku. Aku amat bersyukur kerana dapat mengenali mereka.

"Hai korang!!" Balasku. "Aku rindu kau, Nila. Aku nampak kau makin sihat ni. Makin comel" Kata Erissa. "Hahaha takdelah.. Aku tetap macam dulu juga..gemuk..tembam..bulat.," Jawabku. "Eh ape pula cakap macam tu..Aku tengok makin comel macam teddy bear aku..ee geram aku.. Hehe" puji Alysa. Aku ketawa mendengar pujiannya. Ada-ada je..

Belum sempat kami ingin berbual lama, guru mata pelajaran pada masa itu telah masuk ke dalam kelas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience