Bab 17

Other Completed 17288

BAB 17

Selepas tamat waktu rehat , Cikgu Khairul, Zulfaqar dan beberapa orang pengawas masuk ke dalam kelas kami.

"Baik semua pelajar. Hari ini cikgu akan melakukan spotcheck. Kerana kawan kamu , Zulfaqar telah kehilangan dompetnya. Semua diminta untuk meletakkan beg di atas meja masing-masing" arah Cikgu Khairul.

Kami sedikit terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Cikgu Khairul. Tanpa membuang masa , kami meletakkan beg kami di atas meja lalu satu persatu beg diperiksa.

Ketika tiba giliran begku diperiksa. Alangkah terkejutnya apabila mereka menjumpai dompet milik Zulfaqar di dalam begku.

"Denilla ! Ikut saya ke bilik disiplin sekarang." Marah Cikgu Khairul.

====================================

"Denilla.. Kenapa kamu sanggup lakukan semua ini.. Kenapa kamu mencuri dompet kawan kamu sendiri?" Tanya Cikgu Khairul dengan marah.

"Saya tidak mencuri cikgu. Saya tidak berbohong.. Saya telah dikhianati,cikgu.." Aku menafikan.

"Sudah terbukti Denilla. Dompet itu ada di beg kamu." Jawab Cikgu Khairul

"Tapi saya...."

"Sudah !! Esok saya akan panggil ibubapa kamu ke sekolah." Belum sempat aku berkata apa-apa , Cikgu Khairul sudah memotong.

====================================

"Zul. Maafkan saya. Saya...."

"Ahhh sudah! Sudah terbukti Denilla.. Sudah terbukti.. Saya tidak sangka kamu akan melakukan semua ini! Selama ini saya terlalu mempercayai kamu.." Potong Zulfaqar

"Tapi bukan saya yang melakukannya.." Air mataku tidak dapat ditahan. Aku menangis.

“Sudah ! Mulai sekarang saya tidak mahu mempercayai kamu lagi!” Kata Zulfaqar meninggalkan aku menangis sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience