Bab 20

Other Completed 17288

BAB 20

"Zulfaqar" panggil Fairuz

"Ape kau nak" Jawab Zulfaqar.

"Aku nak minta maaf. Aku menyesal dengan apa yang aku lakukan selama ni. Tolong maafkan aku. Sebenarnya bukan Nila yang mencuri dompet kau. Tapi aku.. Aku yang meletakkan dompet kau ke dalam beg Nila. Sebab aku nak balas dendam. Tolong maafkan aku. Aku menyesal."

Zulfaqar terkejut dengan kata-kata Fairuz.
"Jadi selama ini kau yang mengkhianati Denilla?" Fairuz mengangguk.

"Kau maafkanlah Denilla. Dia tak bersalah. Dia dah lama terseksa sebab diejek , dihina , dimaki oleh kami semua. Takkan kau nak tambahkan lagi keseksaan dia. Sebab dia rasa bersalah dengan kau. Sedangkan bukan dia yang lakukan. Kalau kau nak. Kau seksalah aku. Sebab aku yang lakukan semuanya. Aku sanggup . Aku terima segalanya. "

Zulfaqar memandang Fairuz dan segera lari meninggalkannya dan mencari Denilla.
====================================
"Denilla"

"Zul.." Aku tergamam

"Maafkan saya Nila. Sebab saya tidak mempercayai awak ketika awak dituduh mencuri. Sebab waktu tu saya sangat-sangat terkejut. Mereka menjumpai dompet saya didalam beg awak. Saya terlalu menyayangi dompet itu. Kerana dompet itu adalah pemberian arwah abang saya. Disebabkan terlalu sayang dengan dompet itu , saya tidak dapat berfikiran dengan waras. Maafkan saya Nila." Kata Zulfaqar panjang lebar.

"Zul. Saya dah lama maafkan awak. Awak tak perlu risau.. Saya dah lama maafkan awak.." Kataku.

"Terima kasih Nila."
====================================
Sejak hari itu. Kehidupan ku berubah. Aku kini sudah tidak berbadan gemuk dan bulat seperti dulu. Kerana selama ini aku dalam projek diet dan akhirnya projek diet ku berkesan. Aku juga tidak lagi diejek oleh rakan-rakan. Mereka tidak lagi memanggilku Doraemon. Kini persahabatanku bersama Erissa , Alysa , Zulfaqar dan Fairuz semakin rapat. Tidak lupa juga dengan persahabatanku dengan rakan-rakan yang lain.

"Nur Denilla Binti Mustapha." Zulfaqar menyebut nama penuhku.

"Kenapa awak sebut nama penuh saya?" Tanyaku hairan.

"Takde. Saja nak praktis sebut nama awak. Taklah saya tersasul bila nak nikah nanti." Kata Zulfaqar.

Aku terdiam. Malu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience