Bab 7

Other Completed 17288

?BAB 7

*Rehat*
Hari ini aku terpaksa rehat sendirian. Erissa dan Alysa pergi ke perjumpaan AJK Kelab Bahasa Inggeris.

Aku terus pergi ke kantin apabila lonceng rehat berbunyi. Perutku sudah berkeroncong minta untuk diisi. Di kantin , masing-masing sibuk membeli makanan mereka. Aku terus membeli semangkuk mi sup dan segelas air sirap lalu duduk di sudut kantin sendirian.
"Hmm..sedapnya bau. Makan sorang saja?" Tegur satu suara. Aku mengangkat muka. Jantungku terasa berhenti berdegup apabila melihat seorang pelajar lelaki yang kacak menegur. Aku mula menjadi tidak tentu arah. Aku mengesat wajahku yang berpeluh-peluh dengan sapu tangan. "Err.."

Pelajar lelaki tadi tersenyun. Wajahku kelihatan cemas. Aku mula menggelabah.

"Saya Zulfaqar. Pelajar baharu tu. Awak Denilla kan , sekelas dengan saya."

"Macam mana awak tahu nama saya?"Tanyaku hairan kerana dia tahu namaku sedangkan aku tidak pernah memberitahu namaku kepadanya tadi di kelas. Aku mula tidak senang duduk. Aku memang sangat pemalu apatah lagi dengan pelajar lelaki.

Zulfaqar tersenyum. Dia duduk di bangku sebelahku. "Siapa tak kenal dengan Denilla." Zulfaqar tergelak sendiri. Aku tersinggung dengan kata-kata Zulfaqar. Pasti dia juga sengaja hendak mengenakanku seperti pelajar-pelajar lain juga. Entah apalah yang diberitahu oleh pelajar-pelajar lain tentang diriku kepada Zulfaqar. Aku rasa malu dan mukaku menjadi merah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience