Bab 16

Other Completed 17288

?BAB 16

Selama seminggu aku ke sekolah dengan perasaan yang gembira sekali. Seminggu tanpa Fairuz si pengacau. Alangkah indahnya jika ia berterusan. Namun , sekarang masuk minggu kedua dimana Fairuz akan masuk semula ke sekolah selepas tamat tempoh pergantungan. Aku mulai risau.

Semasa aku dalam perjalanan menuju ke tandas. Aku ditarik dari belakang oleh seseorang. Aku dibawa ke belakang sekolah.

"oiii gemok !!!! Kau yang laporkan dekat cikgu kan??!" Bentak Fairuz

"Aku takde lapor dekat guru. Sumpah Fairuz !" Rayu ku

"Ahhhhhhh!! Jangan nak bersumpah-sumpah ngan aku!! Aku sumpah kau jadi batu kang padan muka !! Aku tak kira !! Aku akan balas dendam kat kau!!" Marahnya.

"Bukan aku yang lapor !! Aku langsung tak bagitau !"

"Ahhh diam !" Fairuz cuba untuk menampar.

Aku menutup mataku takut untuk menerima tamparan itu.

Sesaat...dua saat....
Tiàda tamparan yang hinggap di pipiku. Aku cuba untuk membuka mata. Aku terlihat Zulfaqar sedang menahan Fairuz daripada menamparku.

"Woooo..Nampaknya ada hero datang menyelamatkan... Huuuuhhhh." Sindir Fairuz.

"Kau baru habis tempoh pergantungan sekolah dah buat hal balik!! Lepas ni nak minta buang sekolah terus ke ahh???!!" Marah Zulfaqar.

"Huuuhh. Takutnyeee" Fairuz berpura-pura takut.

"Ape masalah kau dengan Nila? Ape yang Nila buat dekat kau sampai kau nak tampar dia ahhh??!! Kau tu lelaki!! Tak sepatutnya tampar perempuan!!" Zulfaqar bertegas.

"Kau takde kaitan dengan dia !! Jangan nak tunjuk hero !! Aku benci budak gemok ni ! Dia lapor kat guru disiplin tentang kes aku tempoh hari !"

"Sebab tu pun kau nak marah ke??!! Sebenarnya bukan Denilla yang lapor kat cikgu.. Tapi aku yang lapor !! Sebab aku sendiri ternampak kejadian tu !! Aku sendiri ada kat tempat kejadian.."

Fairuz memandang Zulfaqar geram lalu dia meninggalkan kami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience