Bab 11

Other Completed 17288

?BAB 11

Hari ini aku pulang lewat kerana aku didenda untuk membersihkan kelas. Rakan-rakanku sengaja membuang sampah merata-merata untuk menyusahkan kerjaku.

"Nila." Satu suara menegur. Aku menoleh.
"Hmm."
"Awak ok ke seorangan kat sini? Nak saya teman ? Sambil-sambil tu saya boleh bantu awak juga. " Kata Zulfaqar menawar dirinya untuk membantu.
"Eh takpe. Saya boleh buat. Lagipun ni denda saya. Tak eloklah kalau saya minta bantuan orang lain." Jawabku lembut
"Baiklah. Saya teman awak kat sini sampai awak selesai."
"Tak perlulah. Lagipun mesti mak awak tengah risau kat rumah. Awak pulanglah."
"Takpe. Mak saya tak kesah."
"Saya tak nak menyusahkan awak dan saya tak nak disebabkan saya , mak awak marah. Please?"paksaku. Aku tidak suka menyusahkan sesiapa.
"Hmm.baiklah. awak jaga diri baik-baik tau. Jangan lama-lama seorang diri kat sini." Lalu dia meminta diri untuk pulang.

Sedang aku sibuk membersihkan rak buku yang dimaksudkan oleh Cikgu Khairul. Mataku ternampak sebuah buku teks yang masih elok diletakkan di rak itu. Aku mengambil buku itu untuk melihat siapakah pemiliknya.
Alangkah terkejutnya, buku itu adalah miliku. Rupa-rupanya aku dipermainkan oleh rakan-rakanku. Mereka sengaja mengambil buku aku dan meletakkannya disini. Aku kecewa.

Aku cepat-cepat menyiapkan tugasku dan terus pulang ke rumah. Aku melupakan segala masalah tadi. Aku mahu cepat pulang kerana aku tahu ibu sedang merisaukan keadaanku.

====================================

*Di rumah*
Tiba di rumah aku segera masuk ke dalan bilik tidur. Aku baring di katil sambil menangis teresak-esak. "Ya Allah. Aku tidak sanggup menjalani semua dugaan ini."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience