Bab 1

Other Completed 17288

Tajuk : Sebuah Penyesalan
Pengarang : dbrhjne

BAB 1
Hari ini merupakan hari pertama persekolahan. Jam telah menunjukkan 7:30 pagi . Bermakna ada setengah jam sahaja lagi masa ku untuk bersiap. "Matilah aku. Hari pertama sekolah dah lewat bangun. Tidur lewat semalam gara-gara layan drama korea huhu,"Bebelku sendiri

Sebelum itu, memperkenalkan diriku. Namaku adalah Nur Denilla Binti Mustapha . Nama singkat Nila tetapi kawan-kawan memanggilku Doraemon. Disebabkan tubuhku yang bersaiz besar dan berbentuk bulat seperti watak didalam cerita animasi jepun itu.

Aku bersekolah di SMK Merpati. Aku seorang pelajar yang baru berusia 14 tahun dan seorang manusia biasa yang sering diejek dan dihina oleh kawan-kawan. Walau bagaimanapun , aku tetap bersabar. Bak kata orang "Sabar itu separuh daripada Iman"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience