Bab 14

Other Completed 17288

?BAB 14

Fairuz sedar dengan kemunculan aku. Aku segera mencuba untuk melepaskan diri. Namun , sempat ditahan oleh Fairuz.

"Oi budak gemok. Kau nak pergi mana?!" Fairuz menarik ku.
"Lepaskan aku!!"
"Kau jangan nak cuba-cuba lapor dengan cikgu!"
"Lepaskan akuuuu!!!!!"
"Kalau kau bagitau cikgu, awas ! Aku cari kau sampai lubang cacing !" Lalu dia melepaskan pegangannya.

Aku cepat-cepat melepaskan diri.

====================================

Sejak kejadian itu , aku menjadi seorang yang pendiam. Aku takut untuk menceritakan kepada sesiapa mengenai kejadian itu.

"Nila" panggil Alysa.

Diam.

"Nur Denilla Binti Mustapha" panggilnya sekali lagi.

Diam.

"Nilaaaaaaaaaaaaaa!" Kali ini Erissa bersuara.

Aku mengangkat muka.

"Nila kenapa ni. Kenapa diam je. Kau tak sihat?" Aku melihat muka Erissa kerisauan.

"Aku sihat"

"Habis tu kenapa begini?" Tanyanya lagi.
"Takde pape."

"Jangan bohong Nila. Kami tau kau ada masalah. Kami dah lama kenal kau."

"Hmm. Takde. Aku ok. Aku cuma letih je. Dah lahh. Sekejap lagi Cikgu masuk. Nanti tak pasal-pasal kena denda sebab buat bising." Aku malas hendak melayan.

"Hari ini cikgu ada mesyuarat. Jadi dia suru kita ulangkaji sendiri. Nila. Please. Ceritalah. Tak kesian ke kat kitorang risau ngan kau." Alysa membuat muka kesian.

"Hmm. Yelahh. Dah jangan buat muka kesian lagi. Menyampah aku. Hahahah..Tapi korang kena janji dengan aku tau. Jangan bagitau sesiapa." Akhirnya aku terpaksa mengalah.

"Kami janji" Kata Erissa dan Alysa serentak sambil mengangkat jari kelingking.

Aku menceritakan segalanya kepada mereka dengan jujur.

"Nila. Kau sepatutnya lapor dekat cikgu." Kata Erissa selepas aku selesai menceritakan segalanya.

"Tapi aku takut"

"Kenapa kau nak takut?"
Aku terdiam.

"Dah lah. Tak payah fikir lagi semua ni. Harap-harap Fairuz and the geng cepat-cepatlah tertangkap dengan perbuatannya yang telah melanggar peraturan sekolah"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience