Bab 13

Other Completed 17288

?BAB 13

"Nilaaa." sergah Alysa. "Mak kau hijau.." Aku melatah. "Hahaha. Apelah kau ni. Mak aku putih okay ?" Ketawa Alysa.

"Maaf. Aku tak sengaja. Kau lah ni sergah aku dari belakang."

"Hahaha. Maaflahhh"

"Erissa mana?"

"Erissa ade perjumpaan bola jaring."

"Ohh"

"Kau dah jumpa buku teks sains kau kat rumah?"

"Dah. Tapi bukan jumpa kat rumah"

"Ahh? Maksud kau? Habis tu?"

"Aku jumpa kat rak buku sana tu waktu aku bersihkan. Rupanya ade orang nak mempermainkanku"

"Ya Allah. Kesiannya kau. Oh, ya.. Maafkan aku dan Erissa tau sebab tak dapat nak teman kau hari itu."

"Takpe. Aku tak kesah. Aku tau korang takut mak korang marah sebab balik lewat"

"Inilah sebab aku sayang kau. Sebab kau memahami. Hehe." Kata Alysa dengan teruja.

"Oi Doraemon..Cikgu Melly minta bantuan kau untuk bantu dia bersihkan stor sukan sekarang." Tiba-tiba muncul rakan sekelas ku.

"Oh ok. Sekejap lagi aku datang."Jawabku dengan sopan sambil tersenyum. "Okaylah Alysa. Aku nak pergi tolong Cikgu Melly dulu ye. Aku takut Cikgu Melly cari-cari aku kalau aku lambat."
"Baiklah. Jumpa nanti." Alysa tersenyum sambil melambai.

===================================
Selesai mengemas bilik stor sukan , aku keluar dan mengunci bilik stor itu dengan kemas.
Cikgu Melly sudah lama pergi kerana dia mempunyai urusan lain yang sangat penting dengan pengetua sekolah.

Semasa aku sedang mengunci bilik stor itu , aku terhidu bau yang pelik. Iaitu seperti bau asap. Aku mencari-cari dari mana bau itu datang. Rupa-rupanya bau itu datang dari arah belakang sekolah.

Aku pergi ke kawasan belakang sekolah untuk melihat apa yang terjadi. Aku terkejut apabila terlihat ada sekumpulan pelajar lelaki yang sedang menghisap rokok. Salah seorang daripada pelajar lelaki itu adalah Fairuz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience