BAB 8

Romantic Comedy Completed 8264

Zara membontoti Encik Zaidi masuk ke dalam ruang kecil itu. Ditekan
punat tingkat 18. Lif itu laju naik ke atas. Debaran kian memuncak. Zara
menarik nafas sedalam dalamnya. Encik Zaidi pula rancak berbual dengan
salah seorang pekerjanya di dalam lif itu.

" Mari sayang. Babah kenalkan dengan pekerja - pekerja babah." Kata
Encik Zaidi mesra. Zara hanya mengangguk. Tidak mahu babahnya tahu
kegugupannya.

" Assalamualaikum semua, pinta perhatian kamu semua sebentar." Masing -
masing serta merta berhenti lalu mengalihkan perhatian mereka ke arah
Encik Zaidi.

" Hari ini, kita ada new intern, Cik Nur Zara Alesya. Saya harap kamu
semua boleh memberi tunjuk ajar kepadanya selama dia berada disini.
Zara, perkenalkan diri kamu." Suara Encik Zaidi jelas. Zara pula berasa
semangat mendengar suara lantang babahnya itu. Usai sahaja sesi
memperkenalkan diri kepada semua staf - staf babahnya, dia menuju ke
arah mejanya.

" Okay Zara! Please do your best. Hwating!" Zara mengepal buku limanya.

" Hi, I Redwan. People calls me Red. I duduk sebelah meja you
aje. If you want anything, just call me okay." Senyum lelaki segak
berkemeja merah pekat itu. Wajahnya yang saling tidak tumpah pelakon
lelaki korea itu membuatkan Redwan tampak mewah walaupun hanya berkemeja
biasa. Zara hanya senyum mengangguk faham.

" Eee, pantang tengok perempuan dahi licin la kau ni Red! Grrrr... geram
pulak aku. Eh, HI.. Nama akak Fadhilah, panggil je akak Ilah. Kalau
adik kena kacau dengan buaya Korea tu, bagitahu akak. Biar akak tibai
kepala dia." Ujar Fadhilah sambil dia mengungkilkan matanya pada Redwan.
Zara ketawa kecil.

" Eh, cemburu pulak kau! Tak payah layan orang mulut cabuk macam dia tu
Zara. Kang tak pasal - pasal berjangkit." Tegas Redwan mengutur kata,
ekor matanya menjeling Fadhilah yang sudah merah mukanya.

" Hahaha, comel je akak dengan abang ni. Ada apa - apa ke?" Tanya Zara.
Dia memandang pada kedua - duanya.

" Sisih malaikat 44!" Jawab mereka serentak seraya kembali kepada skrin
desktop masing - masing. Zara hanya mampu ketawa kecil.

" Dah dah jom masuk bilik mesyuarat. Pengarah dari Berjaya Holdings dah
sampai. Cepat! Cepat!" Arah seorang wanita pertengahan usia di hadapan
pintu pejabat. Datang dari jabatan lain barang kali. Fadhilah tiba -
tiba jadi bersemangat. Diambil bedak kompaknya dari laci lalu di bedak
itu di sapu - sapu ke mukanya. Tidak cukup dengan itu, dia mencalit
sedikit lipstik merah pada bibirnya. Sebelum dia bangun daripada kerusi,
dia membetulkan ikatan rambutnya agar nampak kemas. Perlakuannya itu
setia diperhatikan Zara. Boleh jadi dia bingung melihat sekelilingnya
masing - masing kelam kabut.

" Eh Zara! Apa yang awak duk melanguk lagi tu? Jom, cepat!

" Arah Fadhilah. Tangan Zara ditarik lembut. Mereka berjalan beriringan
ke sebuah bilik mesyuarat yang besar. Mata Zara kagum melihat bilik
mesyuarat yang serba lengkap itu. Dia mengambil tempat di sisi pintu
besar. Segan mahu lebih ke hadapan. Lebih baik dia duduk sahaja di situ,
fikirnya.

" Emm, akak! Kenapa semua orang kelam kabut je ni?" Tanya Zara
kehairanan, matanya setia pada Fadhilah yang sibuk membetulkan butang
baju blazer merahnya. Dia bukanlah mahir dengan selok belok kerja di
syarikat Berjaya Holdings itu. Dia hanya tahu, babahnya adalah salah
seorang pemegang syer syarikat tersebut dan memegang jawatan sebagai
Ketua Pengarah Bahagian Pemasaran. Selebihnya dia langsung tidak ambil
peduli.

" Eisyh, kamu ni! Ini mesyuarat bulananlah, setiap jabatan akan
menghadiri mesyuarat ini untuk memberi sedikit sebanyak perkembangan
syarikat pada barisan CEO Berjaya Holdings. Bosan tu tak payah tanyalah
tapi anak CEO syarikat ni, alahai~ handsome sungguh! Nanti kau
tengoklah! Mesti kau pon jatuh hati." Kata Fadhilah panjang lebar. Zara
hanya mengangguk faham. Matanya melilau di setiap sudut bilik mesyuarat.
Kaum wanita semuanya sedang sibuk memperbetulkan pakaian masing -
masing. Ada yang menyembur minyak wangi, ada yang membetulkan lipatan
selendang, ada yang mencalit lipstik di bibir. Hai, macam - macam ragam.
Kadang - kadang terpandang juga mimik kaum lelaki yang kurang senang
dengan gelagat wanita - wanita itu. "Hai, dasyat sungguh penangan anak
CEO ni!" Getus hati Zara. Zara juga sempat membetulkan lipatan tudungnya
yang dirasakan senget sedikit.

Pintu mesyuarat yang tadinya tertutup rapat tiba - tiba dibuka seluas -
luasnya. Barisan CEO Berjaya Holdings yang ditunggu - tunggu sudahpun
melangkah masuk ke dalam bilik mesyurat. Zara bangun berdiri setelah
melihat semua rakan sekerja bangun memberi tanda hormat kepada mereka.
Buntang mata Zara sebaik sahaja susuk tubuh lelaki bersut kelabu pekat
itu berhenti di hadapannya. Mujur lelaki itu tidak perasan akan
kewujudan dirinya disitu. Matanya setia mengokori lelaki itu sehingga
dia melabuhkan punggungnya bertentangan dengan tempat duduknya. Zara
mengetap bibirnya, dia berdoa moga - moga lelaki itu tidak sedar akan
kewujudannya di situ. Belum sempat lelaki itu menoleh ke arahnya, lampu
bilik mesyuarat terpadam. Zara menghembus nafas lega. Dipegang dadanya
yang sejak tadi berombak kencang. " Ya Allah, tenangkanlah hatiku." Doa
Zara.

Fadhilah menyiku lengan Zara membuatkan Zara bangun daripada lamunannya.
" Betul tak apa yang akak cakap, /handsome/ kan anak CEO tu?" Bisik
Fadhilah. Zara mengangguk sahaja. Jika boleh, mahu sahaja dia keluar
dari bilik mesyuarat itu. Aura lelaki itu terlalu kuat. Dia membuatkan
Zara terus keawang - awangan. Senyumannya, kewibawaannya, ketampanannya
sungguh terserlah. Zara akui dia kalah jika berhadapan dengan Awais,
anak keempat Dato' Azmi itu.

" Psstt~, eh!" Ada suatu suara membisik dari arah pintu mesyuarat. Zara
menoleh.

" Ya, boleh saya bantu?" Tanya Zara. Suaranya membisik.

" Tolong hidangkan air untuk barisan CEO, cik!" Hulur perempuan tua itu
satu dulang air kopi. Zara bingung lalu dia mengetap bibirnya.

" Tolonglah makcik, makcik segan masuk bilik mesyuarat ni." Ujar wanita
lewat usia itu. Zara melihat kiri dan kanannya. Masing - masing tekun
mendengar presentation di hadapan. Akhirnya, Zara mengangguk perlahan.

Zara berjalan ke arah meja bulat besar itu. Satu persatu cawan di dalam
dulang dihidangkannya. Di dalam hatinya, tidak putus - putus dia berdoa
agar Awais tidak mengecam akan dirinya di dalam gelap itu. Kakinya rapat
berdiri disebelah kerusi mewah yang diduduki Awais. Dadanya berombak
kencang sebaik sahaja bau wangian Armani milik lelaki itu menunjah ke
lubang hidungnya.

" Enjoy your coffee sir." Zara meletakkan secawan kopi di atas meja
lalu tanpa melengahkan masa, Zara terus berlalu dari situ.

" Excuse me miss, this is not my coffee if I am not mistaken." Awais
menegur Zara. Zara menghentikan langkahnya.

" Maaf?" Tanya Zara tidak faham. " Haish, time ni juga ada yang dia
tak puas hati." Bebel Zara. Jari telunjuk Awais digoyangkan tanda
menyuruh Zara dekat ditelinganya. Mata Awais setia memandang helaian -
helaian kertas di atas mejanya.

" You sent me the wrong coffee so you owe a lunch date, Zara." Awais
mengoyakkan senyuman. Bulat mata Zara lalu dia memalingkan wajahnya ke
arah Awais. Mata kedua - duanya bertaut lalu Awais sengaja mengenyitkan
matanya pada Zara. Zara cepat - cepat berdiri tegak lalu berlari anak
keluar dari bilik mesyuarat. Awais ketawa kecil. Seronok mengusik adik
Zarif itu.

"Astaghfirullahala'zim! Aaaaaa!" Zara menghentak - hentak kecil
kakinya. Dia sudah hilang akal. Orang lalu lalang di sekitar lif itu
pasti fikir dirinya sudah gila. Tapi dia sudah tidak peduli. Dia geram
amat. Bagaimana lelaki itu dapat menghidu keberadaannya di sana. Dia pun
tidak tahu. Telefon pintarnya tiba - tiba bergetar.

##Awais ##

Assalamualaikum, mohon jangan lari pulak ya. Tunggu saya di lobi nanti.
Kereta plat WWW 77.

Zara membatu diri. Ligat jari jarinya menekan skrin telefon pintarnya,
mata bundarnya meneliti setiap patah perkataan yang ditulisnya lalu
dipadam semula. Matanya dipejam rapat, dia sudah tidak ada akal untuk
lari. Terdetik dihatinya seribu rasa bahagia namun dia harus memberitahu
Awais akan status dirinya yang sebenar. Hati Zara tiba - tiba jadi
sebal. Hatinya tidak mahu. Tidak mahu memberitahu Awais yang dirinya itu
sudah menjadi tunangan orang.

" Awais, how can I escape from you?" keluh Zara. Hatinya keruh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience