Kelam kabut Zara menuruni tangga rumahnya. Mujur bagasinya sudah berada
di hadapan pintu, jika tidak jenuh pula dia harus menuruni tangga
bersama bagasi besarnya.
" Zara, kelam kabut sungguh anak mama ni? Sabar sayang. Tudung kamu pun
dah senget mama tengok." Kata Puan Kamariah. Zara tampak kelam kabut
sekali sehinggakan tudungnya juga jadi senget.
" Ye ke?" Zara cepat – cepat mendapatkan cermin di ruang tamu. Benar
kata Puan Kamariah, tudungnya senget sudah persis anak sekolah darjah
satu. Dibetul – betulkan tudungnya lalu membelek – belek mukanya yag
sudah dioles dengan solekan yang agak ringan. Dia tidak mahu memakai
solekan seperti kebiasaannya, bimbang ditumbuhi jerawat memandangkan
perjalanan ke Pahang memakan masa yang lama.
" Dah lawa dah anak mama ni! Tak perlu belek lama – lama." Ujar Puan
Kamariah sambil mencuit dagu runcing milik anak bongsunya itu. Zara
tersenyum sumbing.
Puan Kamariah menemani anaknya hingga ke parkir kereta hadapan. Usai
Zara memasukkan segala bagasinya ke dalam kereta, dia menyalami kedua –
dua tangan mamanya. Tidak lupa juga dia mencium kedua – dua pipi Puan
Kamariah.
" Sayang mama!"
" Sayang kamu juga sayang. Hati – hati ya!" Sejujurnya Puan Kamariah
berat ingin melepaskan Zara. Sudahlah Zara tidak selalu berada di rumah
semenjak menjalani intern di syarikat suaminya itu, kini dia perlu
melepaskan Zara sekali lagi.
" Assalamualaikum, ma!" Jerit Zara lalu meluncur laju keluar daripada
taman perumahan elit itu.
" Waalaikumusalam." Puan Kamariah kembali masuk ke dalam rumah. Tidak
beberapa lama, deringan telefon daripada sudut ruang antara ruang tamu
dan ruang makan seakan menjerit – jerit pinta diangkat. Puan Kamariah
berlari anak mendapatkan panggilan itu.
" Assalamualaikum, ya? Siapa di sana?"
" Errr, /unty/. Ini Azril. Zara ada?"
" Oh, Azril... Kamu sihat? Dah lama /unty/ tak dengar berita kamu?"
Tanya Puan Kamariah sebaik sahaja dia mendengar suara jejaka itu. Sudah
hampir dua minggu, Azril menghilang.
" Hish, /time/ ni juga la mak cik ni nak tanya aku macam – macam!" Getus
hati Azril. Sememangnya dia tidak sabar.
" Err, Sihat /unty/! Zara mana ya makcik?" Tanya Azril lagi.
" Alhamdulillah. Ingat kamu tak sihat. Zara? Zara pergi bercuti. Ada
/company trip /katanya." Kata Puan Kamariah. Tiba – tiba sahaja talian
putus. Puan Kamariah sedikit terkejut lalu dia mengeleng – geleng
kepalanya.
" Macam – macam budak – budak zaman sekarang!"
Azril mundar mandir di balkoni. Permandangan indah Cameron Highland itu
tidak nampak indah seperti biasa. Galau. Dikusut – kusut rambutnya yang
agak panjang itu lalu diteguk /wiskey/ itu dengan penuh rakus. Dentingan
Ais di dalam gelas kaca itu dipandang lama, ada sesuatu yang mencuit
hatinya tatkala dia melihat ais yang sedang mencair di dalam gelas itu
lalu dia ketawa. Semakin lama, ketawanya semakin menipis lalu dia
menghempas gelas itu ke atas lantai balkoni.
" Arghhh!! Kau tak cari aku langsung Zara! Langsung!! Betina sundal!!"
Racauan Azril mengejutkan Jenny, rakan Azril dari Amerika itu.
" Baby, what's wrong?" Tanya Jenny yang hanya berbungkus di dalam
selimut itu. Azril mengalihkan pandangannya k arah Jenny lalu meluru ke
arahnya. Bibir Jenny direntap kasar lalu Azril menolaknya baring di atas
katil. Bahu Jenny dicium rakus.
" Easy boy..." Desah Jenny sambil menarik badan Azril ke dadanya.
Pergaulan Azril sudah serupa negara barat, dia sudah lupa. Lupa
segala-galanya dan yang dia mahu hanyalah Zara, perempuan yang didamba
sejak dahulu.
Zara memarkir keretanya bersebelahan dengan bangunan tinggi itu kerana
di situ sahaja dia boleh mendapatkan parking tanpa bayaran. Zara sedikit
lega memandangkan dia sampai tepat pada waktunya kerana tiada kesesakan
lalu lintas sepanjang perjalanan dari rumah ke pejabat. Adapun hanya
perlu menempuh beberapa lampu trafik di beberapa buah jalan dan itupun
hanya memakan beberapa minit sahaja.
Jam ditangan kirinya diangkat sedikit, 8.30 pagi. Dia tersenyum riang
lalu dia melontarkan pandangannya ke arah Berjaya Holding yang gah
berada dihadapannya. Bertungkus lumus dia memunggah keluar bagasi –
bagasinya keluar daripada kereta lalu dibawa ke ruang lobi pejabat. Dia
kehairanan.
" Awal sangat aku ni. Hehe. Rehat kejaplah..." Bisik Zara lalu dia
melabuhkan punggungnya di atas sofa yang tersedia diruang tersebut. Dia
membuka novel inggeris lalu menyumbat earphones ke dalam telinganya.
Awais keluar dari pintu lif. Hairan dia melihat seorang perempuan
berpakaian casual duduk di satu sudut sofa ruang lobi pejabat. Fikirnya
hari minggu juga ada pekerjanya bekerjakah? Setahu dia, dia seorang
sahaja yang sering keluar masuk daripada pejabat pada hari minggu
begini. Matanya menjenguk – jenguk melihat siapa gerangan perempuan itu.
Bulat matanya melihat perempuan itu adalah Zara.
Sedang dia khusyuk membaca novel inggerisnya, bahunya ditepuk lembut.
" Miss! Miss!" Melompat Zara sebaik saja dia merasa sentuhan lembut
itu. Dadanya diurut lembut lalu ditarik earphones di telinganya.
" Apa Miss buat kat sini?" Tanya lelaki berkemeja putih itu.
" Saya tunggu bas." Jawab Zara teragak – agak.
" Tapi Miss, ini bukan stesen bas." Kata pengawal berkemeja putih itu.
Zara diam. Terdengar ketawa Awais yang tidak jauh daripada situ. Wajah
Zara tampak berubah.
" Eh, tuan! Selamat Pagi. Awal tuan turun hari ni." Sapa lelaki itu.
" Oh... Kerja dah siap, saya balik awal..." Sambung Awais sambil matanya
menjeling ke arah Zara yang nampaknya seperti tidak faham situasi yang
dihadapinya.
" Ya Allah, perlukah aku bertemu dia disini?" Zara jadi kaku.
" Ye ke, tuan? Kalau macam itu, baik – baik jalan balik." Kata pengawal
itu.
" Errr, Miss, rasanya Miss silap tempat ni, ini office bukannya
stesen bas." Kata pengawal itu sebelum dia berlalu pergi. Zara
tercengang kaku.
" Tapi... bukan sepatutnya ada bas pergi /trip company/ ke hari ini?!"
Tanya Zara tidak berpuas hati.
" Itu bas dah bertolak pukul 8.30 malam semalam!" Balas pengawal itu
dari jauh. Awais sudah menahan tawa sejak tadi.
" Erk.... Maksudnya....??" Zara menyelongkar beg tangannya seperti
mencari sesuatu yang amat berharga hingga berkerut-kerut dahinya.
" Mana? Mana?" Getus hati Zara.
" Innalillahiwainnailahirojiun... tertinggal telefon atas meja~" Zara
menunduk malu sebelum mengalihkan pandangannya ke arah bagasi –
bagasinya yang sepatutnya sudah selamat berada di dalam bonet bas.
Sudahlah tertinggal bas, tertinggal telefon pula. Dia kembali duduk di
atas sofa lalu beristighfar panjang. Beg yang digalas ditarik lalu
dipeluk erat.
" Tertinggal bas?" Tanya Awais. Zara hanya mengangguk perlahan tidak
mahu banyak bicara kerana dia sudah sangat kecewa dengan kecuaiannya
sendiri tidak memeriksa masa bas bertolak terlebih dahulu.
" Tertinggal phone juga?" Sekali lagi Zara mengangguk lemah lalu
bercampur malu, masakan gadis yang menginjak 22 tahun lupa akan telefon
pintarnya sendiri. Satu gadget yang amat penting yang kekadang boleh
menyelamatkan nyawanya jika berlaku sesuatu di mana – mana.
" Tak apalah, mari! Saya tolong angkatkan bag-bag awak ni ya?" Zara
hanya menerima pertolongan itu. Susah payah dia ke mari semata-mata
ingin pergi bercuti bersama rakan – rakan sepejabatnya tetapi nampak
gayanya harapannya musnah begitu sahaja. Zara hanya mengekori Awais
daripada belakang.
Langkah kaki Zara terhenti lalu dia berlari ke arah Awais. Bagasinya
ditarik keluar. Berlaku pergelutan antara Zara dan Awais.
" Awak nak bawa beg – beg saya ni kemana?" Tanya Zara.
" Eh, sabar Zara! Rosak juga bag ni kalau awak tarik – tarik macam ni."
Awais cuba mengimbangi bagasi berat itu daripada jatuh dari bonet
keretanya.
" Cakap cepat?!" Zara tidak berputus asa akhirnya jatuh juga bagasi itu
ke tanah. Masing – masing tercengang melihat bagasi itu. Awais mengeluh
kecil.
" Opss... My bad." Zara mengetap giginya.
" Awak okay? Did you hurt? " Tanya Awais cemas.
"Err..." Zara sedikit ke belakang tatkala Awais cuba memeriksa keadaaan
dirinya. Zara mengeleng. Tiba – tiba sahaja debaran jantungnya
kedengaran jelas.
" Tadi awak kata tertinggal bas... Tumpang la saya, saya pun nak
berangkat ke sana." Jelas Awais sambil mengangkat bagasi Zara masuk ke
dalam bonetnya semula. Lama Zara diam sehingga Awais melambai –
lambaikan tangannya pada wajah Zara.
" You want me to tumpang – you?" Zara seakan tidak
mengerti. Matanya tidak berkedip.
" Mhm. Yes, any problem with that?" Awais senyum.
" Going to Pahang to get her?" Sambung Zara. Awais
ketawa.
"To-get-her? Haha...I'm not going to get anyone Miss Zara. Don't
you worry.... I'm too old to do that. Come. Fast your seatbelt." Kata
Awais lalu dia masuk ke dalam perut kereta di bahagian memandu. Zara
diam seribu lalu dia melakar senyuman. Dia merasa terusik dengan usikan
Awais.
Share this novel