Peti mesej mempunyai satu pesanan ringkas. Cepat juga lelaki ini
membalasnya, fikir Zara. Degupan jantungnya bisa didengar orang
sekeliling. Jika mahu dibandingkan, debar yang dirasakan sekarang lebih
menakutkan daripada mengambil keputusan SPM dahulu.
Awais - Well, I guess so.
Zara - Unconciously, like you said before?
Awais - Nope, willingly.
Hati perempuan mana tidak berbunga – bunga pabila lelaki yang difikirnya
tidak mungkin digapainya seperti sudah masuk ke sangkar hati. Zara
merenung lama skrin telefon pintar itu. Sebuah luahan hati? Satu pesanan
ringkas masuk lagi.
Awais – To my surprise, you texted me. Thank you, you just made my day.
Ketukan pintu pejabatnya membuatkan dia berhenti daripada lamunannya.
Awais membetul – betulkan posisi kerusinya. Dia cuba berlagak tenang.
" Ya, masuk!" Matanya masih setia di hadapan skrin komputer ribanya.
Hairul berjalan menuju ke arah meja rakan sepejabatnya itu. Riak wajah
Hairul mula kehairanan. Keningnya yang lebat itu jelas kelihatan
bersambung. Masih tidak dapat menafsir apa yang dia lihat dihadapannya.
" I- ni, dokumen yang engkau minta tadi..." Hairul tercari – cari
permukaan yang kosong disebalik timbunan cawan – cawan kertas itu. Dia
meletakkan dokumen itu di atas meja.
" Terima kasih, bro!" Kata Awais lalu mengalihkan pandangannya pada
Hairul. Awais juga kehairanan dengan riaksi rakan sepejabatnya itu.
" Eh, kau ni, taka da angin, tak ada ribut.. Kenapa berkerut je muka kau
ni? What's wrong man?" Kata Awais. Risau melihat riak muka rakannya itu.
" You asked me what's wrong? I better ask you, what's wrong with you,
bro?!" Tanya Hairul sambil ketawa. Jarinya menunding ke arah timbunan
cawan kertas berisi kopi diatas meja itu. Diangkat satu persatu cawan –
cawan kertas itu. Masih berat berisi kopi sejuk.
" Look at this, 'Hey! Beautiful!' and this! 'I hope this coffee gonna
you're your day.. hehe' and-and-and 'awak jatuh dari langit ke cuz you
look like an angel?' oh maan...Haha! since when dude?!" Hairul
ketawa kecil. Muka Awais merah.
" Gosh! How long since you're acting like this?"Hairul melabuhkan
punggungnya di atas kerusi sambil matanya meraih jawapan untuk soalannya
daripada Awais.
Awais mendehem. Dia tahu Hairul tidak akan berganjak daripada kerusi itu
selagi dia tidak memperoleh jawapan yang dia mahu. Dia juga terlupa
untuk membersihkan segala cawan – cawan itu tadi.
" What?"
" What's with what?" Pancing Hairul lagi. Awais kembali kepada skrin
komputer ribanya.
" The secreretary?/Macam syok setengah mati je dengan kau tu?" Tanya
Hairul sambil matanya menjengah keluar dinding kaca bilik pejabat Awais
mencari – cari kelibat Syarifah.
Pembantu peribadi Awais itu sudah dua tahun menyimpan perasaan pada
Awais dan dia juga sudah berkali – kali mencuba untuk mendekati Awais
namun tidak berjaya. Syarifah bukanlah seorang perempuan yang berasal
daripada kampung. Dia merupakan perempuan yang sangat bijak dan
bertanggungjawab namun akan sifatnya yang amat materialistic itu tidak
menarik minat Awais. Lebih – lebih lagi dengan sosial hidup Syarifah
yang agak liar membantutkan Awais untuk mengenal Syarifah dengan lebih
dekat.
Awais berkerut dahi sebaik sahaja Syarifah disebut Hairul lalu dia
mengeleng – gelengkan kepalanya. Dia senyum. Fikirnya belum masanya
untuk rakan sekerjanya itu mengetahui siapa gerangan wanita yang telah
mencuri hatinya itu.
" /C'mon! Who's that lucky girl? How is she?"/ Hairul seakan merayu.
Awais hanya ketawa kecil melihat gelagat Hairul yang seakan anak kecil
meminta gula – gula. Awais hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.
/" Insha – Allah/. Bila jadi hak aku, aku bagitahu, okay?" Awais mulai
bangun daripada kerusinya lalu dia menyarungkan kot hitamnya ke badan.
Bau minyak wangi Armani kegemaran Awais memenuhi segenap ruang.
" /Don't rush out on uncertain things, Hairul/. /Be patience/..." Kata
Awais sebelum dia hilang disebalik pintu bilik pejabatnya.
" Awais!" Hairul kecewa lalu ketawa kecil. Dihatinya, dia bersyukur
mengenangkan rakannya yang sudah seperti membuka hatinya untuk seorang
wanita dan dia yakin kali ini Awais benar – benar serius.
Fadhilah hairan melihat Zara yang masih berada di meja cubicle. Zara
sibuk memandang skrin komputernya.
" Eh, Zara. Buat apa kat sini? Bukan ke..." Belum sempat dia
menghabiskan pertanyaannya, sudah tersembul seorang lelaki yang segak
dalam kemeja biru lautnya di hadapan pintu pejabat.
" Nur Zara Alesya binti Zaidi!!" Menyinga Farish sebaik sahaja dia
melangkah kakinya masuk ke ruang pejabat. Masing – masing terperanjat
mendengar suara nyaring lelaki itu sampaikan ada yang tertumpah – tumpah
air dari cawan yang dipegang di tangan. Zara yang tadinya fokus pada
skrin komputer jadi kaku.
GULP!
Perlahan – lahan kepalanya ditoleh. Belum sempat dia bangun, Farish
sudah menarik tangannya keluar. Diheret Zara keluar seperti Zara itu
sudah menjadi isterinya, tidak segan pula dia memegang tangan perempuan
itu.
" Encik Farish~ lepas. Kita bukan mahram!" Farish seakan tidak
mempedulikan apa yang dipinta Zara. Mata – mata yang bertemu dengan mata
Farish cepat – cepat mengalihkan pandangan mereka, takut ditengking
Farish. Siapa yang tidak kenal dengan Farish, semua bahagian sudah kenal
dengan dia. Sehingga dia digelar 'singa kacak' oleh pekerja – pekerja
Berjaya Holdings.
" Astaghfirullahal'azim! Encik Farish!" Zara merentap tangannya dari
genggaman Farish. Farish berhenti. Dia bercekak pinggang. Zara mengurut
– urut tangannya yang sakit itu. Mahu sahaja tertumpah air matanya
diperlakukan begitu. Dia tahu Farish masih marah tentang perkara yang
berlaku tempoh hari.
" You tahu dah pukul berapa sekarang?! Tengok ni! Sudah 100 miscalls
Zara!! Satu pun you tak angkat! Mana you bawa diaorang ni?!!" Jam tepat
menunjukkan pukul 12 malam. Zara yang berdiri di hadapan pintu itu
tertunduk, tidak berani dia mahu melihat muka Farish yang sudah merah
padam itu.
" Haiya, Farish... sudahlah marah - marah. Zara bawa budak – budak ni
pergi rumah dia saja, ada kenduri. Unty okay saja maa... Nampak diaolang
pun happy. Diaolang pun selamat sampai. Cukup la tu. Kesian sama Zara
ni." Puan Wilson cuba menenangkan Farish. Zara masih tertunduk bisu.
Malu pada Puan Wilson.
" Kalau iya pun Puan Wilson, bukannya nak bagitahu saya ada kenduri di
rumah dia." Dahinya berkerut. Zara dipandangnya atas dan bawah. Wafi
yang berdiri di balik pintu terdiam bisu.
" Oiyo, apa bising – bising ni Farish?" Tanya Muthusamy yang juga jiran
sebelah rumah. Farish mengalihkan pandangannya ke arah Muthusamy yang
sudah terkebil – kebil di pagarnya.
" Tak ada apa Muthu... Sorry ganggu you sekeluarga malam – malam. Emm,
Puan Wilson saya minta maaf." Farish meminta maaf.
" Apa pula kamu ni, minta maaf sama saya buat apa? Ini, minta maaf sama
Zara. Dah, jangan marah – marah. Saya dan Adam balik dulu ya." Adam tiba
– tiba sahaja memeluk Zara. Dia bersimpati pada Zara, tidak sangka Abang
Farish akan memarahinya sebegitu. Zara tersenyum lega. Pipi mulus Adam
dia kucup.
Bayangan Puan Wilson dan Adam hilang dari pandangan. Zara pula kaku,
tidak tahu apa yang harus dia beritahu pada Farish. Setahu dia, sudah
seterang – terang lampu bersuluh dia memberitahu perkara yang sebenar
pada Farish. Farish memandang ke arah Wafi. Lega rasanya melihat Wafi
yang selamat sampai ke rumah.
" Saya..."
BANG!
Farish sudah pun menutup pintu rumahnya. Zara terkejut dengan perlakuan
Farish.
" Fuhh, sabar Zara. Sabar." Diseka air matanya yang keluar dari tubir
matanya. Nafasnya di tarik dalam – dalam. Dia melangkah keluar dari
perkarangan rumah Farish dengan perasaan yang sungguh sebal.
" Acu, kenapa acu marah kak Zara? Kak Zara baik. Wafi suka kak Zara.
Jangan marah kakak, nanti Wafi tak mahu cakap dengan acu." Wafi cuba
memujuk Farish. Farish diam lalu dia kucup dahi Wafi sebelum dia keluar
dari bilik itu.
Zara menghela nafas panjang. Bahu Farish ditenung. Lelaki itu masih
tidak mahu memalingkan badannya.
" /Look/, encik Farish saya minta..."
" Kakak Zara!!" Berlari Wafi mendapatkan Zara lalu dia memeluk perempuan
itu erat.
" Wafi!" Zara membalas pelukan Wafi. Rindu sungguh dengan Wafi yang
petah berbicara itu. Diusap – usap rambut lebat Wafi.
" Wafi rindu kakak..."
" Olo... kak Zara pun rindu Wafi juga. Wafi ikut acu ya?" Wafi
mengangguk laju. Zara mengerling pada Farish yang sudah menampakkan
wajahnya itu.
" Acu marah kakak tak?"
" Ish, tak adalah. Mana ada marah." Zara mengukir senyuman. Tanpa sedar,
Farish terusik melihat kemesraan Wafi dan Zara. Tiba – tiba dia senyum
menampakkan wajahnya yang sememangnya 'effortless handsome' itu.
" Ehem! Jom." Farish mencelah. Zara mengerut dahinya tanda tidak faham.
" Pergi Bentong lagi, lepas tu I nak hantar Wafi sebab minggu depan I
ada urusan." Farish membetul – betulkan cermin matanya. Kadang – kadang
tertanya – tanya juga Zara bagaimana rupanya kalau Farish membuka cermin
mata yang kemas ditongkat pada batang hidungnya itu.
" Tapi..."
" Nak merajuk pun jangan la sampai tak sanggup masuk pejabat I." Farish
langsung tidak memandang wajah Zara. Kakinya laju menuju ke arah Lif.
Zara mencebik. Wafi lihat sahaja perlakuan Farish yang dirasakan agak
pelik itu. Setahu dia, tadi di dalam kereta, macam – macam dia
bertanyakan Wafi bagaimana mahu pujuk Zara. Siap mahu bagi bunga bagai.
Yang paling pelik, boleh pula Farish bertanya pada budak kecil
sepertinya. Dia menepuk dahi.
" Adoiyai... Acu-acu!"
" Kenapa Wafi?" Tanya Zara.
" Haa, Wafi cepat!" Panggil Farish dari lif. Farish dan Zara memandang
satu sama lain.
" Teruk-teruk! Asal hati aku ni?" Bisik Farish.
Share this novel