Cuti semester sudah pun bermula. Ruang legar fakulti lengang, sudah
ramai pelajar pulang ke kampung. Zara dan Nadhirah sudah tidak sabar
menyiapkan kertas kerja mereka yang masih tertunggak. Hati mereka sudah
sangat merindukan keluarga di kampung.
" Zara, Alhamdulillah, dah nak siaplah kertas kerja kita!" Girang
Nadhirah sambil mengemas kertas-kertas yang berselerakan di atas meja.
Memegang suatu jawatan dalam fakulti bukanlah tugas yang mudah. Mereka
harus cekap dalam semua kerja yang diberikan tambahan lagi dengan
tugasan-tugasan yang diberikan oleh pensyarah.
" Aku pun tak sabar nak balik ni, Nad. Rindunya pada babah dan mama."
Kata Zara kegirangan.
Sudah lama dia tidak pulang ke rumahnya sejak akhir-akhir ini
memandangkan terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan di universiti.
Kebiasaannya, dia juga akan pulang ke rumah pada hujung minggu. Melaka
dan Kuala Lumpur tidaklah jauh mana. Dua jam setengah sahaja
perjalanannya. Malam itu Zara tekad bertolak pulang bersama Nadhirah.
Mereka berdua sentiasa bersama-sama, bagai belangkas. Mujurlah Nadhirah
itu orang Selangor juga. Barang-barang sudah diletakkan di dalam kereta
Myvi milik Zara.
" Kenapalah aku ni perempuan? Banyak betul barang-barang aku ni." Zara
mengomel manja. Nadhirah hanya menjugkilkan mata.
" Aish, kau ni! Menyalahkan takdir tuhan nampak! Tapi kalau aku
perempuan, aku teman wanitanya, dan kau pulak teman lelaki aku! Comel!"
Nadhirah mula membuat muka 'gwiyomi'nya.
" Astaghfirullahal'azim." Zara meraup wajahnya takut. Mereka berdua
tergelak kecil. Terserlah sungguh keakraban mereka berdua. Tanpa
Nadhirah, pasti Zara keseorangan di universiti.
Zara tekun memandu. Sesekali terdengar gelak tawa rakan baiknya di
sebelahnya.
" Bergayut dengan Nazim la tu. Bahagianya mereka." Getus Hati Zara
sambil tersenyum kelat. Matanya tertumpu pada jalan raya tetapi
fikirannya merewang entah ke mana.
" Mengapa Azril berubah begitu drastik? Dahulu, dia juga yang sanggup
gapaikan bulan untuk dihadiahkan kepadaku, bukan main bersungguh-sungguh
mahukan aku. Sehinggakan apabila aku mencabar dia untuk datang berjumpa
babah dan mama, dia terus sahaja datang tanpa memberitahu aku terlebih
dahulu. Benarlah, kata orang tua-tua, panas tidak sampai ke petang,
gerimis menerpa".
Zara terus bermonolong. Tiba-tiba terbit rasa kekesalan dalam hatinya.
Jikalau dia tidak jatuh cinta kepada Azril, jejaka tampan kegilaan ramai
dulu, jikalau dia tahu perangai Azril tidak seperti yang dia sangka,
jikalau dia tahu Azril mempunyai begitu ramai kawan perempuan pasti dia
tidak akan pernah mendekati lelaki itu. Zara melepaskan keluhan berat.
Puan Kamariah terkocoh-kocoh bangun daripada kerusi sebaik sahaja dia
mendengar enjin kereta Zara di luar rumah. Encik Zaidi hanya mampu
mengeleng kepalanya sahaja melihat gelagat isterinya yang sudah tidak
sabar bertemu anak perempuan tunggalnya itu. Terdengar suara riuh rendah
dua perempuan kesayangannya di luar rumah. Terukir senyuman di bibir
Encik Zaidi. Dia sungguh bersyukur dikurniakan sebuah keluarga yang
begitu bahagia. Dia juga bangga dengan dirinya kerana telah membesarkan
tiga orang anaknya dengan sempurna sekali berkat usaha dia dan
isterinya. Sebaik sahaja Zara dan isterinya melangkah masuk, dia
melemparkan senyuman yang manis kepada dua orang puteri hatinya itu.
" Anak babah dah sampai ya?"
" Assalamualaikum babah! Sampai hati babah tak jemput pun Zara kat luar
tadi ya?" Dia berlari anak-anak ke arah babahnya. Rindu sungguh dia
dengan babahnya. Disalami kedua-dua belah tangan babahnya.
" Waalaikumusalam sayang, ololo, merajuk ya sayang. Mama kamu tu, dengar
sahaja enjin kereta kamu, terkocoh-kocoh dia bangun keluar. Rindu sangat
dengan kamu tu!" Jawab babah sambil ketawa dengan lagat isterinya tadi.
" Mana saya tak rindu puteri kesayangan saya ni abang, dah lama dia tak
balik jenguk kita." Puan Kamariah melabuhkan punggungnya bersebelahan
Zara. Kepala Zara diusap dengan penuh kasih sayang.
" Ala, babah, mama, maaflah, Zara betul-betul sibuk. Maklumlah dekat
universiti tu banyak sangat kerjanya." Terang Zara sambil melentokkan
kepalanya dibahu mamanya.
" Tengoklah abang, ini baru di universiti, nanti kerja, agak-agaknya nak
mandi pun boleh lupa ni!" Kata Puan Kamariah sambil mencuit hidung Zara
yang mancung itu. Dia tergelak kecil.
" Haha. Babah tahu, anak babah ni memang kerja kuat orangnya tapi jangan
sampai lupa diri sendiri juga ya. Oh ya, Azril sudah tahu kamu sudah
sampai ke rumah? Lama babah tidak dengar cerita pesal dia. Bagaimana dia
di Perlis sekarang?" Soal Encik Zaidi.
Zara sudah mengagak. Pasti akhirnya mereka akan melontarkan soalan
kepadanya mengenai Azril.
" Dia baik-baik sahaja babah, Alhamdulillah. Babah, mama, Zara naik
dahulu ya? Mahu mandi, dari tadi petang Zara belum mandi ni? Minta diri
dulu ya, babah mama?" Zara melangkah lemah ke arah tangga. Nasib baik
mama dan babah tidak bertanya lebih-lebih pada dirinya, kerana dia juga
tidak pasti bagaimana kondisi Azril di Perlis.
Zara merenung siling rumahnya kosong. Dia bingung, bingung dipermainkan
sedemikian rupa. Tangkal hatinya sudah mahu tercabut. Sanggup seorang
lelaki sekejam itu.
" Zara, bodohnya kau! Lelaki macam itu kau nak buat suami?" Bentak
hatinya. Dia memalingkan badannya ke kiri lalu ke kanan. Matanya dipejam
rapat.
" Zara, kau tak boleh berdiam diri sahaja macam ni! Buat sesuatu!" Bisik
hati kecilnya lalu tanpa berlengah dicapainnya telefon pintarnya. Dia
duduk bersila di atas katil.
" Baiklah, wahai Azril Hadi, Nur Zara Alesya takkan berdiam diri lagi."
Laju jarinya mendail nombor telefon lelaki itu. Dia menarik nafas
panjang sebelum menekan punat hijau. Telefon berdering, Zara semakin
tidak senang duduk.
" Ye, awak? Ada apa lagi?" Soal Azril. Belum sempat Zara memberi salam.
Azril seperti tidak mengalu-alukan panggilan telefon daripada Zara. Zara
menghela nafas panjang.
" Assalamualaikum Azril... Saya telefon bukan nak buat masalah dengan
awak, saya mahu berbincang sahaja." Terang Zara, takut-takut dimarahi
Azril.
" Mahu bincang apa? Kita sudah bincang perkara ni, awak risau sangat
kenapa?" Tegas Azril seolah-olah dia menyalahkan Zara. Azril sememangnya
orangnya begitu, keras hati.
" Kita putuskan sahaja pertunangan kita ni Azril. Hal kita ni macam tak
ada hujung titik noktahnya. Zara rasa tergantung, Zara terseksa Azril.
Azril pun tak pernah peduli pesal Zara, Zara dah puas tahan Azril, tahan
dengan kerenah Azril yang tak pernah sudah! Azril, lepaskanlah Zara,
Zara mahu hidup lebih bahagia daripada ini." Terang Zara tanpa dia
menyembunyikan lagi tangisannya.
Hatinya luka, luka dalam. Dia sudah lama bersabar dengan perangai Azril
yang langsung tidak dapat dikawalnya itu. Azril terlalu bersifat
terbuka. Dia sudah terlalu biasa dengan kehidupannya yang lama. Azril
pernah memberitahu Zara, dia itu sudah lali dengan kehidupan bandar.
Kehidupan di mana dunianya tiada batasan. Dunia yang penuh kenikmatan
duniawi.
Azrilterdiam, dia kaku. Dia tidak pernah sangka Zara akan bertindak
sedemikian rupa, tekad melepaskannya. " A-a-apa awak cakap? Saya tak
faham?" Azril cuba mencari kepastian. " Ah, tidak mungkin, tidak mungkin
Zara akan melepaskan aku!" Getus hati Azril.
Dia terlalu yakin.
Zara menghembus nafas berat. " Ya, Azril. Kita putuskan sahaja
pertunangan kita ya?" Tenang sahaja Zara menuturkan kata-katanya. Zara
menyeka air matanya yang dari tadi asyik tumpah sahaja.
" Tapi kenapa? No! I will never let you go Zara! You're already mine
since the day we met! Balik dari Perlis, saya akan datang jumpa awak,
faham!" Sebaik sahaja dia menghabiskan ayatnya, dia mematikan
telefonnya. Zara melepaskan tangisannya. Haruskan dia diperlakukan
sebegitu? Kejamnya kamu Azril Hadi.
/No! No! No! Who does she think she is? I will never let you go/, Nur
Zara Alesya! No one can take you from me! Not even your father!" Azril
dari tadi asyik mundar mandir sahaja. Dia takut, dia takut apa yang
dikatakan Zara sebentar tadi benar. Dia tidak mahu kehilangan gadis itu.
Gadis itu terlalu sempurna. " Mana lagi aku nak cari perempuan sebaik
dia? Perempuan-perempuan yang aku kenal pun semua tidak pernah mahu
menjaga hati aku, semuanya hati kering. Tidak mungkin, aku mahu ambil
mereka jadi isteriku. Terlalu plastik! Zara, tolong jangan tinggalkan
Azril. Tolonglah." Kepalanya pening dek memikirkan apa yang bakal
terjadi dengan pertunangannya itu. Diramas-ramas lembut ubun-ubunnya.
Bunyi pesanan teks ringkas masuk ke telefon pintarnya. Pesanan ringkas
daripada Adela itu dibacanya laju.
Adela - Hi baby manja! I dekat luar ni, mkn steamboat dgn my friends.
Come n join me with the rest and have fun!
I dah lama sgt nak kenalkan you dgn dieorang.
Ada ke dieorang ckp you dah engaged! Nonsense! LOL
Laju jari-jarinya menekan skirn telefon bimbitnya. Dilepaskan telefon
bimbitnya di sisi meja. Rimas. Itu sahaja yang bersarang di dalam
hatinya sekarang.
Azril - Well, good then. I don't have 2 explain it anymore.
I'm already engaged. Been over 4 years now so
Plez, don't ever contact me anymore. Gud bye!
Selesai. Tidak sampai lima minit, bertubi-tubi panggilan diterimanya
daripada Adela dibiarkan begitu sahaja. Mudah sahaja dia melepaskan
seorang gadis tetapi tentu sahaja dia tidak akan semudah itu untuk
melepaskan Zara. Dia harus bertindak cepat untuk menyakinkan Zara.
Sebaik sahaja tamat peperiksaan sem 7, dia akan cepat-cepat kembali ke
Kuala Lumpur untuk ke rumah Zara. Isi dompetnya dibuka. Ditarik sekeping
gambar passport daripada dompetnya. Ditatap gambar itu dengan penuh
rindu dan kasih. Terbit segaris senyuman dibibirnya.
" Nur Zara Alesya, bakal isteriku, bakal ibu kepada anak-anakku"
Share this novel