" Awais, kalau saya boleh bagitahu, /the beautiful things/ itu awak..."
Zara mengukir senyuman. Awais sungguh menyentuh perasaannya.
"......" Awais hilang kata - kata. Dadanya bertalu - talu dipukul
seperti gendang. Terasa sesak pula dadanya tatkala bibir itu menyatakan
pengakuan itu.
" /I'm just kidding! /Haha...." Cepat - cepat Zara menyambung tatkala
dia lihat mata Awais yang terbuntang luas itu. " Bodoh-bodoh-bodohnya
kau ni Zara!!" Bisik Zara. Mahu saja dia memukul bibirnya yang laju
sahaja bila berceloteh itu. Zara sedaya upaya membuatkan suasana pelik
tadi jadi bernyawa semula. Dia bangun dari kerusi. Kepala Awais
mendongkak melihat Zara yang sudah berdiri di hadapannya itu.
" Err...." Seperti ada sesuatu yang mahu keluar dari bibir munggil itu
tetapi dia diam sebaik sahaja matanya merenung mata si teruna
dihadapannya. Dia berjalan pergi sambil memukul bibirnya. Awais
ditinggalkan terpinga - pinga. Dia mengeluh, " /Zara if you feels the
same as me.../"
Pagi itu seharusnya Zara menikmati secawan kopi panas di café hadapan
pejabatnya tetapi malangnya dia, café itu tutup pula hari ini. Dia gemar
menikmati kopi disini kerana kopi disini sedikit berbeza dengan kedai -
kedai lain malah kopi disini dihidang pula dengan permandangan luar
tingkap kacanya yang dihiasi dengan kebanjiran manusia yang berpusu -
pusu ke pejabat.
Hiasan dalaman café itu mengingatkan setiap pengunjungnya jauh ke
pelusok Paris, sungguh eksklusif.Dia sering memerhatikan permandangan
setiap pagi dari luar tingkap kaca itu. Kadang - kadang dia berfikir -
fikir, adakah manusia - manusia ini tahu erti berehat? Erti masa untuk
diri sendiri? Dilihatnya mereka ini saling tidak tumpah seperti robot,
menunggu baterinya habis barulah berhenti.
Dia berdiri di hadapan café itu agak lama. Sesekali dia melihat telefon
pintarnya. Dia tertanya - tanya kemanakah perginya Azril sejak kejadian
tempoh hari. Selalunya dia akan menalefon Azril setelah beberapa hari
tetapi kali ini entah kenapa dia tidak mahu menalefon atau mencari
Azril, baginya sudah cukup menderita dia melihat perbuatan Azril
dihadapan matanya.
Zara merenung papan tanda kedai itu. Entah kenapa saat itu fikirannya
kosong sehinggalah seseorang menghulurkan secawan kopi kepadanya.
Sepertinya dalam filem tapi perasaan itu terasa sungguh benar.
" /Try, my favourite/."
Zara menoleh ke kiri. Dilihatnya Awais berada di sisinya, berdiri dalam
posisi yang sama, memandang kosong papan tanda kedai itu. Seperti yang
dia fikir, lelaki itu senantiasa muncul, muncul untuk menenangkan
jiwanya yang gundah gulana ataupun dia yang sudah jatuh cinta pada
lelaki tinggi lampai itu.
/Love is not something you see but it is something you feel/
" /Thanks./" Zara kembali memandang ke arah papan tanda itu. Masing -
masing masih berdiri disitu. Hakikatnya mereka berdua berasa sungguh
tenang. Entah kenapa, tiap kali mereka bertemu, Zara berasa sungguh
tenang. Memandang wajah lelaki itu sudah cukup membuatkan Zara tersenyum
sepanjang hari.
" Sedap." Kata Zara tetapi ekspresinya kosong. Awais ketawa kecil.
" Kenapa ketawa?" Tanya Zara kehairanan. Awais mengangkat bahunya, entah
apa perlu dia jawab pada Zara.
" Boleh saya tanya awak sesuatu?"
" Mhm, apa dia?"
" Kenapa dulu awak tolak saya?" Awais diam, dia ketawa dan ketawa.
" Yang mana satu?" Sengaja Awais bertanya walhal dia tahu Zara sedang
bercakap tentang cerita berpuluh - puluh tahun dahulu. Masih juga dia
tidak puas hati.
" Alaa... yang awak buat saya jadi patung tanah liat tu la.." Jawab Zara
malas - malas.
" Hmm, kenapa?" Zara bercekak pinggang. Tiba - tiba pula dia berubah
jadi teruja bercampur geram.
" Mungkin sebab saya takut?"
" Takut? Kenapa? Saya nampak macam hantu ke?" Awais ketawa lagi. Lucu
bila bercakap dengan Zara. Ada sahaja soalan - soalan bernasnya.
" Manusia sama sahaja macam haiwan, ada masa dia rasa tidak selamat.
Bila dia rasa tidak selamat, dia..."
" Tolak saya dalam lumpur? Macam tu?" Awais mengangkat bahu mendengarkan
Zara. Tidak mahu dia berkata iya atau tidak. Zara mencebik. " Self
insecure ke ape dulu dia ni?" Getus hati Zara.
" /Yeah? What I can do then/?" Awais senyum.
" /You... should've accept me/..." Mereka saling berpandangan. Diam yang
sangat lama, seakan - akan tiada sesiapa yang memerhatikan mereka.
Seolah - olah dunia sudah berhenti dan tidak bergerak lagi. Hingar
bingar pagi itu seakan - akan lagu yang mendamaikan jiwa mereka.
Alangkah bagus jika waktu tika itu terus sahaja berhenti.
" Zara..." Deringan telefon pintar Awais menyedarkan mereka.
" /Sorry/..." Zara mengangguk dan dia memberi isyarat pada Awais lalu
beredar daripada situ. Awais pula hanya mengangguk faham. Awais
memerhatikan sahaja Zara berjalan menuju ke arah bangunan pencakar
langit itu.
Zara memegang dadanya yang secara tiba - tiba berombak kencang. " Ya
Allah... Apesal dengan mulut aku ni? Emmm..." Zara berpaling ke
belakang, dilihatnya lelaki itu setia memerhatikannya. Zara senyum,
begitu juga Awais.
Kadang kala kita tidak memerlukan kata - kata untuk mengungkapkan rasa
yang terpendam di sudut hati.
Belum sempat Zara masuk ke dalam /cucible/-nya, Zara disergah Redzuan
yang entah dari mana datangnya. Minyak wangi Polo Haus melekat di hidung
Zara, Redzuan memang seorang lelaki yang Metroseksual. Dia duduk di sisi
meja Zara, lagaknya seperti seorang model yang tidak sabar menunggu
/flash/ kamera untuk menangkap semua posisi - posisinya yang dirasakan
berharga itu. Zara hanya tertawa dengan perlakuannya itu.
" Ya, boleh saya bantu?" Kata Zara sambil dia melabuhkan punggungnya di
atas kerusi.
" Sejuknya hati aku tiap kali tegur si Zara cantik ni, tak macam singa
betina sebelah tu, memekak je tahu!" Sindir Redzuan. Fadhilah
menjelingnya tajam. Zara hanya mampu mengeleng - gelengkan kepalanya
melihat kelakuan kedua - duanya yang tidak ubah seperti anjing dan
kucing itu.
" Zara, minggu depan syarikat kita akan adakan /family day/ kat Pahang.
Jom!" Ajak Redzuan.
" Laa, ye ke? Nak!" Laju sahaja Zara jikalau ajak berjalan lagipun sudah
lama dia tidak beriadah. Tiga minggu lagi, cuti semesternya sampai ke
penghujungnya. Inilah masa yang sesuai untuk dia menghabiskan masanya
beramah mesra dengan rakan sekerja yang lain.
" /Trip /kali ni mesti best! Oi, kau ikut tak?" Tanya Redzuan pada
Fadzilah. Fadhilah hanya menjuihkan bibirnya, merajuk mungkin lalu
melangkah masuk ke pantri tanpa mempedulikan Redzuan. Hati perempuan,
sekasar mana mereka sekalipun, hati mereka sudah fitrahnya lembut dan
rapuh.
" Merajuk pulak! Hei!" Redzuan pula yang kalut - kalut membontoti
Fadhilah masuk ke pantri. Risau juga Fadhilah sudah hilang minat padanya.
Kadang kala, tanpa sedar mereka berdua menjaga antara satu sama lain.
Mereka masih belum tahu bagaimana untuk meluahkan perasaan yang terbuku
di dada masing - masing.
Kopi yang berada di atas mejanya ditenung lama. Dibelek - belek cawan
kertas itu.
/The most beautiful thing I see this morning is you. - your black knight/
Makin lama makin kecil matanya. Apakah tulisan itu? Halusinasi? Tidak
mungkin. Dia baharu sahaja menampar pipinya. Berkali - kali dia
mengelengkan kepalanya, tidak percaya. Eh, benar! Itu benar - benar
tertulis di cawan kertas itu. Tidak semenanya, bibirnya mengherot
senyum. Terasa seperti dia sedang menikmati pertunjukan bunga api!
Laju sahaja jari jemari Zara menaip pada telefon pintarnya.
So you're becoming the victim, huh my black knight? – Zara
Share this novel