BAB 12

Romantic Comedy Completed 8264

" Apa salahnya. Zara, kamu sudah berpunya belum?" Terpancul soalan yang
seharusnya tiada dalam kamus perbualan ini. Zara pucat, dia masih
langsung tidak tahu apakah status sebenarnya di mata Azril. Lama.
Akhirnya. Zara berkeputusan untuk mengeleng.

" Mana mungkin dia ni masih sorang. Saja nak ambil hati mak akulah tu."
Getus hati Farish. " Tapi kalau betul tak ada, boleh juga aku try..."
Sambungnya lagi. Matanya galak melirik wajah mulus Zara. Hatinya sedikit
gembira.

" Acu." Panggil seorang kanak – kanak lelaki yang bersembunyi disebalik
pintu dapur. Wajahnya tampak baru sahaja bangun dari tidur.

" Wafi sayang. Meh sini kat acu." Farish tersenyum keriangan. Wafi yang
berbadan agak gempal itu berlari anak – anak ke arah Farish. Tubuh Wafi
diangkat lalu diletakkan di atas pehanya. Farish mengusap – usap lembut
kepala Wafi.

" Wafi nak makan tak?" Tanya Farish. Wafi mengeleng lemah.

" Tadi Wafi dah makan. Tokmak masak Wafi bubur." Jawab Wafi. Pipi Farish
dipegang – pegang Wafi. Rindu amat dengan pak ucunya. Sesekali Farish
acah – acah mengigit jari Wafi yang nakal menyentuh pipinya. Zara ketawa
kecil, lucu melihat kemesraan dua beranak itu. Tidak sangka Farish juga
sukakan kanak – kanak sama seperti Awais.

Wafi sempat mengalihkan pandangannya ke arah Zara yang sejak dari tadi
asyik sahaja memerhatikan gelagatnya.

" Pak Ucu, ni siapa? Gi-gifren pak ucu ke?" Dia cuba menyebut perkataan
inggeris 'girlfriend' dengan betul. Farish mengekek ketawa mendengar
sebutan anak saudaranya.

" Betullah tu! /Girlfriend/! Bakal menantu maktok la tu Wafi!" Laju
sahaja jawabnya Puan Habsah lalu dia ketawa kecil. Wafi pula terpinga –
pinga, tidak faham apa yang dimaksudkan Puan Habsah. Kosa katanya masih
belum luas untuk memahami setiap bait – bait kata orang yang lebih
dewasa daripadanya. Zara dan Farish pula tersimpul – simpul malu. " Tak
makan saman juga mak cik Habsah ni." Getus hati Zara.

Puan Habsah sudah masuk berehat di dalam bilik. Penat katanya. Farish
sempat mendodoikan kembali anak saudaranya yang kecil itu. Dia berbaring
di hadapan ruang keluarga. Dia pandang ke arah Zara yang kepalanya
seperti menjenguk sesuatu.

" Kenapa? /You /cari apa?" Tangannya masih menepuk – nepuk lembut Wafi
yang ketiduran itu.

" Saya nak solat jamak." Jawab Zara ringkas.

" Solatlah jamak nanti." Kata Farish.

" Bukan lebih dituntut untuk solat jamak dalam waktu yang sudah masuk."
Zara senyum pada Farish. Farish diam. " Dah berapa la aku tak solat."
Getus hati Farish.

" Solat la dalam bilik /I/." Farish seperti tidak tahu apa yang dia mahu
buat. Zara pula tertunggu – tunggu Farish membawanya ke bilik.

" Bilik hujung. Sebelah kanan." Zara mencari – cari bilik yang dikatakan
Farish.

" Yang ada /sign 'My terrority. Do not entry'/ tu?" Soal Zara lagi.
Farish mengangguk malas sebelum dia membenamkan kepalanya ke bantal.

" Boleh saya masuk?" Makin banyak soalan yang dilontarkan Zara.

" /You/ nak solat ke tidak ni? Banyak pulak soalan /you /tanya." Farish
bangun lalu mengiringi Zara ke biliknya.

Tepat jangkaan Zara. Bilik Farish sangat bersih. Susun atur bilik itu
senang dipandang. Walaupun kecil tapi masih selesa. Tidak seperti bilik
abang – abangnya. Bagai sarang tikus!

" Nice room." Puji Zara. Farish buat – buat tidak dengar.

" Apa?" Farish sengaja bertanya lagi. Terukir senyuman dibibirnya
menanti balasan dari Zara.

" Err... Maksud saya, cantik dan bersih bilik awak." Ujar Zara lagi.

" Memang /I/tak suka bilik bersepah - sepah pun.Apalagi kalau bukan /I
/yang sepahkan."Perli Farish. Saja dia ingin mengenakanZara. Zara
mengetap bibir. " Aii, kuat mengungkit pulak mamat ni. Aku tolong
bersihkan tadi pun dah kira bagus dah." Monolog Zara. Perlahan – lahan
Farish menutup pintu biliknya.

" Err, Encik Farish. Saya nak guna telekung." Farish berpaling semula.

" Haa, kejap." Jawab Farish sebelum dia kembali dengan telekung solat.
Telekung bertukar tangan.

" Err/, sorry/." Tangan Farish bersentuhan dengan tangan Zara. "Mak
haihh, lembut siak!" Getus Farish. Zara cepat – cepat mengalihkan
tangannya lalu ditutup rapat pintu biliknya.

Zara gusar. Dia datang bulan. Dia keluar mencari tuala wanita di dalam
bag tangannya namun hampa. " Takkan nak suruh dia ambilkan." Zara
keresahan. Dia sempat mundar mandir di dalam bilik air. " Tak suruh kang
nanti bocor." Akhirnya Zara mengambil telefon pintarnya.

/Awak... Maaf tapi boleh tolong saya?/ – Zara

TRET. TRET. TRET.

Diangkat iphone 6 nya. Farish yang baru sahaja terlelap itu mengosok –
gosok matanya lalu dibaca pesanan ringkas dari nombor yang tidak
dikenalinya itu.

" Macam – macam la dia ni." Sudah dia ketahui empunya nombor itu adalah
Zara. Seketika kemudian, dia mengetuk pintu biliknya. Zara yang hanya
berbalut tuala itu membuka sipi –sipi sahaja pintu bilik.

" Kenapa?" Tanya Farish yang berdiri di hadapan pintu biliknya.

" Err... Saya – saya..." Zara malu untuk memberitahu Farish perkara yang
sebenar. Ligat otaknya mencari jawapan yang releven dan tidak berputar
belit. Sudahlah Farish itu baran juga orangnya, tidak mahu dia
membelitkan lagi fikiran Farish yang sudah bersimpul mati itu.

" Apa dia?" Tanya Farish malas. Zara terkecil hati dengan soalan Farish.

" Saya datang bulan. Saya tak bawa /pad./" Ujar Zara perlahan. Farish
mengaru – garu kepala. Tidak faham dia apa yang dimasukkan Zara. " /Pad?
Test pad/ ke?" Soal hati kecil Farish.

" Haa, tu test pad banyak kat dalam laci meja I. You know how to find
it, right? " Jawab Farish. Malas juga dia mahu menunjukkan mana
barangnya disimpan.

" Encik Farish, saya nak pad lain. Bukan test pad."

" Yang macam mana you nak? Macam kertas A4 ke?" Soal Farish lagi. Dia
benar – benar tidak faham apa yang dimahukan Zara.

" Lagi satu, kenapa payah sangat you nak buka pintu ni?" Farish cuba
menolak pintu biliknya. Zara menahan kemas pintu bilik itu Jangan
tolak." Pinta Zara. Farish berhenti menolak pintu. Dia berganjak satu
langkah ke belakang.

" Oh. Sorry..."

" Encik Farish, saya nak tuala wanita. Saya tak bawak." Ujar Zara lagi.
Matanya membulat sekejap lagi, Farish tiba – tiba kelam kabut seperti
seorang lelaki yang menanti kelahiran seorang anak.

. " Ya Allah, habislah aurat ku." Bisik hati Zara.

" Encik Farish, saya pakai tuala saja ni.

" Eh, rumah ni tak ada tuala wanita. Yang ada pampers mak je la. You
nak pakai itu ke?" Buntang mata Zara sebaik sahaja dia mendengar
perkataan lampin dari bibir Farish. " Apa dia ingat aku ni ada penyakit
tak boleh tahan kencing ke ape?" Getus Zara.

" Encik Farish... Takkan saya nak pakai pampers. Malu la saya."

" Err, you tunggu kejap.I pergi beli kat kedai depan sana." Farish
kalut – kalut keluar dari rumah.

you plastik mana? Hijau ke biru? – Farish

Jenama apa tu? – Zara

Libresse ada, Kotek ada, Sofy pon ade? Eh, banyak pulak. – Farish

Mengekek tawa Zara. Lawak juga lelaki ini.

Libresse. Warna hijau. No wings. – Zara

Apa? No wings? They have wings?! I didn't know that. – Farish

Meletus tawa Zara sekali lagi. Terasa panas pula punggungnya. Lama betul
dia duduk atas muka tandas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience