Jam menunjukkan tepat pukul 9 pagi. Zara memarkir keretanya bersebelahan
dengan pintu pagar rumah Farish. Rumah dua tingkat setengah itu
tersergam indah di hadapannya. Tampak begitu mewah dengan binaannya yang
serba moden. Di kiri rumah terdapat taman mini yang sangat indah. Pasti
Wafi gembira tatkala dapat bermain di taman sebegitu.
Farish yang hanya berseluar chackered hitam dan bersinglet biru tua
keluar dari rumah tanpa segan silu. Dipimpin Wafi keluar dari rumah.
Wafi tampak begitu teruja sebaik sahaja rakannya Adam turut sama keluar
dari rumahnya. Puan Wilson yang menemani Adam keluar segera menyambut
salam Zara.
Bibir Puan Wilson sememangnya tidak lekang dengan senyuman. Zara yang
cantik dengan blaus ungu lembut itu ditatap dengan penuh minat.
" Haiya, Farish. Manyak cantik woo... Diam – diam ubi berisi!" Seloroh
Puan Wilson.
" Tengok orang la." Jawab Farish. Zara terkebil – kebil mendengar
perbualan dua jiran itu.
" Haha. Mata kamu tu ada baik juga ya walaupun pakai cerimin mata."
Tambah Puan Wilson lagi. Walaupun pelat, pandai juga Puan Wilson bergurau.
" Kakak... cepatlah! Wafi tak sabar dah nak pergi ni!" Wafi dan Adam
sudah menarik – narik blaus Zara. Zara ketawa kegirangan. Seronok
melihat telatah kanak – kanak kecil itu.
" Okay, jom!" Jawab Zara sambil membuka pintu kereta. Melompat
kegembiraan dua lelaki kecil tu. Bagai dapat gula – gula.
" Eh- eh – eh! Tunggu kejap!" Halang Farish. Gayanya nampak berat
melepaskan anak saudaranya itu.
" Apa lagi ye encik Farish?" Tanya Zara dengan penuh kelembutan.
Bibirnya dipaksa mengheret senyum pada lelaki sengal itu.
" Jangan lupa sarapan dulu! Makan tengah hari, makan malam sekali. Bawa
balik dia orang ni pukul 10. Ingat." Tegas Farish. Dah mengalahkan askar.
" Ye lah pak cik kuat membebel. Saya pergi dulu ya pak cik.
Assalamualaikum. Saya pergi dulu ya Puan Wilson." Ujar Zara sebelum dia
hilang ke dalam perut kereta.
" Eh, sedap pula dia panggil aku pak cik." Bebel Farish sebelum dia
meminta diri untuk masuk ke dalam rumah pada Puan Wilson.
Mereka bertiga menunggu Nadhirah di restoran Alicafe Tigarasa yang
terletak di Subang Jaya. Restoran itu sering menjadi singgahannya
tatkala dia ingin menuju ke Sunway Pyramid. Keenakkan makanannya menjadi
bualan orang Subang. Apa tidaknya, susah juga mencari restoran yang
menepati cita rasa Melayu, tambahan lagi dengan harga yang sangat
berpatutan.
Sementara menunggu, Wafi dan Adam sudah seronok menjamu sarapan mereka.
Zara pula seronok melayan kerenah dua kanak - kanak itu. Bicara mereka
yang bernas membuatkan Zara tidak jemu menemani mereka. Nadhirah
membolosi pintu kaca restoran tersebut. Belum sempat dia sampai ke meja
yang diduduki Zara dan lain – lain, suaranya sudah menjerit kegembiraan.
" Zara!!!!" Dia melompat kegembiraan begitu juga Zara. Biasalah, /girl's
meeting/. Wafi, Adam dan beberapa pelanggan restoran itu terpinga –
pinga melihat gelagat dua gadis ini.
" Ya Allah! Sihat ke? Rindunya dengan kau!" Ujar Nadhirah. Wajahnya
nampak segar lalu matanya bersinar - sinar.
" Sihat! Alhamdulillah... Iee! Banyak sangat aku nak cerita dengan kau."
Zara menarik tangan Nadhirah ke meja makannya.
Walaupun Zara dan Nadhirah tinggal di dalam satu negari tetapi bukan hal
yang mudah bagi mereka untuk bertemu. Seorang dari Petaling Jaya,
seorang lagi dari Cheras. Bermedia sosial jarang sekali, masing – masing
sibuk dengan latihan industri. Bertemu pada hari minggu sebegini
merupakan anugerah dari tuhan bagi mereka.
" Ehh, siapa ni? Comel – comel! Anak kau ea?" Bola matanya mengecil
seperti meminta penjelasan walhal dia tahu itu bukanlah anak kepunyaan
Zara. Saja dia mahu menerbitkan rasa geli hati pada Zara.
" Ish kau ni! Anak bos aku. Itu anak jiran bos aku. Wafi dan Adam." Zara
acah – acah comel di hadapan kanak – kanak itu sambil menyebut nama
mereka satu persatu.
" Alahai gedik! Haha. Nama kakak, kak Nad. Haa... Nama kakak sebelah tu,
bukan kakak Zara tapi kakak gedik." Bilang Nadhirah.
" Amboi.... Sedap pula dia mengajar ye..." Zara mencubit lengan gebu
Nadhirah. Nadhirah mengaduh manja lalu masing – masing ketawa.
" Kak Nad tak nak makan?" Tanya Wafi spontan.
" Eh mestilah nak! Dah nak terkeluar dah isi perut akak ni. Jom kita
makan!!" Jerit Nadhirah. Zara hanya ketawa menggeleng.
Mereka berempat menuju ke destinasi sebenar. Sunway Lagoon. Seronok Wafi
dan Adam bermain – main dengan Nadhirah. Zara pula fokus dengan
pemanduannya. " Eh... macam kenal." Getus hati Zara. Matanya difokuskan
ke arah sebuah kereta yang bergerak tidak jauh darinya. Bola matanya
dikecilkan. Awais? Zara hanya mengekori kereta itu dari belakang. Tanpa
sedar dia mengekori kereta itu sampai ke parkir kereta.
" Dia datang sini juga ke?" Zara menoleh kiri dan kanan mencari parkir
kereta yang kosong begitu juga dengan kereta hadapan. Berjodoh mungkin.
Tinggal dua parkir kosong sebelah menyebelah. " Takkan la nak parking
sebelah dia? Mana boleh!" Zara cuba mengintai parkir lain.
" Haa Zara! Itu sebelah kereta Audi putih tu! Itu je yang aku nampak
kosong! Cepat – cepat!" Tangan Nadhirah melayang – layang menunjukkan
arah parkir.
" Ahh, ye...." Terpaksa dia akur. Ada benarnya juga, parkir di Sunway
terhad, lebih – lebih lagi pada hujung minggu begini. Mahu tidak mahu,
dia harus mengalah.
" Okay! Kita da sampai!" Jerit Awais. Kedua – dua anak saudaranya itu
menjerit keriangan. Tidak sabar rasanya mahu bermain air. Zara pula
sudah menekan – menekan perutnya yang tiba – tiba sakit. Masa ini
jugalah perutnya meragam. Streng keretanya dipegang kemas. Dia berkira –
kira mahu keluar dari kereta atau tidak. Susuk tubuh Awais yang keluar
dari perut kereta Audinya ditatap dengan penuh debar.
Awais membuka bonet keretanya sebelum matanya terpandang kereta Myvi
disebelahnya. Seorang perempuan bersama dua orang kanak – kanak lelaki
keluar dari perut kereta itu dipandangnya silih berganti. Ditunggu pintu
pemandu kereta itu dibuka.
" Uit! Zara... Apa yang lama sangat kau kat dalam? Jom la!" Tegur
Nadhirah yang tidak sabar – sabar menunggu. Zara kelam kabut.
" Err, haa – haa... Aku nak keluar la ni." Geram pula Zara dengan
Nadhirah yang sememangnya tidak pernah mengenal erti sabar itu. " Nak
geram kenapa pulak aku ni? Bukan salah dia pun." Getus hati Zara. Awais
yang mendengar kata – kata Nadhirah meleret senyum.
" Hai." Tegur Awais sebaik sahaja Zara melangkah keluar dari keretanya.
Tiba – tiba sahaja dia terasa bersemangat melihat perempuan dihadapannya
itu.
" Heyy... Hai Awais...." Zara berdiri kaku sambil melambai – lambaikan
tangannya. Matanya silih berganti melihat seorang perempuan yang sedang
mengendong anak kecil yang berdiri di belakang Awais.
" Oh/mai god/! Siapa mamat /handsome /ni?! Opss, over pulak!" Laju
sahaja ayat itu meluncur dari mulut Nadhirah yang sememangnya kecoh itu.
Sejujurnya, Nadhirah terpegun melihat ketampanan Awais itu. Awais ketawa
lalu dia menunduk hormat pada Nadhirah yang berada di sebelah pintu
penumpang.
" Aisy, siapa ni?" Dina bertanya Awais.
" Kawan Aisy. Ini adik matbot, Zara. Nur Zara Alesya." Awais
memperkenalkan Zara kepada Dina, isteri kepada abangnya itu. Dina
mengukir senyuman pada Zara. Zara pula cepat – cepat bersalaman dengan
Dina. Zara tampak kaget.
Share this novel