BAB 6

Romantic Comedy Completed 8264

Alunan lagu Photograph nyanyian Ed Sheeran membuai perasaan sekaligus
memanggil manggil Zara untuk masuk ke kafe serba moden itu. Langkahnya
laju menuju ke sana. Bahang matahari yang menjengah dia atas ubun -
ubunnya itu terasa begitu panas. Sebaik sahaja badannya berjaya
membolosi pintu kafe itu, Zara disapa penuh mesra oleh pekerja - pekerja
disitu lalu dia berlalu kearah satu meja. Zara duduk di sisi tingkap
kafe agar mudah baginya untuk mengecam lelaki pemilik sut hitam itu
nanti. Dia menghela nafas panjang lalu bola matanya silih berganti
melihat kertas dan skrin telefon pintarnya. Telefon pintarnya diangkat
ke telinga. Deringan demi deringan didengar. Degupan jantungnya semakin
laju sebaik sahaja bayangan lelaki itu tiba - tiba menjengah di lubuk
mindanya.

" Assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan Aisy Awais?"

" Waalaikumsalam, ya saya Aisy Awais. Siapa bercakap?" Suara garau itu
seakan akan kedengaran sungguh menyenangkan apatah lagi tersusun sahaja
bahasanya. Zara kagum.

" Saya Zara. Nur Zara Alesya. Saya rasa awaklah pemilik cincin berlian
dan kot Chanel hitam ni kan?" Jelas Zara. Kedengaran tawa dihujung
talian. Tawa itu sungguh mengusik jiwa Zara.

"You called! I am very glad, cik Zara. " Sengaja dia menekankan
perkataan cik, dengan harapan Zara tidak kalut mengubahnya. " Where
should we meet then?" Tangannya pantas menarik stylus pen daripada
Samsung Note 4 sambil dia mengetuk - ngetuk pen itu pada skrin Samsung
note itu sementara dia menungu jawapan daripada Zara.

" The Coffee Bean and Tea Leaf 1 Utama."

"I'll be right there in 20 minutes. Assalamualaikum"

" Waalaikumusalam." Talian putus namun jantungnya masih tidak putus -
putus berdetak.

" 20 minit? Biar betul. Okay, relax Zara. Cool okay..." Zara tidak
menyangka Awais akan tiba sebegitu cepat.

" Sebelum dia datang, baik aku siasat dulu siapa Aisy Awais ni? Mana
tahu kot – kot Gangster KL ke? " Punat On telefon pintarnya
dihidupkan. Laman sesawang Google terpampan dihadapannya. Ditaip nama
Aisy Awais pada halaman carian laman sesawang itu, tidak sampai 3 saat,
segala maklumat tentang lelaki itu terpapar di muka telefon pintarnya.

" Usahawan termuda di Malaysia yang mengaut keuntungan berbillion
ringgit setahun? " Bukaan mulutnya ketika itu sungguh mengundang lalat
untuk terbang masuk dengan jayanya ke dalam mulutnya, luas sungguh. Zara
makin galak membaca semua maklumat yang terhidang di hadapannya.

" Biar betul!" Suara Zara mengejutkan beberapa pelanggan di situ. Dia
seakan tidak percaya apa yang dia ketahui akan hal lelaki itu. Zara mula
kaget. Sejujurnya, dia tidak begitu mahir berhadapan dengan sesorang
yang berpengaruh sebegitu.

Sudah ke kiri, ke kanan pula dia. Mula bersilang kaki kini merapat kaki.
Sudah bersandar di kerusi, mula beralih duduk tegak. 'Aish, apesal ni?'
Ngomel Zara sambil mengira minit jam.

Semua mata gadis terpaut kemas akan satu susuk badan bersut hitam kemas
yang berjalan masuk ke kafe itu. Awais melakar senyuman pada gadis -
gadis itu sambil matanya mencari susuk tubuh milik Nur Zara Alesya.
Matanya jatuh pada susuk tubuh berblaus biru muda di sudut meja sebelah
tingkap. Perlahan - lahan langkahnya menuju ke arah Zara.

" Assalamualaikum." Sapa Awais sambil mengoyakkan senyuman nipis pada Zara.

" Waalaikumusalam." Jawab Zara sebelum dia mengalihkan pandangannya pada
pemberi salam. Buat kali kedua, mata mereka tertaut. Seperti elektrik
yang mengalir merenjat kedua - dua hati teruna dan dara ini. Masing -
masing terpaku. Dada mereka berombak kencang. Suasana menjadi bisu
seakan - akan hanya mereka sahaja yang wujud di dunia ini.

" Izinkan saya duduk cik Zara. "

" Ohh, ye - ye. Duduk je." Zara cepat cepat menundukkan pandagannya.

" Yes Sir, may I take your order?" Tanya pelayan itu kepada Awais
sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi kayu empuk itu.

" Give me your blackest coffee please." Awais dan kopi sudah tidak
dapat dipisahkan. Kopi pekat menjadi kelazimannya pada waktu - waktu
begini.

"How about you?"

" Errr...Umpphh.... Hmmm...." Dagunya diangkat sedikit. Bibirnya
dimuncungkan. Sudah menjadi kebiasaan buat Zara untuk berfikir - fikir
lama sebelum dia membuat keputusan lebih - lebih lagi apabila disuruh
memilih makanan dan minuman. Berkali kali juga dia membelek belek menu
dihadapannya.

" Ya Allah, apakah aku sedang bermimpi? Mohon bukan. Sabar Awais, chill
man! Jangan gelabah sangat! Okay-okay chill!" Getus hati Awais.
Sungguh tidak dinafikan, hatinya kini bergetar. Aneh. Sudah lama dia
tidak merasakan perasaan yang luar biasa seperti ini. Sungguh lama sejak
kematian arwah Adwina.

" Air kosong ya!" Pesan Zara sambil mengukirkan senyuman pada pelayan
itu. Kedengaran tawa Awais di gegendang telinga Zara.

" Kenapa?" Zara memandang lelaki itu dengan hairan.

" Dalam menu, ada air kosong special ke?" Kata - kata Awais terus
sahaja membuatkan pipi Zara kemerah - merahan. Zara mengetap bibirnya. '
Eh, kenakan aku?' Getus hati Zara.

" Cantik sangat blusherawak pakai. Merah!" Tegur Awais sebaik sahaja
dia perasan akan pipi Zara yang mula memerah. Zara terus tertunduk malu.
Awais ketawa kecil.

" Ehem! Jaga - jaga, nampak nak terjatuh tu biji mata awak." Gurau Zara
pula tatkala dia diperhatikan sebegitu. Awais ketawa lagi.

Awais mengeluarkan Samsung Notenya lalu dia menunjukkan skirn notenya
kepada Zara.

" Ini nombor telefon awak, bukan?" Tanya Awais sambil menghalakan skrin
notenya pada Zara. Lantas Zara mengangguk perlahan - perlahan.

Awais kembali kepada notenya. Jari - jarinya ligat menulis sesuatu.

"Save!" Awais melebarkan senyumannya lalu dia halakan sekali lagi
skrin notenya kearah Zara.

" Jelita?" Pergerakan matanya laju beralih pada Awais.

"I think the word cantik, comel, beau, is too common for you. Jelita is
absolutely suits you." Awais mengenyitkan matanya. Bulat mata Zara
dibuatnya. Sungguh memikat kata - katanya. Zara cuba berlagak setenang
mungkin walhal dia tahu jantungnya tika itu sudah berdetak kencang.

" You think you can bait me with your sweet words?" Tanya Zara. Tidak
mahu dia jatuh tersungkur akan lelaki seperti ini. Hairan Zara tatkala
Awais pula yang menghambur tawa.

" I'm not baiting anyone. Sometimes, they are making themselves a
victim. Unconciously!" Kata Awais panjang lebar.

" Wah- wah! Hebat sungguh ayat dia~!" Bisik Zara. Pandangan Zara berubah
jelek.

" Jangan cakap awak tengah fikir saya ni playboy..." Kata Awais sambil
dia menghirup air kopi di hadapannya. Zara cepat – cepat mengalihkan
matanya yang tadinya memandang tepat padanya.

" I'm not judging you... It just..."

" What? Too obvious?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience