Sudah seminggu berlalu, Zara tekun duduk dihadapan komputer ribanya.
Menyiapkan cebisan kerja yang masih ada. Air milo yang diminumnya tadi
sudah lama kosong, dia berniat ingin membancuhnya lagi lalu dia bergegas
turun daripada biliknya ke dapur. Terkejut dia melihat kelibat seorang
lelaki yang dirasakan amat dikenalinya. " Tidak mungkin, dia mahu ke
sini, tak malu ke dia ni?" Soal Zara. Dia cuba mendapat kepastian lalu
dia menghampiri ruang tamu yang sedikit terlindung daripada tangga
rumahnya. Melopong dia apabila melihat Azril sedang berbual mesra dengan
mamanya di ruang tamu. Cepat-cepat dia menarik mukanya daripada situ,
takut-takut ternampak oleh Azril akan dia yang tidak bertudung itu.
" Haa... itupun si Zara. Zara ini Azril datang jenguk kamu, sayang!
Cepat pakai tudung tu, dia dah lama sangat menunggu kamu ni." Jerit Puan
Kamariah gembira. Dia sungguh gembira dapat bertemu dengan pemuda tampan
itu. Dia juga sangat suka kalau Azril itu jadi bakal menantunya.
Awal-awal lagi dia sangat berkenan akan Azril. Sangat menghormati orang
tua.
" Eh,unty, tak perlulah kelam kabut. Azril tunggu sahaja Zara turun,
lagipun Azril tak ada niat mahu kemana-mana pun selepas ini. Azril
memang mahu jumpa unty sekeluarga sahaja." Tutur Azril lembut, bibirnya
tidak lekang dek senyuman.
" Iyelah tu, mahu jumpa untydengan uncle ka, mahu jumpa Zara! Rindu
dihati tak baik sorok-sorok." Usik Puan Kamariah sambil ketawa kecil.
Merah padam Azril dibuatnya. Dia hanya tersenyum riang mendengar usikan
Puan Kamariah. Tidak lama dia berbual dengan Puan Kamariah, Zara turun
ke ruang tamu dengan mengenakan blous labuh dibadannya. Tudung warna
merah jambu itu sesuai benar dengan warna kulitnya yang sowo matang itu.
Terbit rasa kagum di hati Azril, sungguh cantik.
" Haa... Kamu dah turun ni, mama mahu ke dapurlah ya, kamu berdua
berbual-buallah..." Kata Puan Kamariah sambil bangun daripada kerusi.
Dia terus sahaja menghilangkan diri ke dapur.
Suasana di ruang tamu itu sungguh tenang dengan gubahan bunga segar di
atas meja yang pasti akan mencuri perhatian sesiapa sahaja yang
bertandang ke rumah itu. Hiasan dalaman rumah itu sepenuhnya diilhamkan
oleh Puan Kamariah yang amat mengemari gaya inggeris. Wajah Zara yang
tenang itu direnung Azril.
" Awak sihat, Zara?" Tanya Azril.
" Alhamdulillah sihat, awak sihat?" Soal Zara pula. Dia amat mengambil
berat akan lelaki itu. Tetapi sayang, lelaki itu buta menilai. Siapa
berlian, siapa batu.
" Lepas saya tengok awak, rasa sihat sangat!" Azril menguntum senyuman.
Gembira sungguh dia. Zara mengetap bibirnya, tidak puas hati.
" Awak mempermainkan saya, ya?"
" Janganlah macam ni, saya rindukan awak, Zara." Pujuk Azril. Zara diam
membatu.
" Memang dasar lelaki lidah manis!" Getus hati kecil Zara.
" Az-." Belum sempat Zara menghabiskan ayatnya, Azril sudah memotong
sambil jarinya dilekapkan pada bibir Zara.
" Syhhh~ you don't have to say a word, sayang. Forgive me and you have
my words. Okay?" Pujuk Azril bersungguh-sungguh. Zara tergaman.
" A-Awak! Hormatlah saya, saya belum menjadi yang halal buat awak."
Marah Zara. Pipinya sudah terasa bahangnya. Dia cepat-cepat menghirup
teh yang ada di hadapan matanya. Azril senyum meleret.
" I know, you always flushed when I touch you." Dia mengenyitkan mata
pada Zara. Zara semakin malu.
" Mudah benar kena pujuk! Hahaha, lepas ni, tahulah aku nak buat apa."
Mata Azril meliar menatap badan Zara. Sungguh sempurna.
Sepanjang cuti sem mereka yang panjang itu. Azril tidak putus-putus cuba
memancing hati Zara kembali. Dia sanggup bangun awal pagi semata-mata
mahu menghantar Zara dan Puan Kamariah ke pasar. Dia juga sanggup
melangkah ke dapur indah milik Puan Kamariah untuk masak bersama-sama
Zara dan Puan Kamariah. Alasannya, dia ingin benar belajar memasak.
Tidak cukup memasak, dia juga sanggup bermain tanah dengan Puan Kamariah
di halaman rumah. Dia yang tidak pernah suka dengan tanam-tanaman
mengagahkan diri juga menolong Puan Kamariah menghias lamannya yang
besar itu. Dia lega melihat ada sinar harapan baginya dengan senyuman
Zara berikan kepadanya.
" Ya Allah, lelaki ini benar-benar mencairkan hati aku. Benarkah dia
sudah berubah?" Getus hati Zara. Dia tersenyum riang melihat gelagat
Azril dan mamanya di halaman rumah.
" Mama, juadah petang dah siap. Marilah duduk mama." Jemput Zara. Dia
menyediakan sedikit karipap buatannya dan kopi untuk dijamah Puan
Kamariah dan Azril.
" Eh, kamu ni, tak diajak Azril sekali ke? Tak baik, buat tetamu kita
macam itu, sayang." Kata Puan Kamariah kepada anak kesayangannya itu.
Azril mengikut Puan Kamariah dari belakang ke arah pagoda yang tersergam
indah di halaman rumah itu.
" Je-jemput makan, awak." Kata Zara malu-malu lalu dihulurkan secawan
kopi kepada Azril.
" Ya Allah, rindunya saya dengan karipap awak ni, Zara! Sedap sangat."
Puji Azril sambil memandang Zara.
" Nanti tak lama lagi, kamu tak payah datang jauh-jauh lagi semata-mata
nak jumpa karipap /special/ Zara ni, Azril. " Spontan Puan Kamariah
berbicara. Tangannya laju menjamah karipap yang masih lagi panas itu.
" /Yes! Mission Accomplished!/" Jerit hati Azril. Ada segaris senyuman
puas dibibir Azril. Dia pasti Zara sudah tidak ragu-ragu lagi dengannya.
Dia sudah menang.
Jam ditangan kiri Zara itu diangkat sedikit. " Sudah pukul 3.30 petang
ni. Mana Azril, tak nampak pun? Telefon pon tak berjawab, kenapa ya?"
Zara sudah tidak senang duduk. Katanya Azril mahu datang pukul 2.00
petang tapi kelibatnya masih belum muncul dari tadi. Sudah hampir empat
gelas air Zara habiskan. Dia sudah tidak sabar lagi, lebih-lebih lagi
dia berasa tidak sedap hati dengan kelewatan Azril kali ini. Sedang dia
berjalan-jalan kearah parkir kereta, dia terlihat kelibat Azril di dalam
sebuah kereta yang asing baginya. Zara cuba mendekati kereta itu.
"Astaghfirullahal'azim!" Zara menekan lembut dadanya.
Matanya membuntang melihat Azril sedang hangat bercumbuan dengan seorang
gadis yang tidak dikenalinya. Kehadirannya langsung tidak disedari
Azril. Lagak Azril seperti singa buas, dia seakan tidak peduli jika ada
yang memandang perbuatannya. Menitis air mata Zara melihat gelagat
merpati dua sejoli itu. Zara melangkah pergi dari situ sebelum dia
melakukan apa – apa perkara yang tidak masuk dek akal, namun mahu sahaja
dia menghadiahkan satu tamparan di pipi mulus jejaka itu tetapi dia
bukan seorang yang bertindak melulu.
Sepanjang perjalanan, Zara menahan sebak didadanya. Dia sudah tidak
dapat berfikir apa – apa. Hatinya sudah membengkak, mindanya kosong.
Azril masih tidak serik. Azril masih dengan perangai lamanya. Azril
sudah benar – benar mempermainkan dirinya. Matanya sudah merah, menanti
cecair putih keluar dari tubir anak matanya. Lagu "/Growl"/ dari EXO
berkali – kali bergema pinta diangkat tetapi diendahkannya. Dipandang
sekilas pada skrin telefon bimbitnya.
'Azril – 15 misscalls'
'Azril – Incoming calls'
BANG! Bunyi yang sangat kuat kedengaran di sepanjang lebuhraya Guthrie
itu. Nasib Zara malang sekali kerana keretanya baru sahaja melanggar
sebuah kereta Audi putih. Kepala Zara terhantuk pada stereng kereta.
Share this novel