Farish kembali dengan beg plastik yang terisi tuala wanita. Dia mengetuk
pintu biliknya beberapa kali namun tiada siapa yang datang menyambutnya.
Disahut nama Zara berkali – kali. Juga tiada respon.
/Err, Encik Farish, saya bukan tak nak buka tapi saya dalam tandas ni.
Saya tak boleh buka pintu./ – Zara
" Dah kenapa?" Laju sahaja jari – jemari Farish menaip di skrin kaca
iphone 6.
/Encik Farish letak saja pad tu atas meja sebelah pintu bilik air. Nanti
saya ambil. /– Zara
" Ish, memang macam – macam betullah dia ni." Farish membuka pintu
biliknya. Baju yang terhampar di atas katilnya dipandang lama. Tidak
suka betul dia jikalau ada orang yang menghampar baju di atas katilnya.
Plastik berisi tuala wanita diletak di atas meja.
" /I /dah letak. Ambillah." Jerit Farish dari luar bilik air. Zara yang
tadinya termenung terus sahaja dia bangun lalu membuka pintu bilik air
dan dibiarkan terkuak luas. Luas mata Farish melihat Zara yang hanya
berkemban itu. Cepat – cepat Zara menutup pinti bilik air kembali sebaik
sahaja dia ternampak Farish yang berdiri kaku memandangnya. Tangan
Farish yang memegang hanger baju itu tiba – tiba sahaja terketar –
ketar. Tidak pernah dia melihat susuk tubuh seorang anak dara yang
berkemban.
" /Sorry. Sorry. Sorry."/Ulang Farish sebelum dia keluar dari biliknya.
Zara menekup mulutnya. " Ya Allah.."
Zara benci. Benci melihat Farish yang lagaknya seperti tidak tahu apa
yang telah berlaku. Wafi sudah pun selamat di dalam kereta. Budak kecil
itu gembira sekali dapat mengikut Farish pulang bersama. Memandangkan
cuti sekolah sudah bermula, Farish berkeputusan untuk membawa Wafi ke
Kuala Lumpur tinggal bersamanya sementara menunggu cuti sekolahnya habis.
" Mak, kami balik dululah." Ujar Farish. Zara Farhana yang berdiri tidak
jauh daripadanya dikerling. Sebaik sahaja mata itu tertaut padanya, Zara
pula mengungkilkan matanya. Marah benar.
" Haa yelah. Baik – baik bawa balik anak dara orang ni." Pesan Puan
Habsah. Zara menghampiri Puan Habsah lalu disalami kedua – dua tangan
wanita itu.
" Terima kasih mak cik sebab sudi jemput Zara makan patin masak lemak
cili padi tadi. Sedap sangat. Zara pergi dulu ye mak cik. Halal semua
makan minum Zara."
" Iyelah, mak cik halalkan semua. Zara, tolong tengok – tengokkan si
Farish ni ya. Satu lagi, lepas ni, mak cik harap Zara boleh datang lagi
ye. Jangan panggil mak cik – mak cik lagi dah ye, panggilah mak." Ujar
Puan Habsah. Dia tahu mungkin Zara tidak selesa dengan panggilan
sebegitu tetapi dia tahu lambat laun, Zara pasti selesa dengannya. Zara
pula hanya senyum mengangguk tanda faham.
Nissan GTR itu perlahan – lahan meredah lebuh raya Pantai Timur. Zara
hanya diam membisu. " Amboi, perlahannya bawa kereta. Tadi bukan main
macam pelesit. Ingat budak ni sorang je ke ada nyawa?" Bebel Zara.
Farish pula dari tadi hanya menjeling ke arah Zara. Hendak ditegur malu.
Lagu Charlie Puth menemani mereka sepanjang jalan.
" Acu, nanti Wafi nak main air dekat Sunway boleh?" Ujar Wafi kegembiraan.
" Emm, minggu ni, Wafi main la dengan Adam dulu. Acu ada banyak kerja
kat opis. Lepas acu balik, kita pergi makan ais – krim yek?" Pujuk
Farish. Dia tidak dapat menemani anak saudaranya itu dek kerjanya yang
banyak di pejabat.
" Alaaa, acu selalu macam tu. Selalu tak ada kat rumah." Rajuk Wafi. Dia
duduk berpeluk tubuh di kerusi belakang. Matanya digosok - gosok. Mahu
menangis gamaknya.
" Ala, /sorry/ la... Bukan ke Wafi seronok ke main dengan Adam?" Farish
memandang anak saudaranya dari cermin tengah kereta. Wajah kanak lelaki
itu tampak sugul.
" Err, Wafi? Nak ikut kakak pergi Sunway tak?" Ajak Zara. Kasihan juga
melihatkan Wafi yang sedih itu. Mata Wafi bersinar – sinar.
" Kakak nak bawa Wafi? Dengan Adam sekali?" Zara hanya mengangguk tanpa
dia berfikir tentang majlis tahlil dirumahnya Sabtu ini. Main serkap
jarang saja. Tiba – tiba sahaja Farish menoleh ke arah Zara. Bulat
matanya. " Biar betul budak ni. Nak bawa keluar anak sedara aku pulak?
Kenal pun tidak dia ni. Jangan – jangan." Monolog Farish.
" Acu – acu! Wafi nak ikut kakak boleh? Pelishh...." Tanya Wafi dengan
kepelatannya.
" Hmmm... Nantilah acu fikirkan." Jawabnya ringkas. Wafi menundukkan
kepalanya lalu mengeluh berat. Dia kembali duduk di kerusi belakang.
Suasana menjadi diam. Wafi sudah faham apa yang dimaksudkan Farish. Dia
tidak mahu bertanya lebih kerana pasti jawapan yang sama akan keluar
daripada bibir lelaki itu.
Sepanjang jalan, mereka berdua langsung tidak bertegur sapa. Walaupun
sesekali pandangan mata mereka bertaut tetapi masing – masing cepat
mengalihkan pandangan. Entah apa yang menganggu fikiran masing – masing
pun tak tahu.
" Ehem! Err, /you... /Betul ke nak bawa Wafi keluar?" Tanya Farish.
Matanya langsung tidak ditoleh ke arah Zara.
" Saya nak jumpa kawan. Dia ajak pergi Sunway. Dah alang – alang, boleh
bawa Wafi sekali." Terang Zara.
" Kawan? Siapa?" Terpancul pula soalan sebegitu. " Ahh, Farish! Kau yang
sibuk ni kenapa?" Marah akan dirinya yang tidak pandai menjaga mulut itu.
" Nadhirah. Classmate saya a.k.a my very-very best friend." Suara Zara
ceria. Tiap kali dia mendengar nama itu, hatinya terasa begitu gembira.
Tidak sabar rasanya ingin bertemu muka dengan perempuan mulut murai itu.
" Ohh, ingat boyfriend. Haha." Gelaknya yang dirasakan hambar itu,
dihentikan serta merta. Zara hanya mengerut dahinya, pelik dengan
kelakuan Farish.
" Emm, boleh la kalau macam tu. Pick up Wafi pukul 9 pagi. Bawa dia
pergi breakfast and come back before 10." Ujar Farish.
"Ahh, ye." Zara menjeling. " Amboi, ingat aku kuli batak ke ape?" Rungut
Zara didalam hatinya.
" /You/ jangan salah faham, Wafi tu anak saudara /I./ /I/ tak nak jadi
apa - apa kat dia. He's under my surveillance. Mak dia dah tak mau
jaga dia.So I am the one who willingly nak jaga dia. Hope you
understand Zara. " Farish benar - benar bertekad untuk menjaga Wafi
dengan penuh kasih sayang. Sudahlah kasih ayah sudah lama tiada, kasih
seorang ibu pula dirampas tanpa belas kasihan. Wafi terlalu kecil untuk
merasa kesengsaraan begitu.
Zara senyum lalu dia mengangguk. Farish juga begitu.
Share this novel