Sampai sahaja Zara di rumahnya, Azril sudahpun berada di hadapan rumah.
Lagaknya seperti lelaki yang kehilangan isteri. Wajahnya tampak risau.
Zara beristighfar panjang sebaik sahaja dia melihat susuk tubuh lelaki itu.
" Sayang, mana awak pergi? Puas saya telefon awak, tapi tak berjawab.
Lama saya tunggu awak dekat Mid Valley tadi. Awak tak kesian kat saya?"
Bertubi – tubi soalan yang dilontarkan kepada Zara sebaik sahaja Zara
melangkah keluar daripada keretanya.
" Assalamualaikum, encik Azril." Zara memberi salam kepada lelaki itu.
"Wa-Waalaikumusalam~" Terdiam Azril. Hatinya sedikit panas kerana semua
pertanyaannya tidak diendahkan Zara.
" Azril, baik awak balik dahulu, ya? Saya penat." Pinta Zara dengan
lemah lembut. Sempat dia mengukirkan senyumannya pada lelaki itu. Tanpa
perlu penjelasan, hati Azril terus menyejuk sebaik sahaja dia melihat
senyuman gadis itu. Sungguh menenangkan.
" O-okay~ Sayang, awak rehat dulu ya. Malam nanti saya telefon awak."
Azril akur dengan permintaan Zara. Dia sendiri tahu, dia lemah bila
berdepan dengan Zara. Zara terlalu hebat bagi dia. Zara sahaja yang
mampu menundukkan dirinya.
" Zara, /I... I love you/" Ucap Azril sebelum dia beredar daripada situ.
Zara termangu.
' Apa yang aku dengar ni? Cinta?' Bisik hati Zara. Zara hanya menguntum
senyuman pada Azril. Buat masa ini, dia tidak mahu mengiyakan atau
menidakkan kata – kata Azril. Tampak wajah kecewa Azril di mata Zara
namun dia buntu, hatinya pedih apabila dia teringat kembali perbuatan
Azril berasmara dengan seorang gadis yang tidak dikenalinya di dalam
kereta di Mid Vally siang tadi. Tanpa berlengah, Azril melangkah keluar
dari parkir kereta bunglo milik keluarga Zara. Dia sudah tidak mampu
menghantar Azril hingga ke hadapan pagar rumah seperti yang selalu dia
lakukan setiap kali Azril ingin berangkat pulang.
Azril sudah masuk ke dalam perut keretanya. Dia menghidupkan engin
keretanya sambil matanya meliar di tempat parkir kereta bunglo
dihadapannya. Dilihatnya Zara masih berdiri di sisi keretanya. Dia
tersenyum sendirian. " Zara-Zara... Tak mahu hantar aku sampai pagar
rumah pun tak apa, sebab aku tahu, kau akan sujud juga di kaki aku ni.
Hahaha." Tawa Azril sambil dia menyarungkan cermin mata hitamnya.
Keretanya meluncur laju keluar daripada perkarangan rumah bunglo itu.
Moodnya tiba – tiba berubah. Dia menhentak kedua – dua tangannya pada
stereng keretanya. Matanya memerah.
" Zara! Kau jangan ingat sesiapa pun boleh dapatkan kau! Kau adalah hak
aku! H.A.K. aku! Faham, hak aku?! Hahaha. Hak aku! Hahaha" Tawa Azril.
Azril terdiam. Dia seperti memikirkan sesuatu.
" Tak boleh macam ni. Zara kena betul – betul jadi hak aku tapi macam
mana ni?" Dia mengurut - urut dagunya, lagaknya seperti memikirkan
sesuatu. Tiba – tiba telefon pintarnya berbunyi minta diangkat. Lagu
imagine dragon itu sudah lama berderingan tanpa diangkat. Bola mata
Azril kini sudah beralih pada skrin telefon pintarnya.
Incoming call – Dyana
" Dyana? Well, I guess I get a big feast to celebrate tonight!
Wohoooo!!" Jerit Azril gembira sambil dia meluncur laju ke Bukit Bintang.
Dalam Zara berteleku sambil membaca Al-Quran, tiba – tiba dia teringat
akan kot lelaki tampan itu di dalam keretanya. Dia langsung terlupa akan
hal itu. Usai dia selesai membaca Al – Quran, cepat – cepat dia turun
mengambil kot yang ditinggalkan di dalam kereta.
Zara duduk bersimpuh di atas katilnya sambil dia membelek belek kot yang
ditinggalkan lelaki itu di atas bumbung keretanya.
" Wangi betul perfume mamat celop ni" Zara mencium kot itu berkali –
kali. Haruman lelaki kebiasannya menjadi satu perkara yang menjengkelkan
kepada dirinya tetapi berlainan pula dengan haruman pada kot ini. Dia
seakan dirasuk. Bau itu sungguh mengasyikkan Zara.
" Ish, teruk betullah aku ni. Mereng sudah! Ka sebab aku terhantuk
kepala tadi?" Zara mengaru kelapanya yang tidak gatal itu lalu dia
tersenyum sendirian. Dia membelek – belek kot itu, takut – takut ada
sesuatu yang ditinggalkan lelaki itu bersama kotnya. Sedang dia membelek
– belek mencari apa – apa yang membolehkan dia menghubungi lelaki itu,
pintu biliknya diketuk.
" Assalamualaikum, kucing busyuk abang ada kat dalam ka?" Gurau Zarif
Asyraf, anak kedua Encik Zaidi dan Puan Kamariah.
" Waalaikumusalam, masuklah kucing kering!" Balas Zara. Dia masak benar
dengan perangai abang keduanya ini, perangai suka menyakatnya masih
tidak berubah sejak berada di sekolah rendah lagi. Zara memuncungkan
bibirnya sebaik sahaja abangnya melolosi pintu biliknya.
" Amboi, muncung bibir dia boleh buat trek belari 1000 kilometer!" Sakat
abangnya sebaik sahaja dia ternampak bibir muncung Zara. Dia tahu,
adiknya Zara merajuk disebabkan dia tidak dapat pulang seawal yang
dijanjikan dek kerja yang menimbun di pejabatnya di Perak. Zarif Asyraf
sangat terkenal dengan kewibawaan dan kecekapannya dalam melakukan
sebarang pekerjaan. Setiap pekerjaan yang diberi, dipastikannya
disiapkan dalam masa yang ditetapkan dan sempurna. Jikalau tidak masakan
dia dinobatkan sebagai pengawas cemerlang pada zaman persekolahannya
dahulu. Sehingga kini, gelaran Mat Robot atau MatBot masih melekat di
bibir rakan – rakan sekolahnya kerana lagatnya tidak ubah seperti mesin
yang tidak pernah berhenti bekerja.
" Ish! Angah! Sya betul – betul merajuk dengan angah baru tahu!" Zara
membaling kot di tangannya tepat ke arah Zarif. Kot itu tepat mengenai
muka Zarif.
" Hahaha. Ololo, marah benarnya adik kesayangan abang ni ya? Olololo"
Zarif cepat – cepat mendapatkan Zara yang masih lagi bersimpuh di atas
katilnya lalu dicubit kedua – dua belah pipi mulus adik bongsunya itu.
Zara mengeran kesakitan.
" Angah! Sakitlah" Zara mengurut – urut pipinya yang merah itu.
Diendahkan sahaja hilaian tawa Zarif.
" Ololo, kesiannya adik abang ni. Meh, sini abang tengok muka adik abang
ni. Tadi mama kata, kereta adik abang berlanggar dengan kereta Audi ya."
Zarif menarik wajah adiknya itu. Dilihatnya ada kesan lebam pada dahi Zara.
" Alhamdulillah, tak adalah teruk sangat. Tapi betul Sya tak nak pergi
periksa kepala ni? Buat CAT scan ka?" Kata Zarif sambil menahan tawanya.
" Boleh pulak dia melawak ya! Sakit pulak hati kita ni" Zara ketawa
sambil dia mencubit peha Zarif.
" Adoi! Hahaha. Comel betullah adik abang ni. Tak mahu merajuk merajuk
lagi dah ya, sayang!" Zarif mengusap lembut rambut adik kesayangannya
itu. Matanya terpandang pada kot yang setia berada di tangan kirinya.
" Haa, ni satu lagi. Mana Sya rembat kot mahal ni? Azril punya ka?"
Tanya Zarif sambil dia membelek – belek kot /Chanel/ itu.
" Bukan. Mamat celop tu punya..." Jawab Zara malas. Dia menarik kot yang
berada di tangan abangnya lalu dilipat kemas.
" Aii~ mamat celop mana ni? Wah, dah pandai pakai /spare tyre/ sekarang
ya? Boleh turunkan ilmu kat abang tak?" Tanya Zarif. Dia kelihatan
bersemangat ingin mendengar cerita yang bakal Zara ceritakan kepadanya
sebentar sahaja lagi. Dikosongkan otaknya semata – mata mahu menumpukan
sepenuh perhatian kepada adiknya, Zara.
" Eh, Sya bukan macam perempuan lain okay! Ini kot mamat yang langgar
Sya. Eh, bukan! Kot mamat yang Sya langgar tadi siang... Sya pun belek –
beleklah kot ni, takut – takut ada dia letak kad ka, telefon ka kat
dalam ni, itu ja. Tak ada kena mengena langsung dengan pentafsiran karut
Angah tulah." Terang Zara panjang lebar. Dia tahu, selagi dia tidak
menceritakan hal yang sebenar kepada abangnya, selagi itulah Zarif akan
terus dan terus bertanya padanya.
" Ye ke? Abang ingat, babah dan mama dapat menantu VVIP!" Seloroh Zarif
lagi.
" VVIP la sangat, VVIP dekat akhirat susah nak dapat tahu! VVIP kat
dunia ni, Sya tak pandang pun angah... Hi – Hi, Bye – Bye!" Balas Zara.
" Jangan memilih sangat, kang andartu. Sya suruh si Azril tu cepat –
cepat kahwin, abang dah tak sabar ni nak dapat anak saudara ni. Lama
betul tak peluk budak!" Wajah Zarif tiba – tiba Nampak begitu teruja
sebaik sahaja dia menekankan perkataan anak saudara kepada Zara. Zara
mencebik.
" Amboi! Sya disuruh kahwin cepat! Dapat baby cepat. Wahai kakanda
kesayanganku, kakanda bila nak kahwin? Sudah jumpa calon isterikah
kakanda ku ini?"
" Saluran Klasik pulak dia ya! Haa, bab kahwin – kahwin ni, bukan bidang
abang. Abang belum khatam!"
" Eii, takkanlah nanti dah tua bangka macam Datuk Jamaluddin Hassan tu
baru nak cari bini? Kalau Sya, masa tu tengok angah pun boleh lari tak
jejak tanah tahu!" Gurau Zara. Dia sengaja mahu menyakiti hati abang
keduanya itu. Suka benar dia bergaduh dengan abangnya itu.
" Eh, eh, eh! Biar rambut putih, tapi poket tebal! Haa, abang petik jari
aja, zapp! Sampai Singapore, orang berbaris tahu!" Zarif memetik
jarinya. Zara hanya mampu tergelak dengan perlakuan abangnya itu.
" Atau..." Zara mendekatkan bibirnya di tepi telinga Zarif.
" Angah masih tunggu kak Jenab?" Zara bingkas bangun daripada katilnya
lalu berlari anak – anak keluar daripada biliknya. Jenab merupakan anak
perempuan OKU yang pernah berjiran dengan mereka sewaktu mereka masih
menetap di Terengganu. Seperti kanak – kanak perempuan yang lain juga,
Jenab menyimpan perasaan terhadap Zarif. Jenab sering menunggu Zarif
pulang dari sekolah di hadapan pagar rumahnya semata – mata mahu member
Zarif kuih yang dibuat oleh ibunya. Sejak mereka berpindah ke Kuala
Lumpur, mereka sudah tidak mendapat apa – apa khabar berita mengenai
Jenab dan keluarganya.
" Kurang garam betullah adik aku sorang ni! Jenab dikenenkan aku!" Zarif
mengejar adiknya daripada belakang. Hilaian tawa dua beradik itu memecah
sunyi malam di bunglo tersebut.
Share this novel