Cuaca cerah. Terdengar kicauan burung yang merdu di telinga - telinga
hambaNya. Zara leka menikmati keindahan Taman Metropolitan yang terletak
di pinggir bandaraya Kepong. Taman Metropolitan itu semestinya menjadi
satu kunjungan utama masyarakat sekitar Kepong. Meskipun dihimpit dengan
pesat pembangunan namun taman itu seakan jauh daripada hiruk pikuk kota
yang sibuk itu.
" Ehem! Seronok nampak!" Sapa Awais mesra. Dia segak dalam T-shirt polo
biru cairnya itu. Disarung pula dengan seluar warna Khaki. Makin
memikat. Zara memandang ke arah suara yang menegurnya itu. Dia senyum.
" Alhamdulillah, seronok datang ke sini. Dah lama saya tak ke sini. "
Jawab Zara panjang lebar.
" Burung - burung tu mesti seronok. Hari - hari memuji tuhan. Terbang
sana - sini. Bebas. " Zara mula melabuhkan punggungnya di atas kerusi
batu. Dia memeluk tubuhnya kemas.
"/I don't think I want to be a bird. Takut. / Ehmm, awak..." Awais
bersuara tetapi Zara hairan mengapa mata Awais asyik sahaja merenung ke
arahnya tetapi diendahkannya. Buang tabiat mungkin.
" Apasal pulak? " Tanya Zara kehairanan.
" Hah? Pasal apa? " Tanya Awais kembali. Tidak faham apa yang ditanya
Zara. Tidak fokus mungkin.
" Ye la, kenapa tak mahu jadi burung? "
" Oh! Hmm, sebab... takut awak /ngap/ saya nanti! Awak kan kucing
busyuk! " Awais buat gaya menerkam. Dibuat - buat muka comel. Zara
mengetap bibirnya. Awais ketawa kecil. Jelas terserlah giginya yang
tersusun rapi itu. Zara mendengus geram lalu dijeling lelaki itu. Awais
mendehem.
" Awak. Awak yang namanya Nur Zara Alesya. Merajuk ya? " Gurau Awais.
Suaranya sengaja dibuat manja. Zara memalingkan mukanya. Awais ketawa
lagi. Zara makin geram. Tidak suka diusik begitu.
" Awak... " Awais panggil lagi. Zara tidak peduli. Kini Awais sudah
duduk disebelahnya.
"/My mum always remind me not to keep angry tau/. Nanti cepat tua
katanya. Tua lepas tu berkedut - kedut pula. Awak..." Pujuk Awais. Zara
mula tidak senang mendengar perkataan tua lalu dia memalingkan mukanya.
Terkejut dia melihat Awais hanya bersebelahan dengannya.
" Mana ada saya marah. Saya tak marah pun. " Terang Zara. Zara
kehairanan, apa pula yang dipandang Awais sejak tadi. Matanya galak
memandang Zara lalu kepalanya diangkat sedikit.
" Apa yang awak tengok? Seram saya... Saya cungkil biji mata awak tu
nak? " Berang Zara. Dia berasa sungguh tidak selesa dengan pandangan
Awais. Awais pula mengalihkan pandangannya. Dia tersenyum lagi.
" Tengok - tengok! Senyum - senyum lagi.... Awais,/you know something?
You're such a weirdo. Scary! "/ Kata Zara lalu dia bangun dari kerusi
batu itu dan membuka langkah ke arah Zarif yang sibuk mengeluarkan
makanan daripada bonet kereta.
" Hey! Zara. " Panggil Awais. Zara berhenti lalu berpaling ke belakang.
Awais sudahpun berada di hadapannya.
" Thanks! Awak duduk atas newspaper saya tadi. Malu nak tegur. " Kata
Awais sambil dia layangkan surat khabar itu ke udara. Awais berjalan
mendapatkan Zarif.
" Apa lama sangat der?! " Jerit Zarif sebaik sahaja dia melihat susuk
tubuh Awais yang semakin hampir.
" Ada kucing besar duduk atas news aku tadi. " Balas Awais diikuti tawa
kecil. Dia memalingkan badannya lalu mengenyitkan matanya kepada Zara.
Zara melopong. Wajahnya semakin merah. Tidak tahu dia mahu menyorokkan
mukanya ke mana. Kakinya dihentak hentak ke tanah. Malu bukan kepalang.
" Mamat ni nak kena betul!" Gerutu hati Zara tidak puas hati. Dalam
gerutu, dia juga gembira diusik sebegitu. Bahagia.
" Okay, adik - adik! Today.... " Kanak - kanak dihadapannya termasuk
Zarif mula mengeluh berat. Kenal benar dengan perangai Awais yang
sungguh mengagung - agungkan bahasa penjajah itu.
" Opps, maaf- maaf! Ehem-ehem-ehem, abang cakap sekali lagi ya. Hari ini
kita ada CIKGU BARU!! " Jerit Awais kegirangan. Begitu juga anak - anak
yatim itu. Tangan Awais melambai - lambai ke arah Zara yang sedang leka
duduk bersama tiga orang wanita pertengahan usia yang sibuk menyiapkan
makan petang anak - anak yatim itu.
" Cik Zara pergilah melayan budak - budak tu." Kata salah seorang wanita
itu, Kak Salmah. Zara terkejut lalu dia menghayun - hayunkan kedua - dua
tangannya tanda tidak mahu berada di hadapan bersama Awais dan Angannya.
Biarlah dia menolong wanita - wanita itu sahaja.
" Tak mahu la macam tu, budak - budak tu pun tak sabar mahu kenal dengan
kamu. " Sambung Kak Ramlah, pemilik Rumah Anak Yatim Firdaus itu.
" Malulah Sya, Kak Ram. " kata Zara. Tiba - tiba lengan Zara terasa
ditarik.
" Marilah Sya! Tak sabar budak - budak tu nak kenal Sya ni! " Pujuk
Zarif. Dia tahu Zara amat sukakan kanak - kanak cuma Zara ini pemalu
orangnya. Zara mengangguk laju. Terdengar jeritan nyaring kanak - kanak
itu memberikan semangat kepadanya.
" Errr, Assalamualaikum semua! " Zara malu - malu. Dia memandang wajah
setiap anak kecil dihadapannya, cukup mendamaikan. Awais pula tidak
lepas membiarkan matanya menatap wajah bujur sirih milik Zara. " Ya
Allah, andai dialah jodoh yang kucari selama ini. " Awais bermonolog.
" WAALAIKUMUSALAM WARAHMATULLAH HIWARAKATUH! " Salam Zara dijawab dengan
penuh semangat. Zara teruja.
" Cikgu! Cikgu nama apa? " Tanya seorang budak perempuan dalam
lingkungan empat tahun itu. Belum sempat Zara menjawab soalannya,
seorang budak lelaki yang juga kelihatan berumur empat tahun menyampuk.
" Mesti cikgu ni namanya cantik. Sebab cikgu cantik sangat! " Gurau
budak lelaki itu. Zara ketawa kecil. Tidak sangka dia akan menerima
pujian yang sebegitu.
" Bukan. Nama cikgu, Cikgu Zara. Semua kena ingat tau nama cikgu. Nama
apa? "
" Cikgu Zara! " Jerit kanak - kanak itu kegembiraan.
" Okay! Cikgu baru dah kenal, sekarang kita main pulak! Siapa nak ikut
cikgu bot main? Jom! " Ajak Zarif lalu mereka semua lari bertempirian ke
arah taman permainan berdekatan. Zara berasa lucu melihat gelagat
mereka. Awais mendekati Zara. Zara pula cepat - cepat beredar daripada
situ. Malunya belum habis. Awais ketawa lagi lalu dia mengambil
keputusan untuk turut serta bermain taman permainan. Dia tahu, pasti
Zara masih malu dengannya selepas dia mengusik Zara sebentar tadi.
Leka Zara melihat anak - anak itu gembira bermain. Matanya dari tadi
memerhatikan gelagat Awais yang kelihatan seronok melayan kerenah anak -
anak itu. Sesekali pandangannya lari sebaik sahaja dilihat pandangan
mata Awais jatuh padanya yang sibuk mengupas limau madu yang dibeli khas
dari Pahang itu.
" Awais tu baik budaknya. Kacak, anak orang berada. Kuat agama lagi."
Kata Kak Ramlah sambil dia melabuhkan punggungnya disisi Zara. Zara
tertunduk malu.
" Awais tu sudah bertunang? " Ada sedikit kekecewaan dalam diri Zara.
Zara berdiam diri.
" Tapi sayang bukan pilihannya. Keluarga yang aturkan, kata dia itu
pilihan ayahnya. Adwina tu cantik orangnya persis model dalam TV tu.
Kalau sekali pandang macam aktress sinetron indonesia pun ada. Memang
cantik, baik pun baik juga. Orang kata memang mereka berdua tu bagai
pinang dibelah dua. Awais tu pula sudah mula sayangkan si Adwina tu
tapi..." Cerita Kak Ramlah panjang lebar. Bibir Zara terkunci rapat.
Entah mengapa dia berasa begitu kecewa. Langsung dia tidak gembira
mendengar khabar berita itu. Cerita Kak Ramlah tergantung sebaik sahaja
Awais memanggilnya.
Share this novel