BAB 9

Romantic Comedy Completed 8264

Detik 12 tengah hari dinanti penuh debaran. Lampu bilik mesyuarat dibuka
terang. Awais yang dilihatnya di dalam gelap tadi tersergah di ruang
kornea Zara. Langkah Awais dipercepatkan. Zara menanti gugur jantungnya.
Senyuman itu sungguh menghayalkan. .

"/I'll wait for you in the lobby... /" Bisik Awais. Pandangan Zara
kosong. Tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Bagaimana jika dilihat
Encik Zaidi? Pasti mengamuk lelaki itu. Zara menarik nafas panjang lalu
dia beristighfar.

" Astaghfirullah, apa yang aku buat ni? Sedar Zara, kau tu tunangan
orang, " Bisik Zara. Alangkah dia tidak suka akan realiti itu. Masih
diguna pakaikah status itu? Zara berfikir panjang.

Lobi Berjaya Holdings tersergam indah. Susun atur ruangan lobi sungguh
eksklusif dengan set sofa kulit hitam. Tema " /Clean and Professional/"
yang cuba di ketengahkan oleh syarikat tampak berjaya dengan kombinasi
hitam dan putih pada sofa dan juga karpet. Cermin kaca yang menjadi
dinding lobi membenarkan setiap cahaya dari semua penjuru menerangi lobi
itu. Zara berjalan perlahan menuju ke lobi. Dia mencari - cari kelibat
Awais. Tiada.

" Ahhh, kereta..." Zara menjenguk ke luar lobi. Dilihat satu Audi putih
terparkir di hadapan lobi. Zara tanpa lengah maju ke luar. Awais sudah
menunggunya di dalam kereta barangkali.

Tingkap Audi itu diketuk perlahan. Perlahan tingkap itu diturunkan.

" Okay Zara! Bagitahu terus jangan berlengah!" Bisik hati Zara.

" Maafkan saya! Saya tak boleh ikut awak keluar makan tengah hari!"
Beritahu Zara. Suasana diam. Zara kaku.

" Ya dik, boleh saya bantu?" Suara garau lelaki lewat 50 an itu bergegar
di telinga Zara. Melopong Zara.

" Haduh, silap kereta pulak... Aisyehh.." Malu bukan kepalang. Zara
perlahan - perlahan mara ke belakang.

" Sorry encik..." Bukk! Bahunya terasa bisa. Dia mengaduh.

"/Next time, don't walk backward/ Miss Nur Zara Alesya. /You might
fall/." Suara itu sungguh dikenalinya. Cepat - cepat dia berdiri tegak.
Muncung Zara apabila ditegur sebegitu. Awais hanya tersengih manja lalu
digeleng - gelengkan kepalanya.

" /Come/, nanti gastrik anak kesayangan Encik Zaidi kita ni?" Kata Awais
sambil dia memberikan isyarat tangan kepada pemandunya supaya tidak
membuka pintu untuknya lalu dia sendiri membukakan pintu itu, khas untuk
wanita yang berdiri tidak jauh daripadanya. Matanya direnung pada Zara.
Zara tersekima. Mungkin juga berberapa pekerja perempuan yang lalu
lalang disitu juga sama riaksinya dengan Zara.

" Errr, maaf. Saya...." Tiba - tiba bahu Zara di tepuk seseorang. Zara
berpaling ke belakang.

" Babah?" Zara terkejut. Bibirnya tiba - tiba kering. Hatinya berombak
kencang. Tidak tahu apa yan bakal terjadi. Tergagap - gagap Zara tatkala
dia melihat Encik Zaidi berdiri di hadapannya.

" Zara? Kenapa ni sayang? Dah masuk, kesian Awais sudah lama dia bukakan
pintu untuk kamu." Arah Encik Zaidi. Zara melopong. Tidak pasti apa yang
sebenarnya sudah terjadi. Zara pandang pada Awais. Awais senyum. Zara
makin bingung.

" Aish, anak babah ni, macam patung pula dia." Lalu laju pula Encik
Zaidi melangkah masuk ke dalam perut kereta.

" Masuklah dulu wahai tuan puteri." Pelawa Awais sekali lagi. Zara
mengikut sahaja.

Sepanjang perjalanan, Zara diam sahaja. Kepalanya masih berfikir - fikir
bagaimana Awais mengenali babahnya. Matanya melirik ke arah dua lelaki
itu, rancak pula Awais berbual dengan babahnya, tambahan lagi dengan
personaliti babahnya yang sangat ramah itu membuatkan sesiapa sahaja
senang berbual dengannya.

" Susah - susah sahaja Awais jemput pakcik makan tengah hari." Kata
Encik Zaidi. Zara terkejut.

" Eh, tak ada susah - susah pun pakcik. Lagipun dah lama tak makan
dengan pakcik. Rindu pula rasanya nak dengar cerita pakcik." Kata Awais
panjang lebar. Sesekali anak matanya melirik ke arah Zara yang sejak
tadi hanya memandang ke luar tingkap sahaja.

" Itulah, kamu sekarang ini pun sudah besar panjang! Teringat dulu
/time/ kamu kecil - kecil dulu, nakal bukan main! Sekarang? Nah! Segak!"
Seloroh Encik Zaidi. Mereka sama - sama ketawa. Dahi Zara berkerut
tatkala dia mendengar perbualan penuh mesra dua lelaki itu. Dia tidak
mahu mencelah perbualan antara dua lelaki itu baginya perbuatan seperti
itu sungguh tidak beradab.

" Haha, Zara tak ingat ke? Inilah anak kawan babah. Kamu lupa ya? Awais
satu keluarga pernah datang rumah kita bercuti di Terengganu. Waktu tu
kamu enam tahun tak silap." Zara makin berkerut. Tidak faham apa yang
dikatakan oleh babahnya.

" Tak apa la pakcik, lupa mungkin." Kata Awais sambil tersenyum. Zara
masih diam membatu.

Tiba - tiba mata Zara membulat seperti dia mengingati sesuatu yang luar
biasa lalu jari telunjuknya yang merunjung itu menari - nari di udara.

" Ohh, budak inilah yang dulu tolak Zara dalam lumpur tu kan?!" Zara
mengetap giginya.

Barulah dia teringat akan kejadian hitam itu dimana Awais pernah
menolaknya jatuh ke dalam lumpur sewaktu Zara cuba mengajakknya bermain
bersama - sama. Sudahlah ajakannya ditolak malah dia pula yang ditolak
ke dalam lumpur sebelum Awais lari masuk ke dalam rumah. Dia masih ingat
dimana Awais membuat muka jelek kepadanya sebelum hilang ke dalam rumah.
Perasaan sebal yang menebal di dalam diri waktu itu sungguh dia tidak
dapat lupakan.

Tambahan pula, hampir dua jam dia perlu membersihkan lumpur yang sudah
mengering di badannya. Dimarahi babahnya apatah lagi. Malam itu Awais
asyik mengejeknya di meja makan. Benci bukan kepalang pada budak lelaki
bandar itu. Seminggu itu dirasakan bagaikan neraka buatnya. Bilik tidur
Zara juga diambil Awais waktu itu disebabkan Awais tidak mahu berkongsi
bilik dengan abang - abangnya.

Awais senyum saja. Bukan Zara sahaja yang mengingati kejadian itu, dia
juga. Terasa lawak apabila mengenangkan muka Zara waktu itu yang
dipenuhi lumpur. Gaun putihnya habis dicelup lumpur. Waktu itu, mungkin
Zara layak dipanggil hantu lumpur. Entah kenapa dia berasa seronok
melihat telatah Zara yang baginya sungguh comel. Namun ada perkara
tentang Zara yang masih dia tidak dapat lupakan. Bebola salji atas meja
Zara. Sungguh cantik. Dibawahnya tertulis tulisan yang sungguh cantik '
aku mahu main salji '. Setiap malam Awais pasti mengocak bebola itu lalu
ia menghasilkan salji salji putih yang baginya sangat cantik. Sehingga
sekarang, dia masih melakukan perkara yang sama.

Kini, bebola salji itu berada di biliknya, di dalam almari kaca. Tatkala
dia memandang bebola salji itu dia berasa sungguh tenang tambahan pula
dia sudah jatuh hati pada pemilik bebola salji itu. Awais tahu
perbuatannya salah, mencuri bebola salji kepunyaan Zara tetapi waktu itu
dia seperti tidak mahu melupakan kenangannya berada di rumah Encik Zaidi
di Terengganu jadi fikirnya bebola salji itu sangat sesuai untuk
dijadikan barang kenangan. Akhirnya, pada hari terakhir dia berada di
Terengganu. Dia mengambil bebola salji itu masuk ke dalam bag galasnya
tanpa pengetahuan Zara.

Zara mengecilkan bola matanya. Dia seakan tidak percaya, budak lelaki
yang dibencinya dulu, kini segak berada di hadapannya. Sudahlah segak,
menjentik hati wanitanya pula.

" Haha, kamu ingat lagi rupanya ya Zara," kata Encik Zaidi sambil dia
ketawa kecil melihat mimik muka anak bongsunya itu.

" Mestilah ingat, Zara tak suka la budak tu." Lancang sahaja mulut Zara.

" Ish, apalah Zara ni, perkara tu dah lama dah berlaku. Awak berdua dah
besar panjang sudah. Tak perlu diinggat lagi perkara yang lepas." Encik
Zaidi mencubit pipi anak bongsunya itu. Berdendam sungguh Zara pada
Awais. Zara mengalihkan pandangannya ke luar tingkap kereta. Geram
barangkali. Tidak percaya mungkin lebih tepat baginya.

"Awais... Jangan ambil hati. Zara ni manja oranganya." Kata Encik Zaidi
sambil menepuk bahu Awais.

" Eh, tak apa pakcik. Memang salah saya pun dulu suka kacau si Zara ni.
Dulu saya tak pandai berkawan, itu yang jadi membuli Zara. Lagipun dulu
Zara ni comel sebab tu saya suka kacau dia ni, pakcik." Kata Awais. Zara
tiba - tiba jadi sejuk mendengar kata - kata Awais.

" Hahaha. Awais, Awais. Hmm, Itulah tak sangka pakcik, kamu dan Zarif
satu universiti. Pakcik nak berterima kasih banyak dengan Awais sebab
sudi tolong Zarif masa belajar dulu." Ujar Encik Zaidi. Dia berasa
terhutang budi dengan Awais yang banyak membantu Zarif baik segi wang
dan kerohanian. Baginya Awais pemuda yang bertanggungjawab.

" Apa yang babah berterima kasihkan? Awais pernah tolong apa? Apa dah
jadi dengan angah? " Terdetik persoalan di hati Zara. Siapa Awais?

Mujur tempahan meja sudah dibuat sejam tadi. Restoran chef terkenal itu
pasti penuh tatkala waktu puncak begini. Kebiasaannya, para pekerja
syarikat - syarikat berdekatan pasti menjamu makan tengah hari mereka
disini. Harga makanan di situ juga berpatutan, tidak terlalu mahal.
Sesuai dengan kos hidup di bandar metropolitan itu.

Beraneka juadah berkonsepkan melayu dan /fusion/ dihidangkan secara
/buffet/. Zara jadi rambang mata. Mengenangkan perutnya yang sudah
berkeroncong itu mahu sahaja dia mengambil segala makanan yang berada di
hadapannya itu. Semua nampak sedap. Tidak lama kemudian, dilihat
pingannya sudah penuh dengan makanan. Udang masak lemak, Ikan goreng,
sayur goreng, tempe bakar dan sedikit sambal belacan serta ulam - ulam
segar. Awais yang setia di belakangnya berdehem.

" Sihat makan," sindir Awais sambil dia tersenyum sinis. Langkah Zara
berhenti lalu dia mengalihkan pandangannya pada lelaki tinggi lampai itu.

" Perli saya ya?" Bibirnya muncung lagi. Tidak puas hati. Geram pun
juga. Lelaki ini suka benar merosakkan hari baiknya. Pasti ada saja idea
bernas yang semestinya berjaya membuatkan hati Zara sebal.

" Tak baik buruk sangka pada saya, cik adik manis. Saya nak cakap, bagus
awak makan ulam - ulam tu. Sihat..." Kata Awais sambil berlalu pergi ke
arah meja. Kedengaran tawa kecil Awais. Zara membungkam. Zara membontoti
sahaja lelaki itu. Geram sungguh. Sampai di meja, dia sedikit terkejut.
Pinggan - pinggan di hadapannya tidak begitu banyak lauknya berbanding
dia. Jikalau ada pertandingan siapa makan yang paling banyak, pasti
dialah juaranya. Tiba - tiba sahaja perasaan segan menguasai dirinya.
Pipinya tiba - tiba merah.

" Jemputlah makan, pakcik, Zara. Jangan segan - segan." Jemput Awais
lalu dia menadah tangan untuk membaca doa makan. Zara tertunduk malu.

Usai membaca doa, Encik Zaidi, menegur Zara, " banyak anak babah makan
hari ni? Boleh habis ke?" Kata Encik Zaidi sambil ketawa kecil. Pipi
Zara terus memerah. Zara diam sahaja. Malu.

" Tak apa pakcik, nanti kalau pipi dia tu naik, baru comel." Gurau Awais.

" Babah... " Zara sudah tidak tahan dengan gurauan Awais. Dia geram.
Encik Zaidi hanya mampu mengeleng - gelengkan kepala sahaja melihat
celotoh orang muda itu. Terdetik juga di hatinya, Awais ini sudah pun
berpunya atau belum?

Ataupun sama sahaja seperti anaknya, Zarif, masih tercari - cari cinta
peneman hidup.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience