Kaki Zara pantas bergerak ke hadapan, matanya meliar melihat ke hadapan
di sebalik susunan file yang bertingkat – tingkat di tangannya, takut –
takut dia terlanggar sesiapa, dia harus sampai ke bilik mesyuarat
secepat mungkin dek kerana dia harus berkejar ke tapak projek di Bentong
bersama dengan seorang arkitek muda dari syarikat itu. Daripada bualan
Fadhilah, Farish dari bahagian Human Resource itu dingin orangnya.
Debaran hati jelas terasa sebaik sahaja dia berada di hadapan bilik
Farish Iskandar itu. Di ketuk perlahan pintu bilik itu.
" Masuk." Kedengaran jelas suara garau Farish dari luar bilik.
" Assalamualaikum, saya Zara dari bahagian Pemasaran." Ujar Zara sebaik
sahaja dia masuk ke dalam bilik itu.
" Hmm. Awak bukan dari bahagian Pemasaran sekarang, awak ke sini sebagai
PA saya so buatkan saya kopi sekarang. Pukul 10 nanti, ikut saya ke
tapak projek di Bentung." Kata Farish panjang lebar tanpa dia mengangkat
kepalanya melihat Zara. " Err, baik." Zara terhempas file – file yang
dipegangnya sebentar tadi ke atas meja Farish. Habis berterabur kertas –
kertas kerja Farish ke lantai. Berombak kencang dada Zara sebaik sahaja
dia melihat kertas – kertas yang melayang di udara itu sebelum ia jatuh
ke lantai. Farish yang baru sahaja tadi tekun di hadapan Macbook-nya
menoleh ke arah Zara.
" Clean it by the time my coffee done." Kasar bunyi nada suaranya.
Zara mula terkial – kial. Tidak pernah dia berasa begitu takut dengan
sesorang. Di seballik cermin mata itu ada sepasang mata galak yang
sungguh menakutkan. Dingin.
" O-okay..." Bilang Zara sebelum dia keluar daripada bilik itu.
" Subhanallah... Garangnya. Macam kerek je mamat tu." Kata Zara sambil
tangannya cepat mengacau gula di dalam kopi itu. Bibirnya mencebik tidak
puas hati. Kepalanya rimas memikirkan hari – hari mendatang bersama
lelaki dingin itu.
" Tak baik muncung depan rezeki. Kenapa ni dik? " Tegur seorang wanita
yang sarat mengandung itu. Zara terkejut.
" Eh, tak adalah akak. Hehe" Tawa Zara.
" Intern dengan Farish ya?" Zara hanya mengangguk perlahan.
" Sabarlah, dia tu baik aja orangnya... Cuma, /extreme workaholic/.
Sebab tu dia jadi macam tu." Ujar wanita itu sebelum dia menepuk lembut
bahu Zara. Zara sedikit tenang lalu dia membawa air kopi itu menuju ke
bilik Farish.
Kedengaran suara lantang dari dalam bilik. Zara menarik nafasnya dalam-
dalam sebelum dia masuk ke dalam bilik. Bilik yang berwarna coklat gelap
itu terasa sungguh sempit walaupun bilik itu tidaklah sekecil yang
disangka. Aura negatif seakan dapat dihidu di segenap ruang.
" Ini kopinya." Bau minyak wangi milik lelaki itu menusuk hidung Zara.
Calvin Klein. Tinggi juga citarasa lelaki ini.
" Kemas. Saya bagi 20 minit." Ujar Farish. Cepat sahaja tangan Zara
mengambil semua kertas – kertas di lantai. Sesekali dia mendengar lelaki
itu menyisip air kopi yang dibuatnya. Jarum jam menunjukkan pukul 9.30
pagi. Terasa lemas berdua-duaan di dalam bilik itu walaupun itu hanyalah
bilik pejabat. " Lelaki ni memang krikk-krikk ke ape? Tanya la aku ni
apa – apa... Haish. Buat kopi bukannya nak berterima kasih pun." Bisik
hati Zara tidak puas hati. Dia sememangnya tidak suka suasana yang
begitu senyap, almaklumlah Zara merupakan seorang yang ringan mulut. "
Kurang – kurang pun tanya laa nama penuh aku ni..." Bisik Zara. " Opss!
Terkeluar pulak laa..." Zara memejam mata lalu menampar lembut bibirnya
yang baginya kurang belajar itu.
" I heard you, Nur Zara Alesya binti Mohd Zaidi. 3rdyear in
Electronic Enginnering UTeM, bukan? " Jawab Farish selamba. Zara
menoleh ke arah Farish yang masih sibuk di hadapan macbook-nya itu.
" Haha. Macam mana awak tahu?" Gagap Zara. Macam magis pula lelaki ini,
tahu semua tentang profil-nya. Farish mengangkat resume Zara. Zara
tertunduk malu.
" Dah jom." Farish bangun dari kerusi lalu dia menyarung kot hitamnya
yang tersangkut kemas di penyangkut baju ke badannya. Sekali lagi,
semerbak bau minyak wangi Calvin Klein menunjah ke hidung Zara.
" Oh okay, okay!" Kelam kabut Zara dibuatnya. Langkah Farish begitu
besar, dia tidak dapat mengejar Farish. Tambah lagi dengan kasut tumit
tinggi yang tersarung kemas di kakinya membuatkan langkahnya lebih
perlahan dari biasa.
Punat pengera kereta dipicit. Pintu kereta Nissan GTR itu dibuka. Zara
pula berdiri kaget. Masakan dia mahu ikut bersama Farish di dalam kereta
seperti itu. Terlalu laju baginya. Zara membuka langkah ke tingkap
pemandu. Tingkap kereta diturunkan.
" Err, Encik Farish. Tak guna kereta syarikat ke?" Tanya Zara.
" Awak nak naik, naik la sorang. Jumpa saya kat Bentung." Farish sudah
dahulu memecut keretanya. Zara pula terhincut - hincut mengejar kereta
itu. Mujur di dalam bangunan parkir. Kalau di jalan raya, memang dah
kena tinggal. Mata Farish mengintai Zara yang berlari anak - anak
mengejar keretanya dibelakang. Dia ketawa kecil. Lucu juga perempuan ni,
bisiknya. Serta merta dia memberhentikan kereta. Zara yang terkejut itu
mengurut dadanya.
" Astaghfirullahal'azim." Zara semput. Tiba - tiba sahaja kereta itu
memberhentikan kereta. Mahu kata lelaki ini, baru sahaja menerima lesen,
tidak mungkin. Sudah berkereta mewah lagi.
" Encik-encik Farish, saya tak tahu tapak projek tu kat mana." Zara
sudah termengah - mengah dek sakitnya memakai kasut tumit tinggi itu.
" Kat Bentunglah." Sakat Farish lagi. Zara berkerut dahi.
" Aii, mamat ni. Aku tumbuk muka tu sat lagi baru tahu. Main - main
pulak dia. Sabar - sabar. Astaghfirullahal'azim, Laa Haulawala Quwata
Illah billah Hil A'li Hil A'zim." Bisik hati Zara. Ditarik nafasnya
dalam - dalam sebelum dia kembali mengukir senyuman kepada Farish.
" En-" Belum sempat dia berkata - kata, Farish sudah memotong.
" Panjang betul awak beristighfar ye, haha. Masuk cepat. Dah lambat ni."
Buntang mata Zara ditegur sebegitu. Mula membara terasa pipinya.
" Fast your seatbelt..." Farish menaikkan volume radionya. Cermin
matanya ditolak kemas ke batang hidungnya. Lagu Low - Flo Rida bergema.
CLICK!
Menderum laju kereta Farish meluncur laju meredah hiruk - pikuk kotaraya
sebaik sahaja Zara memasang tali pinggangnya.
" Are you crazy!!" Jerit Zara. Farish mengalihkan pandangannya ke arah
Zara.
" Look out! Bas! Bas! Bas!" Farish dengan cepat memotong bas yang
hampir mencium keretanya. Bagaikan dalam cerita Fast and Furious,
Farish cekap dengan stereng keretanya.
" Haha. Cepat kecut la you ni." Kata Farish yang nampak sudah gila
dengan pemanduaannya.
" Haah, kecut sebab saya tak nak mati katak macam ni." Terang Zara
marah. Matanya pandang sahaja pada meter kereta Farish. Memang lelaki
ini gila.
" Haha. At least mati dengan I. Bukan ke lebih romantik macam tu?"
Jawab Farish selamba. Dia tidak peduli. Inilah masanya dia melepas geram.
" Mati dengan awak? Lebih baik saya mati kena langgar lembu." Jawab Zara
geram.
" Eh, lembu? Tak baik pulak. Menangis tuan lembu tak dapat buat korban."
Seloroh Farish. Zara mengerling geram. Sakit hati.
Share this novel