Sinaran mentari pagi yang membolosi langsir tingkap mengejutkan Zara
yang tertidur selepas solat subuh tadi. Puas Zara mengeliat sebelum
turun dari katil. Dia juga sempat memeriksa skrin telefon pintarnya,
lampu led telefonnya berkedip –kedip menandakan adanya mesej masuk.
" Ini mesti Azril" Zara mengeluh panjang. Dia malas sungguh untuk
membaca mesej Azril lalu terus sahaja dia mencapai tuala yang tergantung
di almari. Seperti kebiasaan, Zara akan menilik wajahnya di hadapan
cermin sebelum mandi. Diurut – urut wajahnya yang mulus itu sambil
bernyanyi – nyanyi. Entah kenapa, suka benar dia menyanyi ketika bangun
pagi. Baginya, menyanyi pada waktu pagi merupakan aktiviti yang paling
menyeronokkan. Bibirnya berhenti menyanyi sebaik sahaja ekor matanya
terpandang akan kot yang dilipatnya semalam. Ditarik kot itu perlahan –
lahan lalu disarungkan dibadannya.
" fit juga dia, size M. Hmmm, gila gamaknya aku ni ~" Dia tersenyum
sendirian.
"Entah – entah, suami orang! /Nauzubillah!/" Zara cepat – cepat
menanggalkan kot itu. TING! Dia merasakan ada sesuatu yang jatuh
daripada kot itu.
" Eh?!" Bunyi macam ada benda jatuh," Zara cepat – cepat mencari sesuatu
yang terjatuh itu. Puas dia mencari akhirnya dia ternampak ada sebentuk
cincin yang dia pasti bukan miliknya berada di bawah katil. Ditarik
cincin itu keluar.
" Subhanallah, cantiknya cincin ni. Berlian betul ka?" Zara cuba
mengigit cincin itu.
" Haah, Berlian tulen ni. Masha – Allah!" Mata Zara tidak berkedip
melihat kecantikan cincin tersebut. Sudah menjadi fitrah wanita untuk
mengagumi barang kemas. Zara juga tidak terkecuali. Zara semakin
bingung, kini dia mempunyai dua barang yang perlu dipulangkan.
" Allahuakhbar/! Macam mana nak pulangkan kot dan cincin berlian ni?"
Zara mengaru kepalanya yang tidak gatal itu.
" Mesti ada sesuatu yang dia letak kat dalam kot ni!" Zara menyeluk
setiap poket kot itu sehingga dia terseluk akan satu poket yang
tersembunyi di dalam kot itu. Sekeping kertas keras, seakan kad berada
di tangannya.
" GoldHeart 1 Utama? Tapi nak buat apa dengan kad ni? Haish, tak ada
function." Zara terus merebahkan badannya di atas katil sambil dia
membelek belek kad itu.
Snap! Dia petik jari. " Bingo!" Zara meluru ke bilik air sambil
bernyanyi -nyanyi kegirangan.
Laju sahaja kaki Zara turun dari tangga. Wajahnya yang sudah cantik
dioles solekan itu sudahpun dihiasi dengan senyuman yang ceria. Terus
sahaja dia ke dapur sebaik sahaja bau karipap yang baru digoreng Puan
Kamariah menusuk hidungnya.
" Assalamualaikum mama, babah, angah gemok!" Seperti kebiasaannya, Zara
akan memberi salam. Terus sahaja dia mencium pipi mama dan babahnya.
Itulah perkara yang dia tidak akan pernah jemu lakukan pada setiap pagi.
" Hai, cantik sangat adik angah hari ni? Date ka?" Seloroh Zarif yang
sudah memasukkan roti bakar ke dalam mulutnya.
" Eh, adik kesayangan angah ni, hari – hari cantik tau!" Zara melabuhkan
punggungnya diatas kerusi makan berhadapan abangnya. Laju sahaja
tangannya menjamah karipap yang masih panas itu. Dikunyah karipap itu
dengan penuh nikmat. Sebelah kening Zarif sedikit terangkat. Lain benar
gelagat adiknya kali ini.
" Ini dah kenapa ni? Cuba cerita dengan angah!" Tanya Zarif yang masih
ingin tahu apa sebab adiknya begitu ceria hari ini.
" Hari ni, Sya nak pergi cari seseorang. Boleh kira, Sya macam detektif
la hari ni." Matanya membulat keceriaan. Lagaknya seperti seorang
detektif. Dia memang meminati siri Detektif Conan sejak dia kecil.
Sehinggakan sanggup dia ponteng sekolah semata – mata ingin menghadap
siri ini di televisyen dan dia jugalah yang akan menangis teresak – esak
jikalau abang – abangnya cuba menukar siaran tv.
" Anak babah jadi detektif? Macam seronok bunyinya." Kata Encik Zaidi.
Matanya bersilih ganti memandang helaian surat khabar yang setia berada
di tangannya dan wajah anaknya yang bongsu itu.
" Amboi, nak cari siapa ni?" Kali ini, sisa – sisa roti bakar
dihabiskan. Matanya pula tertancap memandang wajah satu satunya adik
perempuannya itu.
" Cari pemilik kot mahal ni so I'd better get going, Assalamualaikum"
Zara bingkas bangun dari kerusinya lalu meluru ke ruang parkir kereta.
" Sya! Makan la dulu mi goreng mama ni sayang." Panggil Puan Kamariah
sambil kepalanya menjengah ke luar parkir kereta.
" Mama sedekahlah bahagian Sya tu ye!" Jerit Sya sambil memboloskan
dirinya ke dalam perut Myvi kesayangannya itu. Sebaik sahaja enjin
dihidupkan, sebelum Zara meluru keluar dari parkir kereta, tersembul
wajah Zarif di hadapan pintu.
" Sya, don't forget our lunch kat The Curve tau!" Jerit Zarif dengan
harapan Zara mendengar apa yang dia katakan. Zara hanya membalas dengan
isyarat OK dari dalam keretanya dan terus memecut laju ke lebuh raya
menuju ke 1 Utama.
Kaki Zara mulai rasa lenguh. 1 Utama bukanlah suatu tempat yang dia
mahir selok beloknya. Sudah beberapa kali dia tersesat di dalam gedung
membeli belah terbesar di Malaysia itu. Sudah banyak kali juga dia
bertukar eskalator. Tengok sahaja tangga bergerak itu pasti dia mengeluh.
" Manalah kedai ni? Ya Allah, permudahkanlah kerja aku. Amin." Begitulah
Zara, dalam setiap apa yang dia lakukan pasti dia tidak lupa untuk
berdoa kepada Ilahi agar segalanya kerjanya dimudahkan. Langkah Zara
terhenti sebaik sahaja dia berhenti di sebuah kedai emas yang mungkin
inilah yang dicari - carinya sejak empat puluh minit tadi. Papan tanda
GoldHeart itu tersergam indah. Zara mengariskan sebuah senyuman.
" Yes miss, may I help you miss?" Seorang perempuan cina lengkap
beruniform hitam datang menegurnya dengan penuh kemesraan sebaik sahaja
Zara masuk ke pintu utama kedai itu. Uniform yang tersarung dibadannya
sungguh mempersonakan.
" Yes, uhm. May I know who bought this ring?" Zara menghulurkan
sebentuk cincin berlian yang amat cantik dan diserahkan kepada perempuan
cina itu.
" Oh, wait a moment ya miss." Perempuan cina itu mengambil cincin dari
tangan Zara dengan penuh berhati hati lalu dia masuk ke dalam sebuah
bilik bersebelehan dengan sebuah rak hiasan yang sangat besar. Di dalam
rak itu, Zara dapat lihat koleksi - koleksi emas yang sangat memukau.
Zara berjalan di sekeliling sambil dia menunggu perempuan cina itu
keluar daripada bilik itu.
"Masya-Allah! Cantiknya..." puji Zara dengan kehalusan dan ketelitian
pembuatan perhiasan - perhiasan itu. Matanya terpaku akan satu bentuk
cincin yang terletak di dalam sebuah kotak kaca. Cincin yang amat dia
idam - idamkan.
" Excuse me miss, I believe this ring was bought by our regular
customer, Muhammad Aisy Awais." Jelas perempuan cina itu.
" Is there any way I can get his contact number?"
" Sure miss. I'll look for his number. Please wait." Perempuan cina
itu terus sahaja mencapai sebuah tetikus.
"Here's his contact number miss. I think he is waiting for your call as
well." Perempuan itu mengoyakan senyuman lalu diserahkan kertas
bertulis nombor telefon jejaka berkot hitam itu kepada Zara.
"Oh, he is? Thank you." Balas Zara. Matanya yang tadi memandang
perempuan itu kini beralih ke arah kertas berisi nombor itu.
Share this novel