Usai sahaja mereka di tempat kerja, telefon pintar Farish pinta
diangkat. Wajahnya berkerut kasar. Seakan tidak senang dengan panggilan
yang baru sahaja diterimanya. Usai dia menghentikan perbualan itu,
tangannya ligat menekan skrin telefonnya sebelum telefonnya itu kembali
ke posisi telinganya. Farish masuk ke dalam perut kereta. Zara sudah
sedia memasang tali pinggangnya. Tidak berani dia memandang ke arah
Farish yang seakan menahan amuk.
" Assalamualaikum mak, Wafi ada mak?" Suaranya kedengaran risau. Zara
hanya diam membisu.
" Is balik ambil Wafi ya mak. Assalamualaikum." Farish mengalihkan
pandangannya pada Zara.
" Kita pergi Kuantan. /I /ada hal kejap." Zara hanya mengangguk
perlahan. Dengar daripada perbualan tadi, bunyinya agak penting.
" Assalamualaikum..." Farish memberi salam. Tersembul seorang wanita
separuh umur bertudung labuh. Wajahnya sungguh bersih meskipun sudah ada
ada kedutan di wajahnya.
" Waalaikumusalam, Ya Allah Is. Awalnya sampai." Sapa Puan Habsah. Zara
meluru menyalami tangan wanita itu. Terasa erat digenggaman tangan Zara.
" Siapa ni?" Tanya wanita itu.
" Saya Zara. Apa khabar makcik?" Zara mengukir senyuman.
" Panggil mak saja. Ya Allah, Farish. Cantiknya. Orang baru kamu ya?"
Wanita itu tampak begitu gembira.
" Tak adalah mak ni. Ini pembantu saya."
" Pembantu? Amboi, bunyi macam orang gaji je aku ni." Bisik hati Zara
sambil dia menjeling ke arah Farish. Farish pula selamba sahaja, seperti
tiada apa yang berlaku.
" Wafi mana mak?" Tanya Farish. Matanya menjenguk - jenguk ke arah taman.
" Ish, kamu ni. Masuklah dulu. Panas ni. Kesian Zara. Wafi ada dalam
bilik, baru je dia terlelap." Jemput wanita itu. Zara turutkan sahaja,
lagipun tumit kakinya sudah mahu tercabut dek dipakai terlalu lama.
Farish sempat mendehem tatkala Zara kalut - kalut mencabut kasut tumit
tinggi itu.
" /You/ anggukkan aje ape yang mak /I c/akap. Nanti lagi banyak dia
tanya." Ujar Farish sebelum dia masuk ke dalam rumah.
" Amboi, seronok menyuruh aku itu ini. Ish, sakit hati. Bukannya nak
bagi aku masuk dulu." Zara membungkam sendiri. Sudahlah tadi di tapak
projek diarah - arah bagai buruh kasar, ini di arah lagi. Lagi parah ini
bukan bidang kerjanya.
Terasa luas rumah itu walaupun tidaklah seluas yang disangka. Susun atur
perabut sesuai dengan ruang rumah yang agak sempit itu. Binaan syiling
rumah yang tinggi melapangkan lagi rumah. Warna dinding dibiarkan putih
supaya tampak lebih luas. Terpukau Zara sebaik sahaja dia meninjau -
ninjau gambar - gambar yang tergantung di dinding. Dia tersenyum
sendirian. Farish yang memandang dari jauh gelagat Zara turut juga
tersenyum.
" Pembantu... la konon kamu ni. Senyum - senyum tu apa?" Terperanjat
Farish dibuatnya ditegur Puan Habsah yang entah dari mana datangnya .
Puan Habsah menjuih bibir, tidak puas hati. Dia sememangnya ingin tahu
benar siapakah perempuan yang dibawa Farish itu. Dia melangkah merapati
Zara yang masih leka melihat gambar -gambar yang tergantung di dinding.
" Itu Farish. Posingdia mengalahkan model. Tapi masa tu model 20 sen
je la." Tawa Puan Habsah sambil tangannya menunjuk ke arah satu gambar
lucu. Zara turut ketawa. Seluar pendek atas lutut itu cukup menjadi
rebutan zaman 90-an dahulu. Tampak bergaya apabila budak lelaki di dalam
gambar itu berjaya membuatkan sesiapa yang melihatnya jadi terpegun.
" Comel." Puji Zara.
" Tengoklah sekarang segak macam mana. Anak - anak mak cik semua segak -
segak belaka." Zara tersenyum sumbing dan mengangguk sahaja apa yang
dikatakan Puan Habsah. Farish menahan tawa.
Melihatkan gambar tadi, Zara sudah dapat mengagak dari mana datangnya
sifat metroseksualnya. Farish yang tampak segak dan kemas dalam
kemejanya. Seluarnya pula digosok dengan sempurna. "Perfectionist.
Patutlah." Bisik hati Zara sambil matanya melirik dari atas ke bawah
melihat pakaian yang membaluti kemas di badan Farish.
" Eh, mari. Kita Lunch dulu ya. Mak cik ada masak patin masak lemak
cili api. Kamu suka, Zara?" Pelawa Puan Habsah. Mata Zara yang tadi
bermalas - malas tiba -tiba sahaja bersinar - sinar. Dalam diam, "
Cantik juga budak ni." Bisik hati kecil Farish.
" Masak lemak cili api ye makcik? Favourite saya la tu." Ucap Zara
dengan suara yang sungguh gembira. Dua wanita itu menyusun langkah ke
dapur dengan gembira. Bergelak ketawa lagi. Farish hanya mengoyakkan
senyumannya.
Susah benar dia mahu lihat tawa bondanya yang satu - satunya itu. Sejak
kehilangan abang Fikri, kebahagian rumah mereka tidak lagi seperti dulu,
tiada lagi gurau senda dan tawa mesra kedengaran. Kakak iparnya sudah
lari mengikut jejak teman barunya lalu ditinggalkan putera sulungnya
pada Puan Habsah. Abang Fattah tidak dapat menjaga putera sulung abang
Fikri dek dia yang tinggal jauh di seberang. Farish sahaja yang
selalunya menjaga makan dan minum putera sulung kesayangan abang Fikri itu.
" Awak... Makan." Pelawa Zara. Dia cuba sedaya upaya tidak membuat muka
menyampah pada lelaki itu.
" Jangan paksa. Kang terkoyak pipi awak tu. Anyway, thanks." Bilang
Farish sebelum dia melangkah ke ruang dapur. Zara tersentuh. Mungkin dia
masih belum kenal siapa Farish yang sebenar.
Zara mencedok nasi ke pinggan. Dia diperhatikan sahaja Puan Habsah,
sesekali Zara mengangguk senyum setelah dia sedari dia diperhatikan
sebegitu.
" Mak, malu orang tu, mak asyik duk pandang dia je." Kata Farish menahan
tawa melihat Zara yang asyik tertunduk hormat. Bibir Zara tidak lekang
dengan senyuman itu membuatkan dia makin mahu ketawa melihat perempuan itu.
" Mak berkenan betullah dengan Zara ni. Lemah lembut je mak tengok.
Sejuk mata mak memandangnya, Farish. Tak macam Kak Hana kau tu, laki dah
tak ada, ditinggal anak." Kata Puan Habsah geram.
"Mak aku ni memang mulut tak penah berlapis ke ape." Bisik hati kecil
Farish. Terasa malu pula dia pada Zara. Air kosong dihadapannya diteguk
habis. Sesekali matanya tertoleh kearah Zara yang sibuk mencedok lauk ke
dalam mangkuk. " Perempuan ni acah – acah ke tolong mak aku bagai?"
Getus hatinya lagi.
" Farish Iskandar." Panggil Puan Habsah. Lagaknya seperti melarang anak
kecil yang baru sahaja tertumpahkan air milo dibajunya. Farish Iskandar
terkebil – kebil mencari sepasang mata bondanya. Puan Habsah hanya
mengukir senyuman lalu jari telunjuknya digoyang – goyang beralun
seperti sudah tahu apa yang dipandang Farish sebentar tadi.
Serba salah pula dia mencuri - curi dengar perbualan Farish dan
bondanya. Hendak ditutup telinga, malu ditegur Farish dan Puan Habsah
pula. Hendak pura - pura tidak dengar, sudah jelas perbualan itu
ditelinganya. Zara melabuhkan punggungnya di sebelah Puan Habsah.
" Eh, Zara. Duduk la sini, ha... Tak usah kamu duduk di hujung sana.
Mari." Panggil Puan Habsah ke kerusi bersebelahan Farish. Mahu tidak
mahu, Dia terpaksa akur juga menurut kehendak orang tua itu. Kekok
rasanya bila bersebelahan dengan lelaki itu.
"Sedap?" Tanya Puan Habsah. Zara mengangguk laju. Sekali sekala,
lengannya berlaga dengan lengan Farish. Sungguh dia tidak selesa.
Dijeling– jeling lelaki yang gelojoh menyuapi nasi bermandikan patin
masak lemak ciliapi itu. " Mak aih, baru jumpa nasi ke apa dia ni?"
Bisik Zara.
"Alhamdulillah. Insha - Allah, kalau jodoh kamu berdua panjang. Hari -
hari pun makcik sanggup masak untuk kamu, Zara." Mahu tersedak mendengar
apa yang baru sahaja dikatakan Puan Habsah. Farish sudah dahulu meneguk
air sirap di sisi mejanya. Tidak dia menyangka sampai kesitu angan -
angan bondanya.
" Mak ni. Tersedak Is. Ini nasib baik tersedak, kalau terlebih siket
tadi, dah arwah Is tau mak." Seloroh Farish. Zara ketawa kecil. Boleh
tahan juga lelaki bersut kemas ini.
Share this novel