Aku masih lagi bersedih atas tragedi itu. Kejadian itu masih lagi terngiang-ngiang di fikiran aku. Tiba suatu hari yang hujan lebat,seseorang datang mengetuk pintu bilik aku dengan kuat sekali.Rupa-rupanya dia adalah Siti.Aku terus menutup pintu dengan pantas kerna hati aku sudah terluka.Dia masih lagi mengetuk pintu bilik aku.Lalu aku terus membuka pintu kerna tidak mahu menggangu orang lain di apartmen itu.Aku suruh dia masuk untuk menenangkan keadaan. Dia menceritakan hal sebenar kepada aku. Tetapi aku tidak percaya dengan katanya kerana aku tidak mahu hati aku dimainkan lagi. Dia mengatakan lelaki itu kawannya. Aku terus menarik dia keluar dari bilik aku.
Dahulu dia seorang yang solehah tapi kini dia memainkan hati manusia. Banyak perubahan yang berlaku pada dirinya. Setiap hari dia menelefon aku tetapi aku menghiraukan panggilannya. Hati aku amat terluka dan aku menanti seseorang wanita merawat kelukaan hati aku ni. Hati aku seperti ingin memberinya peluang kedua untuknya. Tapi aku merasakan dia akan melakukan kesilapan yang sama. Aku sentiasa memikirkan kata putus untuknya. Aku tidak fokus dalam pelajaran setiap hari. Aku ingin bersama dia sejak dari kecil lagi. Aku menyukainya sejak dari bangku sekolah hingga bangku remaja kini. Haruskan aku memberi peluang kedua kepadanya?.
Share this novel