Penentu Masa Hadapan

Romance Completed 5575

Bulan demi bulan menanti,kami sudah pun masuk ke dalam tingkatan 3.Kami kembali disatukan dalam satu kelas iaitu 3 harapan.Tahun inilah yang menentukan masa hadapan kami.Aku akan sekali lagi menempuh detik bersejarah buatku iaitu PT3.Aku mengharapkan tahun ini tiada cabaran yang besar yang perlu aku tempuhi.Aku harap aku dapat keputusan yang lebih cemerlang dari keputusan UPSR.

Beberapa bulan sebelum PT3,aku ditempuh satu lagi cabaran yang besar iaitu pakcik aku pula meninggal dunia atas sebab sakit tua.Mungkin ini satu lagi hikmah buatku sepertimana aku berjaya dalam UPSR semasa menempuh dugaan dan cabaran besar.Aku berharap dengan pemergian dia aku dapat keinsafan dan keredhaan dari Maha Esa.Hidup aku kini hanya sebatang kara.Aku hanya duduk di rumah jagaan anak yatim.Aku amat berasa sedih.Apabila aku berada di sana aku bertambah sedih apabila melihat budak yang lebih kecil daripada aku juga kehilangan ibu bapa.Walau bagaimanapun mereka tetap hidup dengan gembira dan bersuka ria.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience