Siang menanti malam, malam menanti siang, akhirnya aku mengembalikan hati aku kepada Siti dengan rasa tidak sesal 100%.Aku memerhati Siti sejak dari aku tidak memberi peluang kedua padanya. Dia seolah-olah menjadi gila bila ketiadaan aku. Adakah ini ujian dari tuhan untuk menguji kesetiaan kami.Suatu malam yang indah, aku berjumpa dengannya di sebuah restoran. Aku memberitahunya tentang apa yang aku ingin katakan. Dia dengan merendah diri meminta maaf kepada aku. Tapi aku terpaksa melalui halangan iaitu aku dihantar ke sebuah politeknik di Singapura. Itu akan menjauhkan hubungan kami.
Hari demi hari berlalu,hari yang dinantikan sudah tiba aku akan pulang ke Malaysia. Orang pertama yang akan aku jumpa ialah Siti. Aku sudah berasa gembira apabila ingin berjumpa dengannya. Hati aku tidak sabar. Dia kata ingin mengambil aku di lapangan terbang Johor. Apabila aku pulang Siti memberitahu berita gembira pada aku bahawa ibu bapa Amira datang melawatnya. Aku berasa terharu. Dia mengatakan ingin membawa aku berjumpa dengan ibu bapanya. Dia juga ingin meminta restu ibu bapanya untuk berkahwin dengan aku. Hati aku semakin berdebar-debar. Setelah kami sampai ke rumah makcik saudaranya, kami menerima berita sedih yang amat menyedihkan buat kami terumatanya Siti.
Share this novel