Masa yang Cerah

Romance Completed 5575

Aku sudah pun masuk ke aliran sastera, Alhamdulillah aku tidak berasa begitu sukar untuk menyesuaikan diri aku kerana aku seoarang yang berkebolehan dalam sastera. Tapi nasibnya aku terpaksa terpisah dengan Siti kerana dia pergi ke sekolah sains. Aku tahu dia tu memang pandai sains mungkin sebab dia anak kepada seorang doktor.Dia juga ingin mengikut jejak ibunya sebagai doktor.Aku harap bila hati aku terluka satu hari nanti dia dapat merawat hati aku.

Hari demi hari, aku terus menghadapi hidup aku dengan tenang. Aku ingin menjadi seorang novelis terkenal. Itulah kepakaran aku dalam masa ini. Suatu hari tu, cikgu aku membuat satu pertandingan untuk aliran sastera. Pertandingan itu membuatkan aku merasakan ini peluang terbaik untuk aku menunjukkan kebolehan aku pada semua orang. Pelajar aliran sastera dikehendaki untuk membuat novel pendek dan diberi masa selama sebulan. Itu membuatkan aku terasa tercabar. Minggu demi minggu, akhirnya aku menghantar novel pendek itu kepada guru. Selepas novel itu dibaca,cikgu aku terharu dengan karya aku tu.Cikgu memuji aku atas novel pendek itu.Cikgu aku memberitahu bahawa aku mempunyai peluang yang cerah untuk menjadi novelis.Aku mula berasa bangga dan gembira.Syukur atas yang Maha Esa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience