Kegilaan Harian

Romance Completed 5575

Aku mula mengenali Siti semenjak aku berusia 10 tahun.Tahun demi tahun,kami sentiasa berada dalam kelas yang sama.Naik sama naik turun sama turun.Sejak aku mengenali dirinya,aku sering bergaduh dengannya.Sehingga suatu hari tu,aku dibawa berjumpa guru disiplin atas kesalahan aku bergaduh dengannya.Aku mula berasa sangat bengang dan marah terhadap dirinya.Tapi detik paling seronok bagi aku adalah saat dia kena marah dengan cikgu sebab tak siap 'homework'.Tahun demi tahun,aku semakin tidak rapat dengannya.Tetapi dalam kebencian aku terhadap dirinya,kadang kala aku juga bermesra dengannya.

Masa ke semasa aku cuba untuk rapat dengan dia tapi apakan daya aku tidak mampu untuk mengubah kehidupan aku dengan dia.Aku hanyalah manusia biasa.Di dalam kelas sekolah rendah,aku disuruh oleh cikgu untuk duduk sebelahnya.Dapat pula duduk tengah budak perempuan.Belah kanan aku dia (Siti) dan sebelah kiri aku kawan rapat dia.Mereka ni sekepala.Naya aku dibuatnya.Namun aku cuba untuk meminta kebenaran untuk tukar tempat aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience