Masa Hadapan

Romance Completed 5575

Aku menempuh tahun itu dengan kesabaran dan ketabahan. Satu demi satu cabaran aku hadapi sehinggalah aku mendapat keputusan yang menyakinkan untuk aku meneruskan hidupku. Alhamdulillah aku mendapat keputusan yang cemerlang pada mulanya aku ingin ke asrama dengan membawa bekalan keputusan ini. Tetapi apabila aku mengingatkan kata aku yang dulu bahawa semua sekolah sama sahaja hanya usaha yang melainkannya. Mungkin aku harus simpan duit simpanan aku di dalam bank dan duit peninggalan ayah aku untuk aku masuk ke universiti dan kepentingan yang lain. Aku harus menggunakan masa yang ada untuk memperbaiki diri aku yang masih lagi banyak kelemahan diri yang aku ada. Ini adalah untuk merancang masa hadapan aku.

Kembali pada cerita. Aku sudah masuk ke tingkatan 4.Aku memilih untuk memasuki kelas aliran sastera. Hati aku memilih aliran sastera mungkin disebabkan kelebihan aku dalam sastera.Ini juga kerana impian aku menjadi seorang novelis seperti sekarang. Sejak dari sekolah rendah aku ingin jadi novelis. Aku juga selalu skor BM penulisan. Aku sentiasa berpegang dengan kata ayah aku iaitu pegang satu impian semai dalam hati ingat impian tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience