Bulan demi bulan, sehinggalah aku telah menghabiskan zaman persekolahan aku. Aku mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. aku ditawarkan untuk ke Politeknik di Johor. Mungkin itu satu lagi cabaran hidup untuk aku. Aku duduk di utara dan belajar di selatan. Jarak perjalanan yang jauh. Syukur Siti juga ditawarkan untuk ke politeknik yang lain tapi masih di Johor. Dia berasa mudah di sana kerana rumah mak saudaranya di Johor. Dan bila aku belajar di sana, aku tinggal bersama Siti di rumah mak saudaranya. Aku dapat menyesuaikan diri di sana kerana aku juga pernah berjumpa dengan pakcik saudaranya itu.
Hari menanti hari, Alhamdulillah hubungan aku dan Siti bertambah erat. Sehingga suatu hari, aku terdengar makcik saudaranya bercakap tentang aku. Makciknya berkata aku sesuai untuk disatukan dengan dia sebagai rumah tangga. Tetapi apabila Siti keluar muka dia seperti sedih. Dia menonton televisyen sambil meratapi kesedihan. Aku hairan dengan dia padahal dia menyukai aku. Apakah yang terjadi kepada dia? .Hari demi hari berlalu, dia seperti mengelakkan dirinya dengan aku. Aku berasa seolah-olah diriku menjadi lelaki simpanan. Aku tidak mahu menjadi begitu. Sehingga suatu hari, aku mahu berpindah ke sebuah apartmen yang terletak berdekatan dengan politeknik aku. Tapi mak saudaranya menghalang aku dari pergi dari sini. Aku berasa seakan bersalah. Mungkin mak saudaranya ingatkan aku tidak menyukai untuk bersama mereka dan Siti. Aku terus tinggal di sini. Aku masih terfikir mengapa Siti bersedih apabila mahu disatukan dengan aku. Adakah aku pernah membuat kesilapan besar terhadap dirinya???
Share this novel