Sehinggalah masuk darjah 6,cerita aku dengan dia memang tak habis lagi la.Aku selalu jadi punca kena marah sebab perangai dia yang mulut murai.Pening tul duduk sebelah dia ni.Boleh masuk hospital bahagia kalau kahwin dengan dia ni.Tapi.......hmmm.Hari demi hari aku sentiasa mencuba rapatkan hubungan kami sebagai kawan.Aku tak pernah berjaya pujuk hati dia walaupun sehari,sejam,seminit dan juga sesaat.Dia memang susah sangat nak minta maaf masa tu.Senang cerita hati batu.
Sehingga satu hari,dia tak datang sekolah fuhhh aman amat terasa dalam hati aku ni.Tapi lepas je beberapa jam,hati berdegup-degup dengan kencang seperti ribut taufan.Aku rasa sunyi sebab dia lah orang yang mengembirakan aku walaupun bergaduh.Aku rasa seperti kejatuhan sesuatu benda padanya iaitu jatuh hati.Tapi aku terfikir dia adalah budak perempuan yang paling aku benci kat sekolah ni Aku hairan dengan hati aku ni.Gelak tawa dia bermain di minda aku.
Share this novel