Ibu dan ayahnya tidak dapat balik bertemu Siti tetapi ibu ayah Siti terpaksa berjumpa kembali pada yang Maha Esa. Ibu bapanya terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengakibatkan tiga buah kereta. Siti amat bersedih atas pemergian itu. Bulan demi bulan berlalu dengan pantas, akhirnya aku dan Siti dihijab kabulkan dengan restu makcik saudaranya. Dia telah pun menjadi perempuan halal buat ku. Apabila kami berkahwin aku terpaksa menyambung pelajaran aku di Moscow selama lima tahun. Ini amat menyedihkan hati aku. Aku meninggalkan orang yang tersayang buatku dengan jauh sekali.
Setibanya di Moscow aku terus menelefonnya untuk bertanya khabar. Aku sentiasa memikirkan tentang dia bila aku berada di sana. Aku terpaksa berjauhan dengan isteri aku disebabkan ilmu. Tetapi ilmu perlu dicari hingga ke liang lahad. Hari demi hari, aku dapat belajar banyak ilmu baharu di sana. Suasana di sana amat berbeza. Aku sedikit sukar untuk menyesuaikan diri sendiri di sana. Aku berkenalan dengan seorang pelajar dari Malaysia juga. Dia dan keluarga terus tinggal di sana supaya mudah berjumpa. Aku hanya tinggal dengan dia setelah mengenalinya. Aku berasa tidak asing bersama keluarganya kerana keluarganya mengamalkan cara hidup di Malaysia.
Share this novel