Rahsia Terbongkar

Romance Completed 5575

Pada suatu malam yang ditemani bunyi kumbang-kumbang, aku mengintai ke luar tingkap dan ternampak perkara yang menyakitkan hati aku.Aku ternampak dia balik malam bersama seorang lelaki yang aku merasakan pelajar dari politeknik Siti.Aku melihat tragedi itu di depan mata aku sendiri.Aku amat berasa sedih. Mungkin selama aku tiada di Johor dia terjatuh hati pada lelaki itu. Selama ini aku hanya dipermainkan olehnya seperti anak patung. Dia hanya berlakon di depan aku sahaja tapi di belakang aku dia menjadi pelakon yang jahat. Mungkin ini masa untuk aku tinggalkan dia akan tetapi hati aku berat untuk tinggalkannya kerna banyak kenangan manis bersama dia. Hati aku bagai sudah ditampal dengan kuat di hati dia tetapi hati aku yang ditampal dibuangnya ke jalan keseorangan.

Sukar untuk aku mempercayai perkara ini kerana dia sangat rapat dengan aku sewaktu sekolah menengah.Dia seolah-olah mempunyai tiga watak dari aku kenal dia sehingga dia seperti tidak mengenal aku. Aku mula memulakan hidup baru aku dengan aku berpindah ke apartmen berdekatan politeknik aku. Aku keluar ke rumah makcik saudara Siti pada waktu malam dengan senyap. Mungkin aku rasa tindakan ini salah dan merisaukan hati mereka tapi ini juga untuk kebaikan aku dan mereka. Aku tidak mahu melihat Siti bersedih apabila aku di sana. Mungkin pemergian aku akan mengembirakan hatinya.Tapi aku juga bertuah kerna pernah duduk di dalam hatinya itu walaupun sementara. Aku harus melupakan dia supaya aku dapat merancang masa hadapan aku dengan baik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience