Detik Hitam

Romance Completed 5575

Sebulan sahaja lagi untuk aku menghadapi hari sejarah buat ku yang akan menempuh UPSR.Aku terpaksa untuk melupakan segala tentang cinta dan mengambil berat pelajaran.Guru-guru sibuk membuat program bagai aku hanya memikirkan Aini.Sehingga pada satu hari,kami sekelas membuat 'study group' di perpustakaan.Mata aku yang khusyuk membaca buku terlihat Aini meninggalkan ibunya sambil ibunya mahu mencium pipinya.Aku berasa sedih atas perkara itu.Sejak itu aku mula membenci dia kerana satu hal itu sahaja.Aku ni bukan apa,aku ni dah takde mak untuk dicium tapi dia pergi tinggalkan mak dia macam itu je.Air mata aku mengalir ke pipi aku.Aku menangis secara diam tanpa kawan aku sedar.Aini juga seperti jatuh hati kepada aku tapi aku mengedahkannya dan cuba menjauhkan diri aku dari dia.

Hati aku seperti mahu berterus terang mengapa aku tak layan dia sepertimana kawan yang lain.Tapi aku takut dia berasa marah dan merajuk dengan aku.Itulah detik hitam yang pernah aku tengok di depan mata aku sendiri.Seorang anak tidak melayan ibunya yang masih hidup.Aku sangat rindu ciuman ibuku.Aku terus melupakan dia dan aku hanya rasa dia sebagai penghalang kejayaan aku.Aku sanggup tidak belajar bersama sahabat aku untuk keluar bersama dia.Kini aku baru sedar bahawa hilang sahabat lebih menyakitkan dari hilang 'girlfriend'.Aku harus ingat bahawa cinta itu pedih tapi persahabatan itu bahagia dan aku ingat kebahagiaan aku tidak terletak pada Aini tapi pada yang Maha Esa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience