Selamat Tinggal Kenangan

Romance Completed 5575

Bulan demi bulan, Siti sudah hampir untuk beranak. Aku berasa gembira. Tetapi aku tidak dapat bersamanya. Aku perlu pulang ke Malaysia. Aku merisaukan jika aku tiada anakku tidak mengenal aku bahawa aku bapanya. Tetapi pada yang sama aku ada 'assignment ' yang sangat penting untuk masa hadapan aku. Tetapi aku merasakan anak dan isteri aku lebih penting. Aku harap aku dapat pulang ke Malaysia. Hari demi hari, aku berasa serba salah jika tak dapat pulang ke Malaysia.Aku merancang untuk pulang ke Malaysia dengan secepat mungkin. Aku meminta bantuan kawan aku untuk 'cover' kehadiran aku.

Siang menanti malam, malam menanti siang, akhirnya tiba hari untuk Siti bersalin. Aku masih lagi di dalam perjalanan ke Malaysia. Aku harap aku sempat bertemu dengan Siti. Jam demi jam, akhirnya aku sudah tiba di Malaysia. Aku terus bergegas ke hospital Ipoh. Perjalanan aku banyak halangan. Aku terpaksa menempuh kesesakan jalan raya yang ada kemalangan.Aku mula resah jika aku tidak sempat mengazankan anak aku dan Siti. Jam demi jam akhirnya aku sampai ke Perak. Setibanya di Perak, makcik saudara Siti menelefon aku .Berita itu sangat sedih. Aku menerima berita yang amat menyedihkan. Sekali lagi aku kehilangan seorang insan tersayang iaitu Siti telah meninggalkan aku dan anak aku buat selama-lamanya. Dia pon telah pergi berjumpa dengan penciptanya semula. Aku sudah hilang banyak insan tersayang termasuk Siti. Lima minit kemudian aku sampai ke hospital. Aku terus ke wad persalinan dan tanpa berlengah aku terus mengazankan anak aku. Aku menamakan dia Nur Shafiqah. Kini aku hanya bersama anak aku.Aku berharap anak aku tidak menjadi seperti aku dimana hatinya dimainkan. Aku berharap dia menjadi anak solehah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience