Tiba sudah hari yang baharu buatku,aku mulakan hari persekolahan baharuku.Syukur kerana aku dapat menyesuaikan diri di alam baru.Aku mengenali seorang budak lelaki iaitu Amri dari sekolah yang bertaraf orang kaya tetapi dia juga kehilangan keluarga apabila keluarganga terlibat dalam kemalangan mahu pulang ke kampung sedangkan dia menumpang makciknya.Dia melihat kemalangan itu dengan matanya sendiri.Cerita itu amat menyedihkan.Aku mula rapat dengan dia setelah kami berkenalan.Sehingga suatu hari,dia menceritakan bahawa dia menyukai dengan seorang perempuan yang cantik di sekolahnya dahulu.Amri tidak memberitahu nama perempuan itu tetapi hanya memberitahu perangai perempuan itu.
Jika mahu mengatakan Siti bukan kerna dia perempuan yang nakal.Tetapi perempuan itu solehah dan baik pekertinya.Sudah tentu bukan orang yang dicariku.Aku dan Amri hanya duduk dalam kelas sementara.Hari demi hari berlalu,penentuan kelas sudahpun dilakukan.Alhamdulillah aku dan Amri masih lagi dalam kelas yang sama iaitu kelas 1 Harapan.
Share this novel