Kesedihan Yang Melanda

Romance Completed 5575

Seminggu berlalu,aku masih hairan mengapa dia tidak datang ke sekolah dari haritu lagi.Susah aku nak fikir di buatnya.Kepala aku serabut dengan hal ni tapi kenapa.Hati semakin risau dengan dia.Aku bertanya kepada kawan-kawan aku.Tapi apabila guru kelas aku masuk,dia memberitahu bahawa Siti telah berpindah sekolah.Aku merisaukan bahawa dia pindah ke sekolah lain kerana aku ataupun sebab lain.Kawan-kawan lelaki aku 'berpesta' dengan perpindahan Siti setelah guru kelas keluar.Tapi hanya aku seorang lelaki yang merindui dia.Entah mengapa hati ini merindukan dirinya.Hari demi hari,aku sentiasa memikirkan tentang dia.Sehinggalah tiba nya Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT),keputusan aku sangat teruk dan merosot dengan banyak.Guru aku marah kerana hal yang berlaku ini.

Tahun ini merupakan tahun paling penting untuk aku tapi pada tahun ini aku banyak hadapi dugaan dan cabaran termasuk kehilangan orang tersayang aku iaitu ibuku.Mungkin ini adalah dugaan dari yang Maha Esa untuk menguji kesabaran dan semangat aku untuk menempuh pelbagai dugaan pada tahun ini.Aku amat sedih dengan kehilangan ibuku.Impian aku untuk tunjukkan keputusan yang cemerlang kepada ibuku.Selama ini aku hanya banyak mengeluarkan tangisan kesedihan kepada ibuku jadi ini adalah peluang terbaik untuk aku mengeluarkan tangisan kegembiraan ibuku.Tapi malangnya ibuku telah berjumpa kembali dengan penciptanya.Tetapi walaupun aku kehilangan dia,ini bukanlah perkara yang boleh mematahkan semangat aku untuk terus berjaya sebagaimana ibuku mahu tengok aku berjaya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience