Hari berlalu dengan pantas tiba sudah hari bersejarah buat diriku yang tidak begitu sedia selepas mengharungi beberapa dugaan dan cabaran hidup buatku.Bila sahaja aku masuk ke dewan,hati aku mula berdebar-debar.Tetapi aku perlu yakin untuk mencapai impianku terhadap ibuku walaupun ibuku sudah pun meninggal dunia.Walau banyak manapun dugaan dan cabaran yang menempuh aku,aku tetap akan berjaya untuk mengharumkan nama keluarga aku.Mungkin banyak lagi cabaran yang menanti aku dan aku perlu tetap bertabah sama ada cabaran besar atau kecil.Apabila kertas diedarkan,aku menjawab dengan penuh keyakinan dan aku mengeluarkan segala ilmu dan minda aku untuk mencuba sebaik mungkin.
Hari demi hari,UPSR sudah pun tamat dan aku rasa syukur kerana sepanjang aku menghadapi UPSR aku tidak mendapat cabaran yang besar.Ini mungkin tuhan ingin aku mencapai impian aku terhadap ibuku tersayang.Selepas UPSR tamat aku hanya menunggu masa untuk mengetahui keputusan dan hasil usaha aku selama ini.Aku berharap semoga usaha aku tidak sia-sia.Aku dengan begitu tenang berseronok dan bergembira bersama kawan aku.Segala kesusahan dan keperitan yang aku lalui memberi banyak perubahan besar terhadap diriku ini.Aku sentiasa bertawakal kepada tuhan yang Maha Esa supaya aku mendapat kejayaan di dunia serta di akhirat.
Share this novel