Bunga di Hati

Romance Completed 5575

Semakin hari semakin hilang rasa rindu aku terhadap Siti.Tibanya pada suatu hari,seorang pelajar perempuan baru dari sekolah bandar masuk ke kelas aku.Sejak dia masuk hati aku bagaikan bunga yang layu disiram air.Dapat pula duduk sebelah aku huh lagi berbunga hati aku.Nama dia Aini seorang anak orang kaya raya.Tengok cara pun tau dah orang bandar.Dia hanya terdiam sahaja dan aku tak tau nak cakap apa dengan dia sebab aku rasa macam bidadari duduk sebelah aku.Tiba waktu rehat dia duduk dalam kelas dan mengeluarkan bekal makanan yang dimasak oleh ibunya.Bila aku tengok makanan dia huishhh bukan main lagi makanan 'seafood' dia bawa.Dan bila aku tengok bekal makanan tu aku teringat aku sentiasa membawa bekal masakan mak aku ke sekolah.

Pada masa itu,aku mengambik peluang untuk bercakap dengan dia.Aku mula bertanya tentang dia.Sedang rancak kami bercakap,hati aku sudah jatuh cinta dan pintu hati aku terbuka luas untuk dia.Hari demi hari aku semakin rapat dengan dia.Sejak itu aku mula mengenali erti cinta dan aku mula melupakan Siti.Aku juga mula sedar bunga bukan sekuntum tapi seribu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience