BAB 9

Romance Series 21703

Pagi itu Adelia tersedar dari dibuai mimpi lalu bangun dari katil melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri.Selepas beberapa minit Adelia sudah bersiap dan dia melangkah ke bawah untuk membuat sarapan.Dia membuka tudung saji dia melihat ada makanan yang dibuat semalam ternyata Harith tidak memakan makanan yang dimasakkannya Adelia melepaskan keluhan kecil lalu mengambil makanan itu untuk membuang tapi itu adalah membazir namun boleh buat apa makanan sudah basi akibat tidak meletakkan di dalam peti sejuk.Belum sempat dia melangkah satu suara garau menyapanya membuatkan dia memberhentikan langkahnya mesti Harith kalau bukan dia siapa lagi.

"Kau nak bawa makanan tu pergi mana"tanya Harith dengan datar

"Nak buang dah basi"kata Adelia

"Kau kata nak buang..ehh aku beli barang dapur guna duit aku tau bukan guna daun senang kau kata ehh nak pergi buang kau letak mana otak kau tu tak boleh fikir membuang tuu membazir"marah Harith

"Habistu awak nak suruh saya buat apa memang dah basi dah..kenapa awak tak makan makanan kalau tak memang takkan bazir"kata Adelia dengan lembut

"Ohh sekarang ni kau nak kata aku lah yang bazirkan ni..memang pandai ehh kau berlakon"kata Harith

"saya tak kata awak bazirkan tapi..."belum habis dia kata Harith sudah mencengkam tanggannya Adelia merintih kesakitan kelompak matanya sudah bertakung dengan air.

"Awak lepaskan saya s-sa-kit"kata Adelia sambil menangis.semakin kuat Adelia menangis semakin Adelia mencengkam tanggannya.Badan Adelia sudah lemah terus dia pengsan di situ pinggan semua jatuh berderai.Terkejut Harith dengan apa yang jadi.

"Adelia bangun jangan buat macam ni"kata Harith sambil menepuk nepuk pipi Adelia namun Harith masih lagi belum sedar.

Harith mencempung tubuh kecil Adelia lalu masuk ke dalam keretanya untuk pergi ke Hospital.Sesampainya di Hospital dia cempung Adelia lalu melangkah masuk kedalam.

"Kenapa ni encik"tanya Seorang doktor

"Isteri saya dia pengsan tiba tiba"kata Harith

"Ok bawa dia masuk wad"kata Doktor itu

Setelah beberapa minit Doktor itu keluar dari was itu.

"Doktor macam mana dengan isteri saya"tanya Harith

"Dia terlalu lemah akibat tidak makan badan dia juga lemah sangat..jadi awak boleh bawa isteri awak balik tapi lepas dia sedar ye dia belum sedar lagi dia perlukan banyak rehat"kata Doktor itu

Harith melangkah masuk ke dalam wad itu dia melihat wajah isterinya sangat pucat.Dia melabuhkan punggung di kerusi sebelah katil Adelia.Dia melihat wajah isterinya dengan lama.

"Maafkan aku"kata Harith dengan perlahan

Adelia sudah tersedar dia melihat Harith sedang melihatnya cepat cepat dia mengalihkan pandangan.

"Kau dah sedar dah jom balik"kata Harith..Adelia hanya mengangguk kepala

Sesampainya di rumah Adelia melabuhkan punggung di sofa sambil menyandar.Pada malam Harith menuruni anak tangga lalu mencari susuk tubuh isterinya.

"Awak nak makan..tunggu jap saya pergi masak"Kata Adelia lalu bangun dari sofa

"Tak payah kau pergi naik atas tidur kau kena rehat secukupnya"kata Harith

"Tapi..awak nak makan kalau saya tak masak"kata Adelia

"Pandai pandai akulah..kau ni degil tau tak dah tahu tak sihat pergi lah naik atas tidur ke kau nak suruh cempung kau..menyusahkan orang betul"kata Harith dengan datar.

Adelia melangkah naik ke atas sesampainya di bilik turus dia merebahkan tubuhnya di katil lalu terlelap.

Jam menunjukkan pukul 11:30 Harith melangkah naik ke atas terhenti langkahnya setelah melihat bilik Adelia lalu dia melangkah masuk ke dalam bilik isterinya.Dia mengatur langkah ke arah isterinya dia melihat satu persatu hidung,bibir leher isterinya tanpa sedar dia tersenyum manis.

"Goodnight Adelia"kata Harith sambil mengusap rambut isterinya yang panjang dengan lembut.

Dia melangkah keluar dari bilik isterinya

"Aikk kenapa dengan aku...ingat Harith dia bukan taste kau..kau kena deritakan hidup dia"Harith mengingatkan diri sendiri lalu melangkah ke arah biliknya.

Happy reading :))

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience