BAB 21

Romance Series 21703

Sedar tak sedar sudah dua bulan lebih Harith dan Adelia berumah tangga,kini hubungan mereka semakin mesra dan ceria seperti kawan,Harith akan berkongsi masalah di pejabatnya pada isterinya,Adelia juga tidak jemu untuk mendengar masalah Harith.Sudah sebulan juga Adelia tidak berjumpa dengan Aira,Adelia juga sudah beberapa kali menelefonnya namun sayang tidak dijawab oleh Aira.Adelia mulai risau akan Aira bukan apa dia risau apa-apa jadi pada Aira.

Adelia menyediakan sarapan untuk Harith dan juga untuk dirinya,Harith menuruni anak tangga kakinya melangkah ke arah meja lalu melabuhkan punggung di kerusi,Dia menatap gerak-geri isterinya tanpa berkelip mata hingga dia tidak sedar Adelia berdiri di hadapannya.Adelia menjentik telinga Harith sekuat-kuatnya sampai merah telinga Harith seperti cili padi dia tidak selesa apabila Harith menatap sebegitu seperti mahu menikam pun ada.

"Auhh..sakitlah kenapa kau jentik telinga aku"tanya Harith sambil menggosok telinganya.

"Habistu awak tengok saya macam tu kenapa macam tikam orang je"kata Adelia

"Aku bukan sejahat yang kau ingat sampai nak tikam orang"kata Harith sambil menjeling

"Ye lah tu..ingat dia tu baik sangat ke"gumam Adelia sambil mencedok nasi ke dalam pinggan

"Kau kata apa tadi"tanya Harith sedikit kuat

"Err..tak de apa pun..awak makan lah"kata Adelia lalu melabuhkan punggung di hadapan Harith

"Kau ingat aku tak dengar ke kau cakap apa"kata Harith

"Kalau dah dengar buat apa nak tanya"kata Adelia sambil mengunyah makanan

"Mulut kau nak jawab je kerja kan"kata Harith

"Saya bukan nak menjawab..saya cakap je"kata Adelia

"Takde beza pun lah"kata Harith pula

"Bagi saya itu memang berbeza"kata Adelia

Harith menolak kerusi lalu keluar dari rumah itu dengan muka marah padam.Terkejut Adelia dengan tindakan suaminya ingatkan dia tidak ambil hati dengan kata-kata Adelia,Adelia mula risau dengan Harith makan pun tak pergi dengan perut kosong sahaja.

"Laa dia merajuk ke..makan pun tak..ishh kau ni Adelia mulut tu jaga tengok sekarang dia dah marah"kata Adelia memukul mulutnya sendiri.

Selepas makan Adelia mengemas meja,Adelia membungkus makanan untuk Harith dia cadang mahu pergi ke pejabat suaminya untuk memberi makanan dia risau kalau apa-apa jadi pada suaminya.Adelia menaiki anak tangga untuk bersiap.Selepas beberapa minit dia bersiap dan menuruni anak tangga dan melangkah ke arah kereta yang di bagi oleh Harith untuk mengguna.Kereta itu meluncur di atas jalan raya.

Sesampainya di hadapan bangunan dua puluh tingkat itu dia mengatur langkah ke arah susuk tubuh seorang wanita,wanita itu tersenyum manis ke arah Adelia.

"Cik nak apa ye"tanya wanita itu yang bernama Kira.

"Saya nak jumpa dengan Tuan Harith boleh"kata Adelia sambil tersenyum manis

"Cik ada buat apoinmment tak and boleh saya tahu cik ni sape"tanya kira

"Err..saya kawan Tuan Harith tapi saya dah bagitahu saya nak jumpa dia"kata Adelia dia takut nanti Harith memarahinya jika dia memberitahu dia adalah isterinya kerana perkhawinan mereka hanya orang terdekat sahaja tahu,pekerja Harith juga tidak tahu bahawa Harith sudah berkhawin dan isterinya adalah Adelia.

"Bilik Tuan Harith di tingkat sepuluh ye"kata Kira

"Okay..nama awak apa ye"tanya Adelia

"Nama saya Kira"kata Kira sambil senyum

"Ohh..thank you Kira"kata Adelia lalu kakinya melangkah ke arah lift.Kini dia berada di hadapan pejabat suaminya,dia mengetuk pintu terlebih dahulu lalu masuk ke dalam.

"Kau buat apa kat sini"tanya Harith dengan nada geram

"Saya datang sini nak hantar makanan untuk awam"kata Adelia

"Tak payah kau makan lah makanan tu aku tak nak menyusah orang..dah kau pergi balik"kata Harith

"Awak degil lah"kata Adelia

"Aku bukan degil"kata Harith

"Awak degil"kata Adelia

"Aku tak degil"kata Harith

"Awak D E G I L"kata Adelia menyebut satu- persatu huruf itu

"Aku T A K D E G I L"kaa Harith pula satu-persath,dia sudah naik geram dengan Adelia

"Degil..degil..degil"kata Adelia lagi tapi kali ini dia menyebut tiga kali.Harith melepaskan keluhan kecil

"kau nak apa sekarang..kalau kau datang sini hanya untuk gaduh lebih baik kau boleh pergi"kata Harith

"Tak nak..saya tak nak pergi..saya kan kata saya ada bawa bekal untuk awak..saya risau kalau jadi apa-apa kat awak perut awak kosong tu..jadi makan lah makanan yang saya bawa tu"kata Adelia

Tersentuh hati Harith bila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut itu,Tapi pada masa yang sama dia terlalu ego dia tidak mahu jatuh hati pada Adelia walaupun Adelia berbuat baik dengannya.

"Tak payah kau pergi laa balik"kata Harith

"Hishh..tengok degil lagi"kata Adelia lalu menarik satu kerusi dan duduk di tepi Harith dan menarik kerusi yang diduki oleh Harith mendekat dengannya Harith hanya memerhatikan gerak-geri isterinya,Adelia membuka penutup bekas itu lalu mengambil sudu dan menyuap untuk Harith.

"Okay..buka mulut,Aaaaa"kata Adelia sambil memegang sudu dan didekatkan ke mulut Harith,Harith mahu menepis tangan Adelia namun dengan pantas Adelia memegang kedua tangan Harith supaya tidak menepis tangannya,Akhirnya Harith mengalah dia hanya mengikut kehendak isterinya.Adelia menyuap nasi ke dalam mulut Harith dan Harith mengunyah sampai habis seperti ibu menyuap anaknya yang degil tidak mahu makan.Tanpa mereka sedari adegan mereka di perhatikan oleh Haikal iaitu kawan Harith.

Haikal mengambil keputusan untuk membuka pintu pejabat Harith dengan pantas dia menolak pintu pejabat Harith.Harith dan Adelia menoleh ke arah Haikal yang sedang tersengih menampakkan gigi putihnya.

"Kau tersengih macam orang gila tu kenapa"tanya Harith

"Weii..sweetlah korang sampai suap menyuap..kenapa dah berhenti sambung lah saya nak tengok"kata Haikal pada Adelia,Adelia hanya menudukkan kepala.

"Err..awak saya balik dulu lah ye"kata Adelia lalu beredar dari situ.

"Cinta dah berputik ke tu"tanya Haikal pada Harith.

Haikal melabuhkan punggung di hadapan Harith.

"Diamlah kau..dia bawa bekal untuk sebab aku tak makan kat rumah"kata Harith

"Jadi dia risaukan kau lah sebab dia tak nak jadi apa-apa kat kau kalau aku lantak kau lah kau nak makan ke tak biar mati sebab tak makan"kata Haikal lalu ketawa

"Kawan jenis apa kau ni suruh aku mati"kata Harith

"Alaa aku bergurau je lah..jangan merajuk ye sayang"kata Haikal

"Bergurau pun ada limeted edition okay jangan main cakap je"kata Harith

"Alaa rilex laa bro takkan lah aku nak bagi sahabat aku mati kalau kau mati aku pun nak ikut kau mati juga"kata Haikal sambil menepuk-nepuk bahu Harith

"Dah lah tak payah nak cakap pasal mati-mati ni"kata Harith

Di sebuah rumah kelihatan Aira,Airil dan Elia sedang berbincang sesuatu.Muka Aira nampak marah sangat.

"Kau kenapa kau okay tak ni"tanya Airil

"Kau nampak aku macam okay ke"kata Aira menigikan suara

"Adelia dengan Harith dah semakin mesra..aku takut nanti Harith jatuh cinta dengan perempuan tu kita kena buat sesuatu sebelum mereka jadi lebih mesra..Hishh geram lah aku"kata Aira

Elia hanya mendengar perbualan antara Airil dan Aira.

"Kau kenapa diam je kata nak join sekali kan..bagi lah idea nak hancurkan rumah tangga dia orang..ke kau dah mula sayangkan kakak kau dan tak nak join kita orang..kau jangan macam-macam nanti siap kau"kata Aira pada Elia

"Kau tak payahlah nak ungut aku macam tu ingat aku takut ke dan aku takkan sayangkan perempuan tu sampai bila-bila pun..never.."kata Elia tersenyum sinis

"Weii dah lah berhenti lah bergaduh tu..aku ada rancangan untuk buat Harith bencikan Adelia"kata Airil

"Really!! apa dia cakap lah"kata Aira dengan teruja

"••••••••••••••"

"Not bad...okay kita ikut rancangan ini..kau tunggu Adelia aku akan buat hidup kau hancur-sehancurnya"kata Aira

"Sound like interesting..aku pun ikut rancangan ini"Kata Elia pula

Kini mereka sudah bersedia untuk melakukan rancangan ini hanya tunggu masa yang sesuai sahaja untuk menjalankan rancangan ini mereka akan merosakkam rumah tangga Harith dan Adelia.

Happy reading :)) p/s : apa lah nak jadi pada rumah tangga harith dan Adelia.. :'(

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience