BAB 30

Romance Series 21734

Puan Kaira menuju ke arah dapur untuk memanggil Bik Tomah menghantar makanan pada Elia.Puan Kaira melabuhkan punggung di kerusi,dia mengambil sebuah epal dan memotong epal itu untuk dimakan.

"Bik Tomah dah buat ke makanan untuk Elia ? " tanya Puan Kaira sambil mengunyah epal.

"Ye dah siap Puan...Bik Tomah naik atas dulu hantar makanan untuk Puan Elia."kata Bik Tomah.

Puan Kaira mengganguk sambil mengukir senyumam.

Bik Tomah menaiki anak tangga sambil membawa dulang ditangan yang berisi makanan dan segelas air.Sesampai di hadapan bilik Elia,Bik Tomah mengetuk pintu,namun tiada sahutan.Bik Tomah mengetuk sekali lagi tetap juga tiada sahutan,Bik Tomah mengerutkan dahi.Selalunya bila Bik Tomah membawa makanan pasti Elia akan menyahut dari dalam.

Bik Tomah mengambil keputusan untuk membuka pintu sahaja.Perlahan-lahan Bik Tomah memulas tombol pintu.Kakinya melangkah memasuki di dalam bilik Elia,namun tiada sesiapa pun.Bilik Tomah memusing tubuhnya untuk keluar dari bilik itu.Alangkah terkejutnya Bik Tomah kerana Elia terbaring di hadapan bilik air.Bik Tomah melepaskan dulang itu kerana terkejut,dulang yang berisi makanan sudah pecah berderai di lantai bilik.Bik Tomah berlari ke arah Elia.Dia menepuk-nepuk pipi Elia tetapi tidak bangun.Bik Tomah meletakkan kepala Elia di ribanya sambil memanggil nama Elia

"Puan Elia bangun..Puan bangun."Bik Tomah menepuk-nepuk bahu Elia namun tetap tidak bangun.Bik Tomah berlari menuruni anak tangga untuk memanggil Puan Kaira.

"Puan...Puan Elia pengsan."kata Bik Tomah dengan tercunggap-cunggap.

Puan Kaira serta Adelia yang menonton televisyen terbeliak mata tidak percaya.Lantas mereka berdua berlari menaiki anak tangga.

"Ya-Allah..anak aku Elia..bangun Elia bangun."panggil Puan Kaira sambil menitiskan airmata.

Tiba-tiba Adelia ternampak sesuatu di tangan Elia.Pantas Elia mengambil benda itu.Tergamam Adelia bila melihat benda itu ujian kehamilan menandakan positif bermakna Elia mengandung.Adelia menunjukkan ujian kehamilan pada tahun Puan Kaira.Terkejut Puan Kaira.

•••

Perlahan-lahan Elia membuka mata.Dia melihat sekeliling biliknya tertancap wajah Puan Kaira,Adelia dan Tuan Razak sedang memerhatikannya.Perlahan-laham Elia bangun.

"Anak siapa yang kamu kandung tu."jerkah Tuan Razak.Sungguh dia kecewa dengan anaknya.Tergamak Elia membuat begitu.

Elia hanya mendiamkan diri takut untuk membuka mulut.

"Sampai bila kamu nak diam macam ni,sampai anak haram tu lahir..lebih baik kamu cakap anak siapa yang kamu kandung,tergamak kan kamu malukan keluarga kita."kata Tuan Razak dengan kecewa.

Elia menggelengkan kepala sambil menangis.

"Elia t-tak b-buat benda ter-terkutuk tu,Elia ke-kena ro-rogol."kata Elia sambil menangis teresak-esak.

Semua disitu terkejut dengan apa yang mereka dengar sebentar tadi.

"Elia kena rogol dengan Zafran..Elia tak tahu apa-apa pun..maafkan Elia ayah..sebab dah malukan ayah."kata Elia masih dalam tangisan.

Puan Kaira dan Adelia hanya mendiamkan diri sahaja tidak tahu mahu berkata apa lagi.Puan Kaira menitiskan airmata kerana anaknya kena rogol.

"Ayah nak kamu gugurkan anak dalam kandungan kamu tu..kalau kamu tak nak gugur,keluar dari rumah ni,jangan tunjuk muka kamu disini lagi...ayah jaga kamu macam anak kandung ayah sendiri walaupun kamu anak angkat..tapi apa yang ayah dapat."Tuan Razak terlepas cakap.

Elia tergamam,dia menitiskan airmata.

"Abang..abang cakap apa ni."Jerit Puan Kaira.

Mereka tidak mahu Elia mengetahui kebenaran itu.Cukup mereka sahaja yang tahu,tapi hari ini Tuan Razak sudahpun memberitahu.Tuan Razak keluar dari bilik itu tidak mahu melihat wajah anaknya itu.

Elia menangis teresak-esak tidak dia sangka,dia adalah anak angkat di dalam keluarga ini.Puan Kaira memeluk anaknya itu dengan erat tidak sampai hati melihat anaknya menangia.

"Walaupun kamu anak angkat,mak tetap sayangkan Elia macam anak kandung mak.Mak sayang sangat kat Elia."kata Puan Kaira sambil menangis.

"Maafkan Elia mak,Elia tahu Elia dah banyak berdosa dengan mak..maafkan Elia mak..kalaulah Elia dengar cakap mak dan ayah pasti Elia takkan mengandung sekarang..maafkan Elia dah buat keluaega kita malu."kata Elia.

"Mak dah maafkan Elia dah pun..dah jangan nangis lagi."Puan Kaira memujuk anaknya.

Pelukan mereka terlerai.Elia mengalihkan pandangan pada Adelia.

"Kakak..."panggil Elia pertama kali dia memanggil Adelia dengan panggilan kakak.

Terkaku Adelia bila adiknya memanggil dengan panggilan kakak.Sungguh dia berasa bahagia saat ini,perlahan-lahan Adelia mengukir senyuman manis.Elia memeluk kakaknya dengan erat sekali seakan tidak mahu melepas dan Adelia menyambut pelukan adiknya.

"Maafkan adik kalau dah sakitkan hati kakak..Elia memang jahat sebab tak hargai kakak dan tak anggap kakak macam kakak Elia.Elia tahu mesti hati kakak sakit bila Elia memaki kakak..kakak memang baik..Elia jahat..tapi tolong maafkan adik..adik sayang kakak."kata Elia.

"Syy..dah dah jangan nangis,kakak dah maafkan Elia..adik tak jahat pun..kakak pun sayanglan adik kakak yang cantik ni."kata Adelia mencuit hidung Elia.

"Mak,kakak..Elia tak nak gugur anak dalam kandungan Elia..Elia sayang anak ni walaupun anak dari benih orang lain.Elia nak jaga anak Elia sampai dia besar walaupun anak Elia takde ayah."Rayu Elia sambil mengusap perutnya yang kempis itu.

Elia tidak sejahat mahu menggugurkan anak dalam kandungannya.Dia sayang sangat dengan anak itu.

"Kita jaga sama-sama anak dalam kandungan Elia ye..mak tahu kamu sayang anak kamu.Percayalah pada ayah suatu hari nanti mesti dia akan terima kamu dan anak kamu..cuma bagi ayah masa ye."Kata Puan Razak.

Elia mengangguk tanda faham.Dia tahu mesti ayahnya kecewa dengan apa yang dah jadi sekarang ini.Dia harus memberi waktu untuk ayahnya.

Maaf lambat update. Jemput juga baca novel ketiga sha di account kedua sha yang bertajuk 'GRATEFUL'.Klik link ni https://m.novelplus.co/details?id=23cc654a-59a1-40be-8901-3e387a2f8ed1

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience