BAB 14

Romance Series 21734

Sudah sebulan berlaku pertengkaran pada malam itu Harith juga jarang pulang ke rumah dan bermalam di hotel sahaja kalau balikpun ada sahaja masalah yang akan berlaku di rumah itu.Adelia setiap hari akan berdoa buat suaminya supaya terimanya tidak pernah dia tinggal doa buat suaminya.

Adelia duduk di sofa sambil termenung sendirian tiba-tiba telefon bimbit miliknya berdering menandakan ada panggilan masuk.Dia mengambil telefon lalu menekan butang hijau.

"Assalamualaikum Lia...ni Aira ni"kata Aira

"Waalaikumsalam...Aira kau sihat ke lama tak jumpa kau"kata Adelia

"Aku sihat...kita jumpa nak lagipun aku rindu kau"kata Aira

"Okay kita jumpa kau datang ambil aku boleh"kata Adelia

"Aku send location kau datang okay"kata Adelia lalu menamatkan panggilan

Adelia masuk ke dalam bilik lalu bersiap.Dia teruja mahu berjumpa satu satunya sahabat yang dia ada sejak di bangku sekolah lagi.Selepas tamatkan sekolah mereka berpisah untuk sambung belajar Aira sambung belajar di luar negara Adelia pula hanya sambung belajar di Malaysia.

Selepas beberapa minit Adelia sudah bersiap dia menuruni anak tangga dan membuka pintu utama rumahnya di luar sebuah Honda Civic dia pasti itu adalah Aira.Dia memakai kasut dan mengatur langkah ke arah kereta itu dan memboloskan tubuhnya di dalam kereta.

"Adelia i miss u so much..Do you miss me"tanya Aira

"Of course beb...i miss u too"kata Adelia

Kereta milik Aira meluncur di atas jalan raya.

"So how is your life"tanya Aira sambil menjongketkan kening

"Ok je takde yang menarik sangat"kata Adelia

"Kenapa kau cakap macam tu beb...apa yang tak menarik sangat"tanya Aira

Diam

Aira ternampak cincin di jari manis Adelia.Setahu dia Adelia belum kahwin lagi.

"Beb kau dah khawin tak cakap pun"kata Aira mencebikkan bibir

Adelia tersengih melihat reaksi kawannya itu.Comel !

"Ye aku dah kahwin..macam mana nak cakap nombor telefon pun takde..ehh wait,kau dapat nombor telefon aku macam mana"tanya Adelia

"Adalah beb...kau khawin dengan siapa"tanya Aira matanya masih fokus memandu

"khawin dengan Harith Amsyar"kata Aira

"Haah ! yang usahawan tu kan..wahh untungnya kau dapat khawin dengan dia"kata Adelia

Senyuman Adelia memudar saat mengingatkan Harith.

"Are you okay beb"tanya Aira

Adelia tersedar dari lamunan perlahan lahan dia mengangguk.Kereta milik Aira menuju ke sebuah restoran mewah.

"Kita makan kat sini ye beb"kata Aira

Adelia hanya mengangguk sahaja.Mereka mengatur langkah ke arah restoran dan membuat pesanan.Kedengaran sudu dan garfu sahaja yang berlaga di restoran mewah itu.Tiba tiba Adelia ternampak sepasang kekasih menjamu selera di situ.Dia cukup kenal dengan lelaki itu.Harith sedang bermesra bersama kekasihnya.Air mata Adelia tubir di celah mata hanya dia sahaja yang tahu betapa sakitnya hancur hatinya melihat suami sendiri bermesra dengan perempuan lain.Dia sakit hati sangat sebagai isteri dia tidak dapat menghalang kemesraan suaminya dengan perempuan lain di depan matanya.Dia tidak dapat bertahan lagi dia mengambil handbagnya lalu berlari dari situ,dan menaiki sebuah teksi dia tidak menghendahkan panggilan Aira yang sedang mengejarnya dari belakang.Aira mengerutkan dahi tidak faham apa yang berlaku sebentar tadi.

Didalam teksi Adelia menangis teresak esak sambil memukul dada sungguh sakit hati dia tidak peduli dengan pemandu teksi yang sedang melihatnya.Pemandu itu mengerutkan dahi dari tadi lagi Adelia menangis pemandu itu mula simpati dengan Adelia.

"Nak kenapa ni nak"tanya pemandu itu yang sudah berumur

Adelia masih lagi dalam tangisan.Pemandu itu melepaskan keluhan kecil.

"Pak Cik tahu kamu ada masalah,tapi pak Cik nak beritahu satu je jangan cepat sangat mengalah lawan sampai kamu dapat..kamu kena kuat ye..maaf kalau Pak Cik masuk campur dalam urusan kamu"kata Pemandu itu.

Adelia mendiamkan diri sejenak selepas beberapa minit dia membuka bicara.

"Terima kasih pak cik sebab dah bagi nasihat kat saya...tapi saya tak kuat lagi pak cik nak hadap semua ni..suami saya dia bermesra dengan perempuan lain,saya tahu saya dah menjatuhkan aib suami saya sendiri tapi saya tak boleh nak pendam sakit saya dah hancur hati saya pak cik"kata Adelia dengan deraian air mata.

"Ini semua takdir nak,kamu perlu hadapi semua ini..takde manusia kat dunia ni takde masalah semua orang ada masalah dan ada jalan penyelesaian untuk semua itu"kata Pemandu itu.

Happy reading :))

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience